Friday, 10 February 2012

Selamat Pagi Jumaat.

Assalamualaikum,

Sallam pagi Jumaat yang berkat
Semuga kita semua dilimpahi kemuliaan, keberkatan,
keimanan, kemudahan menjalankan tugas seharian dan kesejahteraan
sepanjang hari ini.


Nabi Musa as. serta pengikutnya memiliki hari yang paling utama iaitu hari Sabtu. Nabi Isa as. pula hari Ahad, Nabi Ibrahim as. hari Isnin, Nabi Zakaria as. hari Selasa, Nabi Yahya as. hari Rabu dan Nabi Adam as. hari Khamis. Allah SWT menjadikan hari Jumaat merupakan hari yang paling istimewa untuk Nabi Muhammad SAW dan umatnya, kerana pada hari ini tersimpan keutamaan, fadhilat dan hikmah.

Pada hari Jumaat Allah meletakkan kelebihan yang tidak terhingga. Pada hari ini terciptanya nabi Adam, turunnya ke bumi serta hari dimana wafatnya baginda. Pada hari Jumaat juga akan terjadinya kiamat. Hari Jumaat sangat besar di sisi Allah, bahkan lebih besar dari hari raya Aidul Fitri dan Aidul Adha, kerana di antara malam dan siangnya tersimpan masa yang paling mustajab, tidak ada tabir penghalang doa insan terhadap Ilahi.


Daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya : “Janganlah kamu jadikan rumah-rumah kamu perkuburan (hanya untuk tidur sahaja) sesungguhnya syaitan akan lari dari rumah yang dibaca padanya surah al-Baqarah”. (Riwayat Muslim)

Rasulullah SAW pernah bersabda yang maksudnya : “Bacalah surat al-Baqarah di rumah kalian, kerana sesungguhnya syaitan itu tidak akan memasuki sesebuah rumah yang di dalamnya dibacakan surat al-Baqarah”.



Perkongsian dari rakan FB,
Semuga kehidupan beliau dirahmati Allah.

Jumpa lagi
Wassalam.

7 comments:

  1. Replies
    1. Sallam suri solehah,

      Sama2, Alhamdulillah.

      Delete
  2. Salam pagi Jemaat semoga di berkatiNYA jua.

    ReplyDelete
  3. Wsalam LL..
    Semoga hidup kita diberkati ... InsyaAllah !

    ReplyDelete
  4. Salam hari Jumaat. Gud infos. InsyaAllah sama kita semua diberkatiNya.

    ReplyDelete
  5. salam kak lips lady
    salam penghulu hari untuk akak jua
    esok di tempat kami,anak2 sekolah ...

    ReplyDelete
  6. Assalamu Alaikum..
    Permisi Izin Coppy...

    ReplyDelete