Assalamualaikum,
Salam pagi Jumaat, rakan-rakan blogger dan pengunjung, semuga hari ini lebih baik dari semalam. Rindu kat kawan-kawan, rindu nak bertandang ke blog kawan2 tapi, rindu nak update blog, tapi apa kan daya kekangan masa membuatkan setiap percubaan nak online terbantut. Alhamdulillah hari ni saya cuba juga curi2 masa nak update blog yang dah seminggu sunyi sepi ini.
Sebenarnya saya dah balik Lipis hari Isnin lagi, tapi sebelum balik Lipis saya pergi ke klinik Persatuan Kebangsaan Kanser Malaysia ( National Cancer Society Malaysia ) untuk buat ujian mammograms. Saya percaya semua wanita tahu apa itu Mammograms dan apa tujuannya. Tapi yang nak saya ceritakan disini ialah tentang adanya subsidi kerajaan untuk wanita-wanita yang ingin melakukan Mammograms tapi kurang kemampuan.
Saya sendiri pun pergi atas biaya Kerajaan melalui klinik LPPKN, yang menyediakan sebuah teksi untuk 4 orang pergi balik dari Lipis ke klinik Persatuan Kebangsaan Kanser Malaysia. Trip dua kali seminggu itu telah bermula sejak tahun lepas lagi. Tambang di biaya sepenuhnya dan kos x-ray dibiaya separuh, selebihnya sebanyak RM 40 di jelaskan oleh saya sewaktu mengambil keputusan. Nagetif filem akan diberikan kepada kita untuk dibawa pulang dan perlu dibawa semula sewaktu membuat pemereksaan ditahun berikutnya atau dua taahun akan datang.Ini program LPPKN dalam memberi kesedaran betapa pentingnya mengesan kanser payudara dan kanser servik pada peringkat awal supaya penyakit tersebut boleh di ubati atau dihapuskan sekiranya terdapat tanda2 awal pada kita.
Tapi sayangnya tidak ramai orang melayu kita yang ada kesedaran tentang kempen ini. Pengalaman saya yang membuat tempahan sejak tahun lepas lagi, untuk mencari tiga orang lagi untuk mencukupkan jumlah 4 orang untuk satu trip sangat sukar. Semuanya mempunyai alasan masing-masing. Sebaliknya kaum Cina adalah kaum yang mempunyai kesedaran sangat tinggi mengenai bahaya penyakit pembunuh no satu ini, dan mereka tidak melepaskan peluang ini untuk pergi membuat pemereksaan.
X-ray cuma memakan masa beberapa minit sahaja, dan langsung tidak menyakitkan. Keputusan yang diterima adalah 99% tepat. Sangat berguna untuk mengesan sebarang gejala diperingkat awal.
Pengalaman melihat sendiri pesakit yang menyangka dirinya terlalu sihat dan tak munkin ada tanda-tanda awal kanser dan apabila dilakukan pemereksaan x-ray ternyata terdapat dua biji benjolan seperti kanser, membuktikan penyakit ini tidak ada tanda2 khusus yang boleh kita buat panduan. Pengesanan awal melalui mammograms adalah satu-satunya cara yang paling berkesan dan terbaik. ( nak dengar apa kata DR. Daddy Ziyyad tentang kanser payudara ini )
Sila berhubung dengan LPPKN ditempat anda jika ingin menyertai program ini, atau boleh pergi sendiri ke Persatuan Kebangsaan Kanser Malaysia yang terletak di Jalan Raja Muda Abdul Aziz, Kaual Lumpur. Tapi kena bayar penuh kalau pergi sendiri, tak mahal, hanya RM 80 untuk mammogram RM150 untuk Mammogram dan Pap Smear
Jumpa Lagi.
Wassalam.
Assalam LL..akak pun dah buat melalui LPPKN jugak..subsidi katanya..tapi bayar rm50.00
ReplyDeletedah 2 tahun akak buat..patutnya tahun ni kena pi lagi sekali...tapi belum pergi lagi.
dah baca baru tau menda alah mammogram ter
ReplyDeletesalam..
ReplyDeletemolek amat tu ada kesedaran
pemeriksaan awal mungkin
berjaya mencegah penyakit
ini daripada terus menular
jika usia bertambah..elok membuat pemeriksaan klinikal spt itu...jadi dpt mengesan penyakit awal2 lagi dan boleh cepat2 berusaha mencari penawarnya..
ReplyDeleteumi saya dah pergi buat ujian ni setahun yang lalu, mengikut 'rombongan' dari lipis ni jugak. katanya lebih ramai kaum cina yg ambil peluang ni dari org melayu :(
ReplyDeletesalam kak..
ReplyDeletekalau di selangor ni ...takde kot
tapi tak taulah..coz hari tu ati tanya
sendiri di hospital tapi doktor tu kata
hanya dah sakit baru boleh chk...hairankan?
ati mmg nk cuba dan dah tahu kebaikan
memogram ni pun dari kawan cina
selamat menyambut ramadhan kak :)
bagusnya kak...munna pun nak buat ujian mamogram ni
ReplyDeleteKesedaran awal tu penting.Jangan dah terantuk baru nak tengadah.
ReplyDelete