Assalamualaikum,
Selamat Hari Rabu. Hari ini bukanlah hari Rabu yang bisu buat saya, tapi hari ini merupakan hari rabu makan-makan dan cakap-cakap. Tak derlah banyak sangat makanannya, cuma nak tunjuk gambar kuih penganan talam yang saya buat semalam. Terlanjur lama sangat dah saya tak buat entry mengenai makan-makan dan kuih muih. Bukan apa saya sekarang ni macam dah gantung periok belanga dan kuali. Malas masaklah tu.
Kuih penganan talam tradisi, warisan mak, mesti lembut,
kepala mesti basah2 sikit, lemak dan tidak keras.
Petang semalam lepas makan nasi, perut rasa lapar lagi. Apa nak makan ni, semua makanan dah habis. Kering. Tengok tepung ada penuh lagi dalam bekas, kelapa ada sejemput dalam peti, gula, gula merah ada. Terus teringat kuih penganan talam. kacau-kacau, ramas2 kukus. Dah jadi macam kat atas. Masak terus makan dengan adik satu bokor ( loyang) habis. Satu loyang masuk peti untuk makan pagi ni, dan bawak bekal.
Boleh buat sarapan pagi tadi, tidak terlalu manis,
lawan dengan teh tak tarik. Kalau terliur sila buat sendiri.
Donat ni walau pun tak segebu mana, tapi lembut.
Buat kuih ni tak boleh sejenis, dalam nak buat penganan talam teringat pula ke donat, lama dah tak makan donat, adik mesti dah rindu kat donat mak dia. Sukat tepung dan bahan lain, terus uli donat. Tak banyak buat satu cawan tepung saja. Dapatlah 9 biji donat. Saya makan satu biji, lebihnya tinggal kat adik, untuk dia makan balik dari kelas malam.
Pagi tadi tengok masih lagi ada berbaki ni hah,
3 biji, panaskan dan golek semula dengan gula.
Boleh buat sarapan pagi juga.
Ohh....resipi tak ada, sebab saya pakai resipi ikut dan, dah terlampau pakar. Tapi tetap jadi juga sebab resipi dah ada dalam kepala.
Jumpa lagi,
Wassalam.
bestnya kuih talam tu, lama tak makan
ReplyDeleteSallam Anamarza,
ReplyDeleteAlhamdulillah, kuih ni memang favorate saya.
Ntah bile nk mrasa air tngn akak
ReplyDeletenei kn.. hehe..
akak kt lipis area mane?
Jom Jenguk:
Kamu Melayu? Apa kamu tak sayangkan bangsa? Tak cintakan Bahasa? Tak terfikirkah tentang anak-anak kampung? Jangan pentingkan diri sendiri! Jangan hina dan perlekeh bahasa kita!
Dah lama tak makan kuih talam macam tu. Dulu Allahyarham mak kakcik rajin buat bila bulan Ramadhan. :(
ReplyDeleteSalam, kawan kenan met kuih nei nok pulak kepalanya tebal sikit mmg best :)
ReplyDeleteSallam ahsfantasy24,
ReplyDeleteJumpa akak, tapi bagi tau dulu,
senang nak sediakan, bolehlah rasa.
Saya kat centrepoint.
Sallam kakcik,
ReplyDeleteMemang mak-mak kita dulu kalau buat kuih
tradisional mesti rasanya sedap sangat,
lemak manisnya seimbang.
Sallam En Yassin,
ReplyDeleteOrang lama macam kita ni suka sangat dengan rasa lemak manis yek..
senangnya cara akak masak tapi hasilnya, wallah.
ReplyDeletesaya memang suka penganan talam .. tapi yang tak berapa manis. donut tu agak kurang sikitlah. tapi kalau lapar, bolehlah makan 4-5 biji.
ReplyDeletemak saya dulu pun masak tak pernah rujuk buku resepi, tapi rasanya tetap sama setiap kali dia masak.
nanti bulan puasa boleh buat kuih banyak2.
ReplyDeleteSallam Julietchun,
ReplyDeleteMasak cara mudah hasilnya memuaskan,
kalau masak cara berperaturan selalu gagal,
hasil tidak memuaskan.
Sallam Tuan Haji,
ReplyDeleteMemang tu kuih untuk orang2 lama macam kita,
Donat tu kuih untuk orang baru, pasal tu kita kurang minat.
Arwah mak saya masak pun tak pakai buku, tapi rasa memang tak pernah berubah setiap kali masak masakan yang sama.
Sallam endiem,
ReplyDeleteInsya Allah, puasa ni munkin nak jual kuih kat bazar ramadhan, itupun kalau sihat badan.
tepung talam memang peberet cik ina, kalau wat minum petang. memang sodap.
ReplyDeleterajin betul ya buat kuih2 ni, sedap2 belake!
ReplyDelete