Assalamualaikum,
Sejak akhir-akhir ni saya bersiaran belah pagi plak.
Ini je masa yang saya ada. masa2 yang lain saya bz
yang teramat sangat.
Tak caya,
memang ada kawan2 yang tak caya,
ada juga yang marah2 bila saya tak jawab
panggilan atau SMS mereka.
Maaflah yee..
Kalau musim2 mesyuarat agung,
musim perayaan Maulidur Rasullah contohnya,
macam 2/3 bulan ni memang saya sibuk
buat persiapan nak adakan program tersebut.
buktinya lihatlah meja kerja saya yang berserabut ni,
Ni saya tengah sibuk menyiapkan lebih kurang
400 surat jemputan untuk majlis sambutan
Maulidur Rasul yang akan diadakan
pada 1-3-12, minggu depan.
urusan tempat dan peralatan serta makan minum
semuanya dah beres.
tinggal surat ni aja lagi, dan surat VVIP
yang akan saya bereskan hari ini juga
Dan pembantu setia saya ni Puan Asmah
akan sentiasa meluangkan masa untuk membantu saya,
walaupun dia bekerja,
pantang ada masa terluang, dia akan datang
membantu saya. Alhamdulillah,
ringan jugalah beban saya ni. Cuma saya perlu
buat kerja luar,
panjat tangga pejabat, dari satu pejabat ke satu
pejabat.
Buat kerja amal ni memang memenatkan
perlukan komitmen yang tinggi,
dan tak ramai yang sanggup membantu
maklumlah kerja tanpa gaji,
Tapi bagi saya itu satu keseronokan.
Dapat membantu mereka yang memerlukan.
Alhamdulillah setakat ini masih boleh saya
uruskan dengan baik dan
berjaya mengendalikan setiap program yang dirancang.
Tak cukup masa di pejabat,
saya bawak balik kerja kerumah,
ni kerja malam tadi,
dan Puan Asmah tetap ada bersama saya,
Terima kasih bebanyak Puan Asmah.
Ada lagi,
hehe..luculah pulak....malam tadi juga,
saya diamanahkan oleh seseorang
untuk menjadi kaunselor rumahtangga
seorang kawan yang tengah bermasaalah,
hampir pukul 1 setengah pagi
baru selesai sesi kaunseling,
Berjaya ke saya menyelamatkan
rumahtangga mereka yang sedang retak
mencari belah tu.
Insya Allah, saya berdoa pada Allah,
supaya apa yang keluar dari
mulut saya ini menjadi hikmah
yang akan menyelamatkan sebuah masjid
yang hampir roboh.
Dan ini,
4 pasang baju kurung,
perlu disiapkan sebelum
1-3-12, baju seragam,
Apa ingat saya ni robot ke???
Taklah...kalau pengurusan masa saya
tepat dan sempurna,
insya Allah saya pasti semuanya boleh saya siapkan
tepat pada masanya.
Alamak,
bebel panjang plak saya pagi ni.
oklah, got to go,
nak gunting dua pasang baju,
sebelum turun kerja.
Semuga jumpa lagi,
Wassalam.
Salam Mah..
ReplyDeleteSaya tengok punye la bz sampai tak berani nak kacau hehe..
Betul tu Mah.. Pengurusan masa tu penting.. Semua kerja jadi teratur..
Selamat bertugas ya..
Sallam DO,
DeleteBoleh aja kalau nak kacau,
kalau nak belanja makan tengahari pun boleh lagi..hehe
memang busy! berselerak meja. Haha
ReplyDeleteSallam Dr. Daddy Ziyyad,
DeleteBuat2 bz hehe..
tak semua org dikurniakan khudrat mcm akak, komitmen yg tinggi..teruskan akak semoga maju jaya dlm kerjaya.
ReplyDeleteSallam PCL,
DeleteAlhamdulillah, semuanya kurniaan Allah...
Semoga Allah memberkati segala usaha murni itu. :)
ReplyDeleteSallam kakcik,
DeleteInsya Allah, itu memang harapan saya sebenarnya,
Salam LipisLady
ReplyDeleteSemoga LipisLady diberikan kesihatan baik dan dapat menabur bakti dalam kerja-kerja amal yang diceburi. Allah sahajalah yang membalasnya.
Sallam kak KK,
DeleteTerima kasih atas doa itu, Aminn...
Alhamdulillah kesihatan saya bertambah baik sekarang, kerja amal ni pun satu terapi kalau di buat secara ikhlas.
WAH!...SIBUKNYA KAK ...SEMOGA SEMUA URUSAN DIPERMUDAHKAN YE...
ReplyDeleteSallam munna,
DeleteTerima kasih.
Insya Allah, itu juga harapan saya...