Assalamualaikum,
Selamat malam rakan-rakan blogger. malam ni nak cerita pasal trip saya ke Bentong siang tadi. Trip yang tidak dirancang ini memulanya saya anggap trip biasa saja, trip yang membolehkan saya tidur sambil rakan saya memandu. ( Niat tak baik tu, kawan tu ajak teman supaya dia dapat borak2 untuk hilangkan mengantuk masa memandu.) Kalau dia tau niat saya ni mesti dia tak hingin nak bawak saya.
Petang semalam kawan saya dari JPN Lipis datang kelas, nak meminang saya untuk jadi teman dia. Ishh.. bukan teman hiduplah tapi teman memandu dia. Dia dah siap2 cerita destinasinya kemana, ada program sekolah katanya. Saya memang tak jawab pun untuk menyatakan nak pergi atau pun tidak memandangkan hari minggu adalah hari rehat dan hari kerja rumah saya. Lagi pun saya tak terlibat langsung dalam program itu. Tapi adalah saya tanya dia pukul berapa nak pergi.
Tepat pukul 8 pagi tadi dia telefon saya, " Dalam pukul 9.30 kita gerak, saya ambil awak " kata dia. Secara tak langsung kira jadilah tu. Saya pun siap2 dan tepat kul 9.30 pagi kami pun bergerak. Sampai dalam pukul 10.30. Tepat untuk waktu perasmian penutup.
Destinasi kami sebenarnya kesini, Sekolah Menengah Teknik Tengku Ampuan Afzan, Bentong. Puan Zaini dijemput sebagai mewakili PPD LIpis untuk program " Pertandingan Koir Lagu-lagu Patriotik Antara Kelab Rukun Negara (KRN) Sekolah-Sekolah Menengah Peringkat Negeri Pahang tahun 2011. Puan Zaini berbaju putih bertudung biru, gambar ini pun saya ambil semasa kami dah nak balik. Nak suruh dia ambil gambar betul2 dia tak nak. Dapat candid dari belakang pun jadilah.
Acara yang bermula sejak semalam lagi, diadakan di dewan ini dengan sebelas peserta dari sekolah-sekolah menengah seluruh Pahang mengambil bahagian. Program dianjurkan oleh Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Negeri Pahang dengan kerjasama Jabatan Pelajaran Negeri Pahang. Lipis pun ada menghantar satu pasukan dari Sekolah Menengah Setia Wangsa. Bila sebut Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional ni, saya pun memang teruja sangat, maklumlah saya pernah berkhidmat dengan jabatan ini, dan kebanyakan pegawai dan kakitangan lama yang berkhidmat di Bentong saya kenali.
Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional negeri Pahang, Puan Fairojibanu binti Zainal Abidin sedang memberikan ucapan alu-aluan. Gambar pun tak dapat nak ambil dekat-dekat pasal tak ada orang nak sibuk-sibuk ambil gambar selain dari pemberita yang sedang pegang kamera kat depan tu saja. Malu plak rasanya nak kacau majlis orang. Diberi tempat duduk pun syukur Alhamdulillah, sebab kesemua tempat duduk dah di labelkan bermakna tidak ada tempat untuk orang yang tidak berkenaan macam saya. Ahh.. malu. Mula masuk ke dewan pun dah ada seorang berdua dari JPNIN Kuantan yang saya kenal dan munkin mereka pun masih ingat saya, malangnya saya boleh terlupa nama mereka. Memalukan betul.
Majlis bermula dengan persembahan koir dari tiga buah sekolah yang belum membuat persembahan mereka semalam. Ini persembahan dari Sekolah Menengah Kebangsaan Setia Wangsa Kuala Lipis. Boleh tahan juga persembahan mereka.
Sebelum pemenang diumumkan para hadirin di hiburkan dengan persembahan dari tuan rumah Sekolah Menengah Teknik Tengku Ampuan Afzan, Bentong. Ini 4 orang penari yang terdiri dari pelajar sekolah ini sedang mempersembahkan tari mereka.
Terutamanya persembahan dikir barat ini. Memang sangat menghiburkan. Saya rasa berbaloi trip saya hari ini dengan persembahan mereka yang cukup mantap ini.
Kini tibalah masanya pengumuman juara Pertandingan Koir Lagu-Lagu Patriotik Antara Kelab Rukun Negara (KRN) Sekolah-Sekolah Menengah Peringkat Negeri Pahang Tahun 2011. Juara telah disandang oleh Sekolah Menengah Kebangsaan Sulaiman, Bentong. Kecoh se dewan dibuatnya oleh peserta-peserta yang meraikan kejayaan mereka.
Memang sedap, menarik dan mantap persembahan mereka. Sebelum bersurai mereka sekali lagi mempersembahankan nyanyian mereka.
Selesai acara di dewan Puan Zaini dijemput untuk menjamu selera bersama VVIP di bilik khas. Saya, macam mana ni, kalau tak ada extra pinggan untuk saya nanti...melepas...oppsss...Malu, maklumlah saya bukan jemputan khas, cuma temankan Puan Zaini. Puan Zaini kata " Tak apa, duduk saja dekat saya.." Ahh..lega.... ada pun extra tempat duduk untuk saya.
Nasib baiklah kat situ ada beberapa orang dari JPNIN yang saya kenali, taklah saya terasa asing sangat seperti rusa masuk kampung, dan nampak seperti diparhatikan sebab saya bukan dikalangan mereka yang salin mengenali antara satu sama lain.
Kat situ ada Puan Foo Ah Moi, lama tak dengar celoteh dia, Abang Dollah, masih kenal lagi dia pada saya, Encik Tahar, bekas bos, teman borak, rakan bergaduh dan baik semula, pengkritik dan pembimbing, ahh..membangkitkan nostalgia zaman berkerja dengan mereka..seronoknya bertemu mereka ini semua. Berbaloi betul trip saya ke Bentong hari ini.
Dalam perjalanan balik kekereta saya sempat snap ini, yang terletak dicelah-celah bangunan,
As salam..
ReplyDeleteTak singgah beli lemang tok ki ke?
VIP tu.... trip yang berbaloi2 walau sekadar menjadi peneman
ReplyDeleteWasSallam Sha,
ReplyDeleteTak sempat singgah pun,
kawan nak cepat.
Ingat nak jumpa Sha,
tapi tak tau alamat,
no phone pun tak tau.
Sallam ibuintan,
ReplyDeleteAlhamdulillah gembira
sangat saya..
salam..
ReplyDeletenampak seronok
majlis aok tu yak?
moleklah sesekali
memeriahkan majlis
yang bukan selalu
boleh pergi tu..
Sallam En Zul, bukan saja majlis yang seronok,
ReplyDeleteSaya pun seronok sama. Alhamdulillah. Hilang pening kepala hari ini.
Puan Zaini? Cikgu Clifford ke?
ReplyDeleteSallam AIM,
ReplyDeleteLast dia jadi Cikgu kat SK Mela,
Sekarang dah bertugas di PPD Lipis.
waahh...sekolah SMKT pun ada.. :)
ReplyDeletesallam sis intan,
ReplyDeleteyup pun ada.
sekolah abu bakar temerloh ada hantar wakil tak?
ReplyDeletewah! merata berjalan yak, seronok dpt berjalan gini.
ReplyDeleteKalu dah bekas bos pun ada sama dalam majlis, tentulah tidak janggal lagi. Macam reunion pula jadinya tu.
ReplyDeleteSekali sekala dapat tengok persembahan begitu, memang mengasyikkan, kan?
Aura Seperti Ini Memang Sukar Nak Cerita...
Kemain aok yek. Jadi pengiring wakil PPD! Tentu dapat tempias layanan first class. jauh berjalan luas pengalaman. Tahniah buat pemenang.
ReplyDelete