Wednesday, 29 February 2012

Trip To Kuala Selangor (Family Gathering)

Assalamualaikum,

Amboi lama saya tak dapat online,
On trip, mana sempat nak online.
Rindu kat kawan2 maya rasanya.
hari ni pun curi masa online kejap,
dari balik semalam lagi 
sibuk siapkan 4 pasang baju
kawan2 yang nak pakai petang esok.

 Dik Aris AKA ostad, terus je baring dekat akak Tisya
yang lama menunggu sepupunya sampai tertido.

Trip bermula petang Jumaat,
sampai pagi Sabtu.
Alamak jauh sangat ke,
ye..memanglah jauh sikit.
Petang Jumaat tu, lepas maghrib pergi ke Temerloh dulu,
jemput mummy dengan anak2,
memandangkan lebih baik pergi 1 kereta, 
mummy tinggal kereta dia di Temerloh.

 Anak sedara yang manja dengan pak sedara,
dah besar panjang masih nak beriba

Bertolak ke KL dah pukul sepuluh malam,
sampai rumah ayah di UK Perdana dah pukul 1 pagi.
Tak ada acara makan2 malam tu sebab dah berhenti
makan kat kedai, ayah pun dah mengantuk nak masak2.


Cuma ayah sempat buat rempah alat2 untuk perap ayam,
dia nak buat ayam berempah untuk bawak bekal berkelah 
pagi Sabtu tu. Awal pagi lagi lagi saya dah masak nasi lemak,
sambal ikan bilis. 


Destinasi berkelah kami sekeluarga,
D' Palma Hotel Kuala Selangor.


Acara, makan2 nasi lemak yang kami bawak,
dari rumah, lepas tu mandi2 kolam.


Zulaika pun tak sabar nak mandi, 
terpaksa ayah pegang,
kalau tak terus nak terjun kolam.


Zulaika dengan ostat,
dikawal selia oleh ibu dan mummy,
seronok tengok dia orang main air.


ostat dah kesejukan tapi masih nak 
main air lagi. nasib baik  hari panas.


Zulaika pun sama, selagi
semua orang tak naik,
dia pun tak nak dibawak naik..


Tiga orang kakak2 yang dah besar ni,
gembira sangata dapat main air.


Wahh..seronoknya anak cucu main air..
nenek pun nak terjun kejap lagi ni..


Tiga hero ku main air sampai berjam2,
hari tu kami aja yanag ada dalam kolam tu,
yang lain tak berani dekat,
Sebab kami ramai.


Pemandangan yang cantik,
ada banyak chalet disana,


Suasana aman dan tenang,
jauh dari kesibukan kota.









Tiada kata2 lagi,
Kena pergi sekarang.
wah saya dikejar masa..

Semuga jumpa lagi,
Wassalam.

3 comments:

  1. asalam ... syok turr ... gather gather dengan family ... tq.

    sudilah lawat blog baru saya:
    http://www.pelaburemasperak.com

    ReplyDelete
  2. W,sallam,

    Memang seronok,
    lebih2 lagi anak2 kecil.

    ReplyDelete
  3. cantik pulak kawasan tu...sesuai bawa keluarga..bolehlah bawa anak2 ida nanti..

    ReplyDelete