Showing posts with label Kesihatan. Show all posts
Showing posts with label Kesihatan. Show all posts

Friday, 13 September 2019

Cabaran Seleri

Assalamualaikum

Wawww hari ni pagi betul Kak Mah bersiaran.
Biasalah kalau tak ada kerja ni bolehlah online awal sikit.
Apa-apa pun doa untuk kita semua, semuga Allah beri kita kesihatan yang baik, terhindar dari segala perkara-perkara yang tak baik dan murah rezki kita pada hari ini, Aamiin.



Alhamdulillah, hari ini Kak Mah rasa segar sikit, sakit dipinggang pun dah pulih hampir 95% rasanya. Puas juga Kak Mah mencari ubat alternatif untuk menyembuhkan penyakit yang menyerang secara tiba-tiba ini selain dari ubat sapu yang dibekalkan oleh doktor hospital tempat Kak Mah mendapat rawatan. Dalam Kak Mah sibuk mengoogle, terjumpa pula dengan cabaran seleri ini. Lalu Kak Mah ambil keputusan untuk mencubanya. Alhamdulillah semalam Kak Mah berjaya memulakannya. Semalam adalah hari pertama Cabaran Seleri Kak Mah.


Inilah rupa jus seleri yang Kak Mah buat. Jus ini Kak Mah buat menggunakan blender saja bukan juicer kerana kak Mah tak ada juicer dan kak Mah tidak tapis hampasnya sebaliknya kak Mah minum sekali dengan hampasnya. Alhamdulillah bolehlah. Katanya celeri ni banyak khasiatnya untuk penyembuhan dan kesihatan kita. Tapi kak Mah tak mau cerita tentang khasiatnya. Nanti kak Mah akan ceritakan pengalaman kak Mah sendiri meminum jus seleri ini. Buat masa sekarang Kak Mah targetkan kak Mah akan teruskan meminum jus seleri ini sehingga 14 hari melainkan sesuatu terjadi kepada kesihatan sedia ada kak Mah, maka kak Mah akan teruskan meminum jus seleri ini.

Sesiapa yang berani menyahut cabaran seleri ini marilah bersama-sama kak Mah, jangan berlengah lagi demi kesihatan kita yang berpanjangan. Aamiin.

Semuga berjumpa lagi.

Wasallam.

Monday, 30 April 2018

Madu Asli

Assalamualaikum,

Sallam Nisfu Syaaban.
Alhamdulillah jumpa lagi di pagi Isnin yang ceria dan berkat ini.Semuga rakan blogger, pengunjung setia Kak Mah dan semua yang membaca entry ini beroleh  keberkatan 

Nak Tanya sikit. Rakan rakan yang tau tentang madu asli ni. Ini gambar madu yang kak Mah beli di Cameron Highland sebulan yang lalu. Dah sebulan duk dalam peti ais, beginilah rupanya. Bila nak guna kak Mah keluarkan, kondisinya, tak ada sako, atau kepala yg bergula, keadaanya tetap sama macam baru beli. Rasanya pun ada rasa madu, tapi tak kuat. Tapi tidak ada rasa benda asing, Tolonglah jawab adakah ini betul-betul madu asli melihat pada gambar keadaannya didalam botol ti.


Ini green smoothie, jus hijau hari ini. Di buat dengan satu setengah biji mentimun muda yang dibuang bijinya, sebab bijinya dah keras macam dah tua sangat, setengah biji epal merah dan dua sudu madu yang didalam botol diatas. Alhamdulillah kenyang. Ini untuk minuman pukul 10.00 pagi kak Mah. Tanpa makan apa-apa. Dan sarapan pagi tadi cuma setengah cawan kopi '0' letak setitis stevia, tak berani nak makan gula dah, timbangan cepat naik, mendadak betul.

Walau pun bacaan kencing manis kak Mah dah kembali normal ia itu 6, tapi kak Mah kena berhati-hati dengan makanan ni, semuanya mengandungi kanji dan gula terutama nasi. Dua tiga hari ni kak Mah selera betul makan nasi. 3 kali sehari kak Mah makan nasi, termasuk nasi goreng untuk sarapan pagi. Minggu ni kena kurangkan sikitlah makan nasi.Alhamdulillah.

Walau pun Doktor pakar mengatakan kak Mah boleh mempunyai berat badan hinggan 60 kg, tapi Pakar pemakanan pula berlainan pendapat. Beliau hanya membenarkan kak Mah mempunyai berat sehingga 56 kg sahaja, memandangkan BMI kak Mah terlebih sedikit semasa kak Mah berjumpanya dengan timbangan seberat 57 kg. Dan for surprise, pagi tadi timbangan kak Mah seberat 60.4 kg. Arrgghhh, mengapa pulak terlebih sangat timbangan nya tu. Tak hairan, dua tiga hari lalu terlebih sangat makan gula kut, minum teh '0' 3 kali sehari, nasi 3 kali sehari. ok ok, tak boleh jadi ni. Dah dah dah, kena kawal sekarang ni, jangan makan nasi, jangan minum teh '0'. Ok.

Susah kan kalau dah dapat sakit, kena sentiasa jaga makan. So kalau tak nak sakit, kenalah jaga makan juga.

Alhamdulillah, semuga jumpa lagi

Wassalam.



Friday, 12 May 2017

Mengapa Kurma Dibenci Oleh Jin dan Syaitan Dan Mengapa Nabi SAW Memakannya dalam Hitungan Ganjil.



Assalamualaikum,

Rakan blogger, pengikut dan peminat blog Lipislady, apa khabar semua. Kak Mah sihat aja, tapi kebelakangan ini kurang sikit masa untuk dapat update blog ini, Kurang sikit dapat upload gambar-gambar makanan yang Kak Mah makan, maklumlah Kak Mah sekarang ini duduk dengan abang Kak Mah, Kedapur pun tak berapa sempat.

Tapi malam ini sempena kedatangan bulan Ramadhan yang tinggal 13 hari saja lagi Kak Mah nak kongsikan sedikit tentang khasiat buah kurma yang kak Mah dapat dari whatsapp group kawan Kak Mah. Rasanya bermanfaat juga buat kita. Mana yang dah tahu tu boleh ulang kaji sekali lagi ye kawan-kawan.

KHASIAT KURMA

Amir bin Saad dari ayahnya - berkata : Rasulullah sallallahu 'laihi wassalam bersabda :
Lakukanlah ikhtiar perlindungan dari sihir dengan memakan 7 biji kurma

Kajian menunjukkan buah kurma memiliki manfaat utama

1. Mengurangi kolestrol dalam darah dan mencegah kesumbatan disaluran darah

2. Mencegah kanser usus besar serta mencegah penyakit buasir dan kurang membentuk batu karang dan membantu tahap kehamilan serta waktu bersalin kerana mengandungi serat serta makanan yang baik pencernaan dan gula

3. Mencegah kerosakan gigi kerana mengandungi fluorine

4. Mencegah racun kerana mengandungi natrium, gallium dan vitamin C

5. Menyembuhkan kekurangan darah merah kerana mengandungi zat besi, tembaga, vitamin B-2

6. Ubat untuk penyakit lemah tulang kerana mengandungi kalsium, fosfor dan vitamin A

7. Menyembuhkan hilangnya selera makan dan kurang fokus kerana mengandungi gallium.

8. Untuk mengubati kekurangan umum dan jantung berdebar kerana mengandungi magnesium dan tembaga

9. Ubat kanser sendi dan otak kerana mengandungi boron

10. Anti kanser kerana mengandungi selenium

11. Sebagai ubat untuk mengatasi disfungsi ereksi kerana mengandungi boron, vitamin A

12. Perawatan untuk kulit kering dan penyakit korena mata kering serta kebutaan malam kerana mengandungi vitamin A

13. Ubat untuk penyakit saluran pencernaan saraf kerana mengandungi vitamin B1

14. Perawatan untuk rambut gugur dan stress mata serta selaput lendir rongga mulut serta inflamasi bibir kerana mengandungi vitamin B2

15. Perawatan inflamasi kulit kerana mengandungi vitamin niacin

16. Ubat untuk penyakit kudis, melemahkan keseluruhan tubuh dan jantung berdebar, sesak nafas dan kecut pembuluh darah serta timbulnya bintik-bintik merah pada kulit serta kekurangan dalam tulang dan gigi kerana mengandungi vitamin C, atau ascorbic asid 2.

17. Mengubat keasaman atau asidic diperut kerana mengandungi klorin, natrium dan gallium.

18. Mengubat sakit gusi dan kekurangan salur darah capillari kekurangan kekuatan otot dan tulang kerana mengandungi vitamin C.

19. Kurma menyengangkan, dan memberi tenaga sebaik sahaja ia dicerna.

20. Kurma adalah pemberi tenaga segera.

Semuga panduan ini memberi manfaat kepada kita semua lebih-lebih lagi di bulan Ramadhan yang berkat nanti

Semuga Jumpa Lagi.

Wassalam.



Thursday, 27 April 2017

Terapi Air Liur Basi

Assalamualaikum,

Sallam hari Khamis semua rakan blogger, rakan alam maya, peminat-peminat lipislady. Apa khabar semua, Kak Mah hari ni tak ada kerja, nak masak gas habis, sambil tunggu gas sampai mengadap laptop dulu sambil minum kopi 'o'. Waw..best..Jarang Kak Mah dapat masa macam ni, selalu berserabut dengan kerja dari subuh hingga isya. Alhamdulillah hari ni Allah beri rihat. Cuti Jap..hehe.

Oh ya, kak Mah ni nak kongsi sikit petua yang kak Mah amalkan baru sebulan yang lalu. Terapi air, tapi anak kak Mah kata terapi air liur basi. Kak Mah percaya ramai yang dah tahu mengenai terapi ini. Tapi tak apalah kak Mah nak kongsikan sekali lagi.

Terapi ini bermula sejak seawal pagi lagi dan khasiatnya agak segera juga boleh dinikmati. Kak Mah sendiri mendapat manfaatnya seawal tiga hari setelah mengamalkannya terapi ini.

Ikuti sendiri cara-cara melakukan terapi air ini

1. Sebaik sahaja bangun tidur, sebelum berkumur dan mengosok gigi minum sekurang-kurangnya 4 gelas air, sebaik-baiknya air bertapis. Buat permulaan 4 gelas air tu terlalu banyak untuk dihabiskan, boleh mulakan dengan 2 gelas dulu, cubalah, memang sukar. seboleh bolehnya lagi banyak lagi bagus. Kak Mah sendiri dah boleh menghabiskan 4 hingga 5 gelas setiap pagi.



2. Cuba jangan minum sambil berdiri kerana ini boleh mengakibatkan sendi-sendi kita menjadi rosak.

3. Jangan minum selepas makan, sekurang-kurang nya tunggu sehingga selepas 40 minit. Selepas 40 minit minum air panas sahaja. Jangan sesekali minum air sejuk atau ais,

Ini saja yang kak Mah amalkan. Alhamdulillah, lutut kak Mah yang sakit selama ini dah berangsur-angsur sembuh. Kalau dulu kak Mah solat atas kerusi sekarang dah boleh solat biasa. 

Masaalah sembelit pun boleh diubati dengan cara ini, dulu kak Mah sembelit dan buasir, alhamdulillah sekarang dah sembuh semua tu. Buang air besar pun mengikut masa khusus iaitu selepas minum air diwaktu pagi sahaja.

Masaalah susah tidur pun dah tiada lagi, darah tinggi dan kencing manis pun dah makin terkawal. Alhamdulillah syukur pada Allah yang memberi ilham untuk mengamalkan terapi air liur basi ini.

Sebenarnya air liur basi ini walaupun dia busuk tapi mengandungi alkali yang tinggi yang akan bertindakbalas dengan alkali yang sedia ada dalam usus kita, menjadikan usus kita sihat. I tu serba sedikit yang kak  Mah tahu dan amalkan.

Mudah aja. Sesiapa saja boleh amalkan. Dan lihat hasilnya. Alhamdulillah.

Selamat mencuba.

Wassalam.

Sunday, 9 August 2015

Khasiat Buah Mentimun


Assalamualaikum,

Rakan2 blogger, pengunjung blog kakmah, apa khabar? Nampaknya dah ramai yang tengok gambar yang kakmah upload ini tapi mesti ada yang tertanya-tanya juga cerita apa pula yang nak kakmah kaitkan dengan buah mentimun ini. Tapi kalau pandang kat tajuk tu pasti dah tau ceritanya kan.


Iyalah, apa yang nak kakmah ceritakan ialah khasiat buah mentimun ini. Kakmah percaya semua orang kenal buah mentimun ini, dan tau juga mecam mana rasanya. Tak kurang juga yang tak suka makan buah mentimun. Walau macam mana pun, kepada yang tahu mentimun ini begitu sinonim dengan penyakit darah tinggi. Jelasnya mentimun kalau di makan berterusan boleh menurunkan darah tinggi yang masih baru. Kakmah sendiri sedang mencuba cara pengubatan ini, kerana kakmah rasa inilah cara alternatif yang paling selamat berbanding dengan cara lain, kerana mentimun adalah sayur dan makanan harian yang tidak ada langsung kesan sampingannya jika dimakan setiap hari.

Mengapa mentimun boleh menurunkan darah tinggi. Mengikut kajian terkini mentimun mengandungi kalium, magnesium, dan serat yang tinggi. Ketiga-tiga nutrasi ini boleh menurunkan tekanan darah tinggi. Disamping itu mentimun juga mengandungi vitamin A dan K, folat, asam caffeic dan silika. Mentimun juga mengandungi vitamin C dan antioksidan yang kuat yang boleh menurunkan tekanan darah tinggi. Mentimun juga mengandungi kurang sodium dimana sodium ang berlebhan didalam makanan boleh menyebabkan tekanan darah menjadi tinggi.

Untuk mendapatkan khasiat terbaik, sebiji timun boleh dicampurkan dengan setangkai daun sadri, di kisar dan minum airnya setiap hari. Tapi bagi kakmah, kakmah hanya makan timun begitu sahaja sebagai kudapan, setengah biji pagi dan setengah biji malam. Alhamdulillah, tekanan drah kakmah tidak tinggi sangat, bacaan terkini semalam 126/75 dan hari ini 136/81 tanpa makan ubat hospital, alhamdulillah..

Semuga jumpa lagi,
Wassalam


Sunday, 27 April 2014

Tabiat Pemakanan Yang Sihat

Assalamualaikum,

Sejak akhir-akhir ni kakmah macam tak cukup masa nak update blog ni, lebih-lebih lagi bila kakmah selalu tak ada dirumah, berpergian, jauh dari komputer kesayangan kakmah ni dan tak ada buat apa-apa yang dapat diceritakan. 

Tambahan pula badan tak berapa sihat, mood untuk blogging juga menjadi lembab. Tapi kakmah suka nak kongsi pengetahuan, pengalaman yang kakmah dapat dimana-mana melalui pembacaan dan dari layaran internet dalam pencarian kakmah terhadap ubat-ubat dan penawar-penawar untuk menyembuhkan sakit kakmah sendiri.

Ini satu lagi perkongsian yang berguna ingin kakmah catatkan disini untuk renungan dan amalan kita bersama. Semuga ianya bermanfaat untuk kita semua.

Seperti yang kita tahu, semua penyakit adalah berpunca dari amalan pemakanan yang tidak seimbang dan tidak berhemah. Gaya hidup yang selesa menyebabkan kita mengambil makanan sesuka hati tanpa memikirkan kedudukan umur dan budaya kerja.

Sebenarannya, pemakanan yang seimbang amat perlu demi meneruskan kelangsungan kesihata yang baik. Diantaranya adalah seperti yang di jadualkan dibawah ini, satu kaedah diet yang sesuai untuk kita ikuti :-

* Sarapan - Bijirin yang mengandungi tinggi serat seperti emping beras, bijirin jagung dan susu rendah lemak atau roti penuh bijirin dengan majerinlembut. Teh dan susu rendah lemak.

* Minum Pagi - Buah-buahan seperti epal, jambu batu, betik dan limau. Kopi dan susu rendah lemak.

* Makan tengahari - Sandwich, roti penuh bijirin dan majerin lembut, sup sayur dan ikan bakar atau ikan rebus serta buah-buahan. Minum Air suam,

* Minum Petang - Popia basah dan buah-buahan. Teh dan susu tepung rendah lemak.

* Makan Malam - Nasi putih dan sup sayur yang dicampurdengan isi ayam yang dah dibuang kulitnya. Roti penuh bijirin, rojak atau salad sayur-sayuran atau buah-buahan. Minum susu tanpa lemak. Jika perlu kurangkan minuman kopi atau teh kerana ia mengandungi kafein, yang tidak sesuai bagi penghidap migrain dan sebagainya.

Harap jadual pemakanan ini dapat memberi manfaat kesihatan kepada kita jika diamalkan selalu. Boleh digantikan dengan makanan lain yang setaraf sukatan kelorinya dengan makananyang disyorkan disini. In shaa Allah.

Sekian,
Wassalam.

Wednesday, 20 November 2013

Demam Tak Kebah

Assalamualaikum,

Maha suci Allah
yang sedang menguji 
kesabaran dan iman kakmah,
Alhamdulillah malam ni rasanya 
macam nak demam lagi.
Saat ini batuk yang dari tengahari tadi
dah rasa berkurangan sikit,
kembali kuat semula.
Munkin akibat kakmah 
banyak bergerak semasa keluar
makan tadi, atau pun ada yang
kakmah tersilap makan.
Segalanya munkin,
cuma kakmah berdoa
semuga malam ni kakmah boleh
tidur lebih awal dari malam semalam,
dan demam tidak lagi seteruk semalam

Semuga kakmah terus
diberi ketabahan
dan kesabaran
diatas dugaannya ini.
Amin.

Wassalam
Jumpa lagi.

lama tak mengerjakan ni.

Tuesday, 9 October 2012

Stress

Assalamualaikum,

Tukar tajuklah plak. Sebenarnya bukan WW tapi STRESS.
baru kakmah sedar, rupanya kakmah ni sedang  Stress
yang amat sangat sampai hari pun kakmah dah lupa.
Semuga Allah sentiasa melindungi kakmah.


Tiga benda yang tak boleh
dan tak akan berjauhan dengan kakmah.
1. Kad appointment dengan dua orang doktor pakar yang berlainan.
2. Borang untuk mengambil spicemen, darah pastinya.
Tah berapa banyak dah darah kakmah disedut,
3. Kalendar, kalau jauh atau 
tersilap letak, alamat 
tertundalah 
temujanji.

Wassalam.

Sunday, 1 April 2012

Apakah Itu Fibroid.

Assalamualaikum,

Selamat berhari minggu kepada rakan2 blogger semua.
sambil2 bercuti tu luang2kanlah masa untuk membaca entry
kakmah kali ini. 
bagus untukbuat panduan kita wantia semua.




Apa yang anda perlu tahu tentang fibroid? 


Fibroid adalah sejenis ketumbuhan yang berasal dari tisu pada rahim. Apabila ia membesar, fibroid boleh memberikan pelbagai masalah kepada wanita seperti, menghimpit pundit kencing, mengalami haid yang banyak, sakit samasa haid dan sakit semasa bersama dan sebagainya. Ia bolehtumbuh sehingga sebesar biji bola tapi ia bukan sejenis kanser. Kebanyakkan simtom yang dihadapi oleh wanita ialah kerap kencing, sembelit, sakit haid, darah haid yang banyak. Kadang-kadang dia boleh menghadang pintu rahim dan sekiranya wanita tersebut hamil, beliau terpaksa bersalin secara pembedahan ceasarean. 


Bagaimana wanita boleh menghidapinya? 


Fibroid adalah kejadian yang kerap terjadi iaitu pada 25% kaum wanita tetapi setakat ini kita tidak dapat pastikan bagaimana ia terjadi. Walaubagaimanapun, kehadiran hormon estrogen berkait rapat dengan pembesaran fibroid. Fibroid terjadi kebanyakkan pada mereka yang berusia 30-40 tahun iaitu dalam usia reproduktif. Apabila umur semakin meningkat dan takat estrogen yang semakin rendah, fibroid juga akan susut secara sendirinya. 


Apakah simptom yang dihadapi wanita?


 Kebanyakkan wanita tidak mengetahui mereka mempunyai fibroid kerana ia jarang memberikan masalah tetapi sekiranya ia terlalu besar dan berada pada ruang saluran, pesakit akan mengalami: Sakit semasa haid (senggugut) Sakit belakang Haid yang banyak Sembelit Kencing kerap Keguguran yang kerap Sukar mengandung


 Bagaimana fibroid dapat dikesan? 


Kebanyakkan fibroid dikesan secara tidak sengaja kerana ia sering tidak memberi sebarang gejala. Sekiranya anda merasa sesuatu bengkak pada bahagian bawah perut, berjumpalah dengan doktor untuk mengetahui punca pada bengkak tersebut. Ujian ultrasound scan dengan senang akan dapat membezakan samada bengkak itu berasal dari firoid atau ovari. 


Bagaimana fibroid ini dirawat? 


Kebanyakkan fibroid tidak memerlukan rawatan tetapi doktor anda akan mempertimbangkan atau menyarankan rawatan bergantung kepada: Sebanyak mana haid dan sakit senggugut yang anda hadapi Berapa cepat fibroid tersebut membesar Usia anda kerana fibroid akan mengecil apabila mencapai usia menopos Keinginan anda untuk mendapatkan anak, kerana fibroid boleh menyebabkan ketidaksuburan dan kesukaran untuk mengandung Sekiranya anda memang memerlukan rawatan, terdapat dua jenis pembedahan yang akan disarankan. Satu dinamakan myomectomy dimana ketumbuhan itu sahaja yang akan dibedah dan dibuang oleh doktor, manakala hysterectomy pula adalah pembedahan membuang kesemua rahim dan selalunya dibuat kepada wanita yang hampir mencapai usia menopos dan mereka yang tidak lagi mahukan anak. Bagi mereka yang masih inginkan zuriat, myomectomy adalah pilihan terbaik. Walaubagaimanpun, risiko pendarahan semasa pembedahan adalah lebih tinggi tinggi berbanding hysterectomy. Ada juga ubat yang boleh mengecutkan fibroid tetapi ia mempunyai kesan sampingan dan keberkesanannya pula tidak begitu memuaskan kerana fiboid akan tumbuh semula selepas ubat tersebut habis dimakan. Selepas myomectomy, terdapat 25% risiko untuk fibroid membesar semula dalam masa 10 tahun. Satu -Satunya prosedur yang boleh memastikan yang fibroid tidak tumbuh semula ialah melalui hysterectomy. 


Macamana untuk menghindar dari mendapat penyakit fibroid ini?


 Malangnya tiada cara yang boleh kita hindari untuk mengelak dari fibroid kerana ia tiada kaitan dengan pemakanan atau gaya hidup dan ia juga bukan sejenis penyakit keturunan.


Semuga bermanafaat buat kita semua.


Wassalam.

Thursday, 20 October 2011

Terapi Medan Elektrik

Assalamualaikum,

Lama dah tak update blog, bukan apa, cuma keadaan masa dan kesihatan tidak berapa mengizinkan. Walaupun saya masih online, tapi sesekejap sahaja, tidak cukup masa untuk mencari bahan dan mengupdate blog. Bila badan tidak berapa sihat, otak pun tak berapa cergas. Cuma mampu jenguk beberapa blog kawan yang mana senang loading.

Seminggu badan berasa tak sihat, kepala sentiasa pening, mata sentiasa berpinar, perut terasa penuh, nafas mengah sehingga untuk naik tangga jejantas saya terpaksa berhenti beberapa kali baru sampai keatas. Apabila sampai diatas saya rasa seperti baru lepas berlari merentas desa sejauh 5 kilometer semasa bersekolah dulu. Cuma peluh tidak keluar. Rasa macam nak duduk berlunjur diatas jejantas merehatkan badan sebelum meneruskan perjalanan ke kelas. Inilah yang saya alami selama seminggu sebelum saya membuat pemereksaan tahap kesihatan sabtu lepas. Secara rambangnya inilah keputusan pemereksaan tersebut.

Tekanan Darah 219/109, gula dalam darah 12.2, kandungan asid dalam darah tinggi, kolestrol tinggi, angin dalam badan, pankreas, buah pinggang dan hati kurang berpungsi. Nampaknya saya terpaksa akur dengan tahap kesihatan yang semakin merosot ini.

Isnin lepas saya memulakan terapi medan elektrik di pusat terapi yang disediakan oleh alpha one walaupun pada mulanya saya kurang berminat untuk mencubanya. Atas nasihat kawan2 saya terpaksa akur lagi memandangkan ikhtiar adalah wajib.

Selepas terapi pertama kepala saya semakin pening, dan malam tu saya rasa bagaikan hendak demam. Melalui penerangan yang diberikan semasa terapi barulah saya tahu, terapi gegaran ini akan mengeluarkan sebanyak 60 gegaran setiap saat dan selama 20 minit berada diatas kerus terapi tersebut bersamaan kita berlari sejauh 1.5 kilometer. patutlah malam tu sayademam.

Sehingga hari ini keadaan kesihatan saya semakin pulih, cuma petang tadi saya merasa amat pening sehingga tak mampu untuk berjalan balik. Munkin ini adalah tindakbalas negatif terapi tersebut dalam proses membaik pulih kesihatan saya. InsyaAllah. Disamping tindak balas negatif saya ada juga mengalami tindak balas positif seperti badan menjadi semakin cergas, mengah dah berkurangan dan yang pentingnya kuat makan....harap2 saya akan terus sihat dengan terapi ini yang diberi secara percuma. Terima kasih alpha one yang memberi khidmat percuma untuk kami yang memerlukan.

Semuga jumpa lagi,
Wassalam.

Friday, 29 July 2011

Rindu Ahhh....Bilateral Mammograms.

Assalamualaikum,

Salam pagi Jumaat, rakan-rakan blogger dan pengunjung, semuga hari ini lebih baik dari semalam. Rindu kat kawan-kawan, rindu nak bertandang ke blog kawan2 tapi, rindu nak update blog, tapi apa kan daya kekangan masa membuatkan setiap percubaan nak online terbantut. Alhamdulillah hari ni saya cuba juga curi2 masa nak update blog yang dah seminggu sunyi sepi ini.

Sebenarnya saya dah balik Lipis hari Isnin lagi, tapi sebelum balik Lipis saya pergi ke klinik Persatuan Kebangsaan Kanser Malaysia ( National Cancer Society Malaysia ) untuk buat ujian mammograms. Saya percaya semua wanita tahu apa itu Mammograms dan apa tujuannya. Tapi yang nak saya ceritakan disini ialah tentang adanya subsidi kerajaan untuk wanita-wanita yang ingin melakukan Mammograms tapi kurang kemampuan.


Saya sendiri pun pergi atas biaya Kerajaan melalui klinik LPPKN, yang menyediakan sebuah teksi untuk 4 orang pergi balik dari Lipis ke klinik Persatuan Kebangsaan Kanser Malaysia. Trip dua kali seminggu itu telah bermula sejak tahun lepas lagi. Tambang di biaya sepenuhnya dan kos x-ray dibiaya separuh, selebihnya sebanyak RM 40 di jelaskan oleh saya sewaktu mengambil keputusan. Nagetif filem akan diberikan kepada kita untuk dibawa pulang dan perlu dibawa semula sewaktu membuat pemereksaan ditahun berikutnya atau dua taahun akan datang.Ini program LPPKN dalam memberi kesedaran betapa pentingnya mengesan kanser payudara dan kanser servik pada peringkat awal supaya penyakit tersebut boleh di ubati atau dihapuskan sekiranya terdapat tanda2 awal pada kita.


Tapi sayangnya tidak ramai orang melayu kita yang ada kesedaran tentang kempen ini. Pengalaman saya yang membuat tempahan sejak tahun lepas lagi, untuk mencari tiga orang lagi untuk mencukupkan jumlah 4 orang untuk satu trip sangat sukar. Semuanya mempunyai alasan masing-masing. Sebaliknya kaum Cina adalah kaum yang mempunyai kesedaran sangat tinggi mengenai bahaya penyakit pembunuh no satu ini, dan mereka tidak melepaskan peluang ini untuk pergi membuat pemereksaan.

X-ray cuma memakan masa beberapa minit sahaja, dan langsung tidak menyakitkan. Keputusan yang diterima adalah 99% tepat. Sangat berguna untuk mengesan sebarang gejala diperingkat awal.


Pengalaman melihat sendiri pesakit yang menyangka dirinya terlalu sihat dan tak munkin ada tanda-tanda awal kanser dan apabila dilakukan pemereksaan x-ray ternyata terdapat dua biji benjolan seperti kanser, membuktikan penyakit ini tidak ada tanda2 khusus yang boleh kita buat panduan. Pengesanan awal melalui mammograms adalah satu-satunya cara yang paling berkesan dan terbaik. ( nak dengar apa kata DR. Daddy Ziyyad tentang kanser payudara ini )

Sila berhubung dengan LPPKN ditempat anda jika ingin menyertai program ini, atau boleh pergi sendiri ke Persatuan Kebangsaan Kanser Malaysia yang terletak di Jalan Raja Muda Abdul Aziz, Kaual Lumpur. Tapi kena bayar penuh kalau pergi sendiri, tak mahal, hanya RM 80 untuk mammogram RM150 untuk Mammogram dan Pap Smear

Jumpa Lagi.

Wassalam.

Tuesday, 28 June 2011

Dalam Ceria Ada Sedikit Duka.

Assalamualaikum,

Semalam dalam pukul 2.30 petangsaya ke Hospital Lipis untuk check BP 3 bulan sekali, dan ambil bekalan ubat seterusnya. Sebenarnya saya datang nak tukar ubat, sebab tak serasi dengan ubat yang Dr bagi tu.

Ubat ni memang buat saya betul2 Fening dan lemah badan kalau dimakan itu pun sekali sahaja sehari.

Sepatutnya kena pergi 13 hb 6 yang lalu,tapi kerana ubat saya jarang2 makan,tak tau bila ubat sepatutnya habis.

Sampai kat hospital dalam 2.40 petang, Tunggu ambil kad dan giliran adalah dalam 1 jam baru dapat check BP.

Memula check bacaannya 184/93,misi yang check dah mula ngangakan mulut,"Apahal, nak telan saya ke" tu saya kata dalam hati aja. " Tinggi sangatlah akak" Kata misi tu. "Apa yang tinggi" Saya terus jawab. " BP akak nilah" nasib baik misi tu panggil saya akak, kalau dia panggil saya makcik,saya pasti akan terus kata " Alat tu rosak lah misi, cuba yang satu lagi tu"

Eh, macam misi ni dengar plak kata hati saya,
tetiba dia menukar kepada alat yang satu lagi,
" Cuba yang ni plak, baru beli ni"saya tak tanya pun.

Bacaan kedua plak, 219/105, kali ini saya plak yang ternganga, sah! alat tu rosak..

Dua kali dia cuba alat yang dia kata baru beli tu, tapi bacaannya berbeza sikit aja.
lepas kali ketiga dia terus tarik saya kebilik Dr.


Dia cakap dengan DR, dalam bahasa yang saya faham, tapi saya buat2 tak faham.
Saya pun terus tunjuk ubat putih tu, saya ceritakan masaalah yang saya hadapi kalau makan ubat tu. Dan saya nak ditukar kepada ubat warna oren macam kat atas. Saya siap tanya fungsi setiap satu, ketiga2 ubat tu beserta dengan side effectnya sekali kalau dimakan bererusan. Jelas, keputusannya saya nak ambil ubat yang warna oren saja. Akhirnya Dr, suruh saya masuk wad untuk berehat dan dapatkan rawatan sewajarnya sehingga BP kembali kepada normal.

Inilah perkara yang paling saya nak elak. masuk wad, duduk dalam wad dihospital, bersama dengan orang sakit, padahal saya sihat walafiat. Betul ke saya sihat??

Setelah berdolak dalik dengan DR, akhirnya saya diberikan ubat untuk menurunkan BP serta merta dan terpaksa berehat 1 jam, jika masih tidak turun
" Kena masuk wad juga, ini berkaitan dengan nyawa" Kata Dr., tegas. Saya akur.

Alhamdulillah setelah makan ubat dan berehat selama 45 minit BP saya turun sikit kepada 165/85. Setelah merayu pada Dr, saya dibenarkan pulang dan terpaksa ke hospital tiap2 hari selama seminggu.

Alhamdulillah, saya dapat balik kerumah, tak payah duduk wad.


Tengahari tadi saya ke hospital lagi. tapi bacaan hari ni menakutkan. bacaan pertama 172/98 rehat 15 minit bacaan kedua 184/97

Sebenarnya saya lebih stress duduk dihospital dari duduk dirumah atau di kelas.

Jumpa Lagi

Wassalam.

Friday, 12 November 2010

Sakit Gigi


Assalamualaikum,

Semasa membelek-belek dan membaca satu majalah dwi bulanan yang terkenal tadi terjumpa artikel ini, lalu keh petik untuk dikongsi bersama teman2. Tajuk seperti diatas. Seringkali kita kalau diserang sakit gigi, selagi mampu ditanggung pasti tidak akan pergi ke klinik untuk mendapatkan rawatan. Kita selalu menganggap sakit gigi adalah penyakit remeh yang tidak perlu diberikan perhatian yang serious.Ada setengah tu sampai buruk berlubang-lubang dan semuanya dah berwarna hitam gigi tu masih juga bertahan, maklumlah gigi asal, sayang juga nak di cabut apa lagi nak digantikan dengan gigi baru yang palsu.

Tahukah kita sakit gigi boleh menjadi punca serangan pelbagai penyakit kronik seperti nyeri mata, strok, jantung, diabetes dan kelahiran pra matang untuk ibu-ibu yang mengandung. Sebenarnya ada banyak penyakit yang bermula dari mulut dan gigi kerana mulut adalah pintu masuk segala macam benda asing kedalam tubuh.

Sakit gigi boleh menyebabkan serangan jantung kerana kuman yang bersarang pada gigi yang berlubang boleh menembusi kesaluran daraah dan berkumpul dijantung. Gigi yang rosak teruk juga boleh menganggu sistem imun tubuh. Ini kerana sistem imun yang rosak akibat serangan bakteria akan merembes sejenis protein, cytokines. Ia menyebabkan kerosakan sel pankreas yang menghasilkan insulin, hormon yang memicu serangan diabetes.

jadi kalau ada gigi yang dah nampak tanda2 rosak tu lekas2lah mendapatkan rawatan, jangan tunggu sampai gigi tersebut rosak teruk dan tidak dapat diselamatkan lagi.

Tuesday, 4 May 2010

Elakkan 7 Perkara Selepas Makan

Assalamualaikum,

Kalau nak kekal sihat elakkanlah 7 perkara ini selepas makan.

1. JANGAN MEROKOK - Kajian daripada pakar-pakar kesihatan mendapati bahawa sebatang rokok yang dihisap sebaik sahaja selesai makan bersamaan dengan menghisap 10 batang rokok dan meningkatkan risiko mendapat kanser paru-paru.

2. JANGAN MAKAN BUAH - Jangan makan buah sebaik sahaja selesai makan kerana ia akan menyebabkan perut kita buncit kerana kandungan air berlebihan. Jika mahu makan buah, makanlah sebelaum makan atau pun 1/2 jam selepas makan.


MEROKOK MEMBAHAYAKAN KESIHATAN

3. JANGAN MINUM TEH - Daun teh mengandungi asid yang tinggi. Bahan ini boleh menyebabkan protein yang terkandung dalam makanan yang kita makan menjadi keras sehingga sukar untuk dihadamkan.

4. JANGAN LONGARKAN TALI PINGGANG - Melonggarkan tali pinggang sebaik selesai makan boleh menyebabkan usus terbelit dan terhalang.

BUAH BAIK UNTUK KESIHATAN, TAPI AWAS BOLEH
MEMUDARATKAN JIKA DIMAKAN SEMBARANGAN.

5. JANGAN MANDI - Mandi sebaik selesai makan boleh menyebabkan peningkatan aliran darah pada tangan, kaki dan badan hingga menyebabkan aliran darah disekeliling perut menurun . Ini menyebabkan sistem penghadaman menjadi lemah.

6. JANGAN BANYAK BERJALAN - Ada nasihat menyarankan supaya anda berjalan hingga seratus tapak sebaik selesai makan. Ini dalah tidak benar kerana berjalan boleh menyebabkan sistem penghadaman sukar menyerap zat daripada makanan yang dimakan.

KALAU LEPAS MAKAN MESTI MENGANTUK

7. JANGAN TIDUR - Tidur sebaik selesai makan akan menyebabkan makanan tidak dapat dihadamkan dengan elok. Ini akan menyebabkan gastrik dan jangkitan pada usus.

Sama-samalah kita fikirkan.

Sekian, Wassalam