Tuesday, 14 February 2012

Kuih Kaswi.

Assalamualaikum.

Selamat malam Rabu.
Alhamdulillah, malam ni berjaya juga saya 
update blog kesayangan saya ni.
walaupun saya dalam keadaan yang teramat sibuk.
Tinggalkan dulu cerita sibuk tu.
makin diingat makin penat otak saya.


Ok malam ni saya nak kongsi resipi plak.
Resipi kuih kaswi yang saya buat untuk minum pagi
masa mesyuarat AJK NUSRAT Lipis
Sabtu baru ni, kalau ada sesiapa nak tahu apa makna 
NUSRAT tu kena tanya saya yee.

( Mengapa yang ni cerah sikit, yang dah potong kat bawah tu itam sangat,
jawapannya yang ini masih panas dan mengembang,
yang kat bawah tu dah sejuk dan mengecut, haha tak lawak pun..)

Kuih kaswi ni buatnya mudah aja,
macam mana pun buatnya tetap jadi juga,
tapi saya saja nak letak resipi kat sini, untuk adik2 atau
anak2 yang baru nak belajar masak tu,
boleh cuba.


Resipi plak ye :

* 2 cawan tepung gandum ayak dulu
* 1/2 cawan gula putih
* 1/2 cawan gula merah timbang ( larutkan dengan satu cawan air
panas, dan sejukkan, ambil betul2 satu cawan sahaja )
* 1/3 sudu kapur sireh
* 3 cawan air.

Cara-caranya

1. Mula-mula panaskan air dalam kukusan.
2. Masukkan tepung dan gula putih kedalam bekas.
3. Larutkan dengan 2 cawan air.
4. Masukkan 1 cawan air gula merah yang dah sejuk
kacau rata.
5. Masukkan lebihan 1 cawan air lagi kacau dan tapis
kedalam bekas lain
6. Akhir sekali bancuh kapur sirih dengan 1/4 cawan air, tapis dan
masukkan kedalam adunan tepung, kacau rata.
7. Masukkan loyang bulat ukuran 24 cm kedalam kukusan,
biarkan sedikit panas dan tuangkan bancuhan tepung
perlahan2 kesemua sekali.
8. Kukus selama 40 hingga 45 minit ( Penutup kukusan
mestilah dibalut dengan tuala untuk mengelakkan
air wap dari kukusan jatuh kedalam adunan tepung.
9. Apabila masak, angkat dan biarkan betul-betul sejuk
baru dipotong. dan gaulkan dengan kelapa parut yang dah digaul
dengan sedikit garam.
Dan sedia untuk dimakan.


Disamping tu saya juga nak kongsi gambar nasi
dagang dan gulai ayam yang saya buat 
pada hari yang sama untuk 
jamuan tersebut


Resipi?
Oh,nantilah,
ini saya buat untuk makan 20 orang,
nanti saya kecilkan dulu jumlah dan sukatan
bahan-bahannya.
baru saya boleh kongsikan.

Enjoylah yee kawan2...
petang esok boleh minum teh dengan kuih kaswi.

Sampai jumpa lagi,
Wassalam.
Lama dah tak jenguk kedai kakmah

8 comments:

  1. Salam, hari tu CM belajar buat kaswi.. air bertakung atas adunan.. spoil betul..

    ReplyDelete
    Replies
    1. W,sallam Che mid,

      Air bertakung sebab tak balut tutup kukusan tu dengan kain, biar tebal sikit..

      Delete
  2. Salam LL..

    Nak resepi nasi dagang tu nanti ye.. Tq :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. W,Sallam DO,

      Insya Allah..nanti saya buatkan entry nasi dagang plak..

      Delete
  3. Assalamualaikum Kak Mah,
    Alhamdullilah, dapat tengok gambarpun jadilah...kaswi antara kuih kegemaran tapi tak pernah menjadi bila nak buat he he he. Kira kuih tunjuk kat kedai selalunya.

    ReplyDelete
  4. assalam LL..cantik dan berkilat nasi dagang nya..mesti sedap tu.
    acik tak berapa mahir buat kuih kaswi.

    ReplyDelete
  5. Sy nk mintak tolong viralkan berita baik ni ye📢😉
    Assalamualaikum salam sejahtera warga group📢

    1) Ni berkenaan kisah hidup pesakit kencing Manis kaki luka dan masalah saraf sendi2 dan juga kisah hidup pesakit kanser stage 1 sampai stage 4.

    Ia penawar herba yang sangat selamat untuk semua tak kira umur dan harga berpatutan tapi kesannya standing produk harga mahal ribuan ringgit.

    2)Ramai yg dah cuba penawar herba ni dan makin sihat serta mendapat impak positif. Kanser yg sudah merebak ke organ-organ lain pun boleh kita ikhtiar, Insya Allah.☺👍🏻

    3) Banyak pengalaman dh saya berdepan dengan pesakit2 kanser,sakit saraf,sakit lutut dan gout. Ramai yg dh pulih.

    4)Mcm2 kanser blh diikhtiarkan termasuk leukimia,paru2,limfoma dan lain-lain

    5) Puan Rasmani Binti Md Noh, psakit lutut kronik yg terpaksa jalan mengesot esot atas lantai dan klau cuba berjalan secara berdiri boleh dengar lutut berbunyi tulang dan sangat sakit. Hendak masak terpaksa gunakan kerusi sebab xmampu berdiri lama2 dan lepas 6 hari minum dah mampu berjalan lancar dan saraf kaki dah tak tegang dah. Mampu masak berdiri semula. Kesan sangat cepat baru 6 hari minum.

    Testimoni-testimoni Pengguna Jutawan Herbs:


    ▪Cucu Puan Mazili, Kanser Leukimia ALL B- Cell.

    Puan Mazili ada cucu lelaki berumur 3 tahun 8bulan yang dulu menghidap kanser Leukimia ALL B-Cell (Acute Precursor B-Cell All). Kalau dulu dia mengalami komplikasi limpa dan hati yang dah bengkak tapi sekarang syukur dia dah sembuh dengan rawatan doktor dan rawatan dari Jutawan Herbs.Sekarang dia menjalani kehidupan seperti kanak-kanak sihat lain.
    ..................................................................

    ▪Puan Roselawaty bt Jaafar, 47tahun , Kanser payudara tahap 2, asal dari Kedah.

    Pada tahun 2019 doktor telah mengesahkan dia menghidap kanser payudara tahap 2. Keputusan ujian Memogram di klinik BP Bukit Mertajam, doktor mengesahkan ada ketulan kanser di payudara sebelah kiri. Tetapi doktor tidak dapat pastikan itu kanser kerana bentuknya bulat biasa, sepatutnya ketulan kanser bulat dan tajam-tajam. Jadi dia ke Hospital Metro Sg Petani dan keputusannya negatif. Sekarang ni dia dah bebas dari kanser selepas membuat rawatan di hospital dan mengamalkan Jus Jutawan Herbs dalam masa yang sama. Dia buat gabungan rawatan moden dan herba.

    .................................................................

    ▪Puan Zalina bt Ismail, 48 tahun ,Kanser Payudara Agresif.

    Dia telah disahkan menghidap kanser payudara pada April 2018. Dia mula sedari ade satu garis yang keras di bahagian bawah payudara kanan pada bulan Mac 2018. Jadi dia terus buat ujian memogram dan doktor sahkan dia menghidap kanser payudara agresif serta perlu operate segera. Dia jalani rawatan hospital dan ambil herba Jutawan Herbs bersama-sama. Gabungan rawatan moden dan herba membuatkan dia sembuh sampai sekarang syukurlah makin sihat.
    ..................................................................

    ▪Puan Noraini bt Yusof, Kanser Payudara tahap 3. Dari Shah Alam.

    Pada Mei 2017, Puan Noraini disahkan menghidap kanser payudara tahap 3. Saiz ketulan kansernya ialah 13.3 cm. Dia menjalani kimo dan buang ketulan dengan operation. Dia juga jalani mastectomy, radiotherapy dan herceptin selama setahun. Menantunya terjumpa blog Jutawan Herbs dan menyarankannya untuk ambil rawatan herba Jutawan Herbs dalam masa yang sama meneruskan rawatan hospital iaitu kimo. 4 bulan sekali dia berjumpa Oncologist ,alhamdulillah result semua memuaskan seperti tak ada penyakit kanser pun. Sampai sekarang dia masih ambil herba Jutawan Herbs untuk kekalkan kesihatan dan menguatkan antibodi.

    ...............................................................


    Call atau WhatsApp untuk order dan sebarang pertanyaan di nombor berikut :

    En. Mohd Zuhairi Bin Noordin - 017468 7570

    ReplyDelete