Saturday 31 July 2021

Tempoyak

Assalamualaikum 

Terima kasih kepada sahabat Blogger, sahabat pengunjung blog Kak Mah semua, Alhamdulillah hari ini dapat lagi Kak Mah bersiaran menerusi Blog Kak Mah ini. Tajuk hari ini, Wawww, biasalah kan, musim  dia ni. Musim apa? Iyalah apa lagi kalau bukan musim durian. 


Ni anak Kak Mah punya kerjalah, semalam ada orang jual durian untuk buat tempoyak, murah aja cuma RM 2.50 sekilo. Biasa anak Kak Mah ni memang suka buat tempoyak ni, kebetulan dah harga murah dia boronglah sebanyak 50 kg. Alhamdulillah selama dua hari kami menguruskannya jadilah tempoyak.
Ini rasanya dalam 4 kg atau 4.5 kg dapatlah.



Ini walaupun dia kata durian tempoyak tapi nampak cantik, dan sesuai untuk makan. Apa lagi Kak Mah memang suka sangat makan durian ni, habislah juga tujuh lapan ulas, hehe. Sekali sekala jer makannya.


Tengok ni isinya, cantik kan, berbaloi sungguh membeli dengan harga yang sangat murah. Cantik dan sedap bila Kak Mah rasa.



Ni ada sebekas lagi tadi, berbaloi sungguh.


Yang masih belum dikupas diatas tu munkin untuk makan ajalah. Tengok ni banyak dan untuk buat tempoyaknya.  Alhamdulillah, rezki Allah bagi musim PKP ni.



Terasa jugalah penatnya membuat tempoyak ni, terutamanya mengupas durian yang masih baru dan mengasingkan isi dengan biji durian ni. Alhamdulillah, semuanya beres belaka selama dua hari ini.


Paling berbaloi, tengahari ni makan lauk gulai masam tempoyak ikan baung sungai. Alhamdulillah sedaapnya. Gulai ni Kak Mah guna tempoyak yang Kak Mah buat 4 hari yang lepas. Sedapnya tempoyak baru yang masam masam manis lagi.

Sedikit tip untuk buat tempoyak, tak kiralah banyak ke sedikit.

1. Sebaik beli durian terus kupas dan buat tempoyak

2. Nak bagi garam, gunakan garam kasar

3. Selepas gaul garam masukkan dalam bekas,tapi jangan penuh, bagi sikit ruang.

4. Kalau tempoyak untuk gulai masam, jangan terus simpan dalam peti, biarkan 4 malam di luar, tempoyak akan mengembang sikit, sebab itu  perlu ruang sikit, dan jangan tutup kemas, nanti meletup, bila dah mengembang dan masam-masam manis sedikit baru simpan dalam peti. 

5. Kalau nak tempoyak manis dan tidak masam langsung bolehlah masukkan kedalam bekas kecil, kira dua atau tiga kali makan dan terus simpan dalan sejuk beku, Bekas kecil supaya senang mengambil dan menyimpan semula.

Semuga bermanafaat.

Selamat mencuba.

Hingga jumpa lagi, 
Wassalam