Saturday, 18 February 2012

Berbudi Pada Tanah

Assalamualaikum,

Pejam celik, pejam celik,
malam minggu datang lagi,
Selamat beristirehat bersama keluarga.

Kata pepatah, kalau berbudi pada tanah,
lambat laun akan nampak juga hasilnya.
Memang betul,


Tengok ni, cili yang saya tanam beberapa bulan yang lepas
dah pun berbuah, walaupun ada dua tiga biji aja buahnya,
tapi saya gembira. Anak cili ni saya jumpa tumbuh
dalam lubang paip atas tangga masa naik
tangga rumah saya. masa tu daunnya baru 4 helai,
saya cabut dan tumpangkan dalam pasu 
tomato saya. tiap hari saya siram dia.
Akhirnya keluar juga hasilnya.


Ini lagi sebiji yag saya sempat ambil gambar,
pokok bukan besar pun. Dalam pasu sebelah ada
daun kunyit dan daun kaduk.
Lepaslah untuk bungkus ikan bakar.


Tomato pun subur dan dah berbunga.
harap2 akan menjadi buah yang lebat.


Ni sepokok lagi cili yang saya tumpangkan dalam
pasu bunga. belum berbunga lagi.
dan dalam pasu satu lagi ada ulam
pegaga, bolehlah kalau setakat nak buat ulam
dua tiga helai.


Gencong ni pun minat nak duduk2 dan lepak2
kat mini kebun saya ni.

Sekian sajalah dulu untuk malam ni.
Semuga jumpa lagi,
Wassalam.

4 comments:

  1. huh gegancung tu mok tanam jugak ke ;)

    kome ade juge tanah sekangkang kera belakang rumah ni, boleh lah makan hasil tanam pokok pisang, serai, kunyit, pandan, try tanam lada habis kena makan ayam jiran huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sallam AUC,

      Gegencong tu dia nyinggoh sambil melawat tanaman jee..

      Tanoh setengoh kangkang kera pon dah cukuk kalau rajin menanam..

      Delete
  2. assalam LL..memang satu kepuasan bila apa yang kita tanam membuahkan hasil..seronok sangat kan.

    ReplyDelete
  3. Hi kawan2 Urban Gardener sekalian.....di belakang, tepi dan depan rumah Semi-D saya berjaya menanam lebih 30 jenis tanaman dan buah2an seperti anggur, passion fruits, pomegranate, soursoup, lemon, kasturi, beberapa jenis herba, airmata pengantin (untuk kelulut), mangga king, labu kuning (pumpkin 2 jenis), moringa, langkuas, kantan, tepus, pelbagai jenis bunga, jambu, kedundung, terung Cina, timun Jepun, Vanilla, kacang buncis, kacang bersegi, kacang lendir, labu air dsb....seronaknya berbudi pada tanak.

    ReplyDelete