RAKAN YANG SUDI MEMERIAHKAN BLOG INI

Sunday, March 11, 2012

Proses mencantum ( Crochet)

Assalamualaikum,

Selamat pagi Isnin, mesti semua ceria pagi ini setelah
bercuti dan berehat selama dua hari. dah sarapan ke semua.
Sarapan apa hari ni yee...

hari ni saya tak ada entry makan2, cuma nak kongsi gambar
sarung kusyen yang saya kait, dah hampir siap.
Beginilah rupanya sewaktu saya mengelim atau mencantumnya.
Kusyen yang kat dalam tu saya buat sendiri,
sebab saya behajat untuk menjualnya bila siap nanti, mestilah kena
kusyen yang baru kan...


Susah juga nek mencantumnya ni,
sebab kusyennya dah ada kat dalam. Tapi dek kerana seronok,
tak terasa pun susahnya.


Sebenarnya ada lagi benda yang saya nak tambah pada kusyen ni,
nantilah, siap nanti saya share lagi sekali.
Ini sarung kusyen ketiga yang saya dah buat, yang dulu tu 
saya menyarung kusyen yang lama je.


Hari tu masa bertandang kerumah kawan ternampak
plak paten yang kat bawah ni.
terus je saya rembat bawak balik, kononnya nak
buat contoh. Setakat ni belum ada masa lagi nak buat,
InsyaAllah akan jadi juga nanti.


Cantik paten ni untuk buat alas meja atau cadar tilam,
Fuhh..jadi ke kalau saya nak buat cadar tilam.
berapa tahunlah baru boleh disiapkan yee..Namun tak
mustahil, kata orang kalau nak seribu daya.


Semuga jumpa lagi,

Wassalam.

Saturday, March 10, 2012

Ubah Selera

Assalamualaikum,

Selamat berhari minggu.

Tengok gambar ni macam tak caya aja ini menu sarapan
pagi saya. Sekali sekala tak minum kopi, tak minum Teh atau tak minum
minum milo semasa sarapa pagi bagus juga yee..


Memang sejak beberapa hari yang lalu saya dah tak minum milo
lagi. Saya gantikan dengan air suam yang ditambah 2 sudu makan
madu dan satu sudu teh perahan lemon. Bukan apa, nak ubah2 selera aja.
Tapi kan, sedap plak minum air suam dengan madu ni,
terutamanya bila di tambah dengan lemon, 
harum je baunya beribu-ribu lemon..hehe.

Oklah, minta diri dulu,
semuga jumpa lagi

Wassalam.



Thursday, March 8, 2012

Mendulang Emas.

Assalamualaikum,

Sallam Pagi Jumaat yang berkat.

Firman Allah yang bermaksud,
" Dan (ingatlah) orang-orang yang menyimpan emas dan perak
serta tidak membelanjakannya pada jalan Allah
maka khabarkanlah kepada mereka dengan (balasan) 
azab seksa yang tidak terperi sakitnya. (Iaitu) pada hari dibakar 
emas perak dan harta benda) itu dalam neraka jahanam,
lalu diselar dengannya dahi mereka, dan rusuk mereka,
serta belakang mereka (sambil dikatakan kepada mereka):
" Inilah apa yang telah kamu simpan untuk diri kamu sendiri,
oleh itu rasalah (azab dari) apa yang kamu simpan itu."
(At-Taubah: 34-35)

Niat nak buat entry ini dah lama dah,
sajalah nak suruh rakan2 hok mana yang tak kenal lagi
benda yang dalan gambar kat bawah ni tengok,
dan kenal apa kegunaannya.


Inilah yang sebenar-benarnya dulang, 
yang diperbuat dari kayu, biasanya kayu2 yang keras,
ditengah-tengahnya ada pusat, iaitu lubang kecil
 dimana sebarang logam yang yang telah tersisih
dari pasir dan tanah semasa proses mengayak akan masuk
kedalam lubang tersebut

Dulang ni digunakan untuk mencari emas,
biasanya dianak2 sungai, dikampung2 dan dalam hutan.
Orang dulu2 nak cari emas guna dulang ni aja.
cara yang pernah saya tengok, masuk je kedalam sungai,
korek2 tanah ditepi teping sungai, atau korek
pasih didalam sungai tu, ayak dengan air sungai untuk membuang
segala sampah, pasir dan tanah, yang hanya tinggal emas.
Tu pun kalau tempat tu ada emas.


Oklah, sebut pasal emas teringat harganya plak.
Mahal betul harga emas sekarang ni yee, 1 gm 
pun dah dekat nak RM 200. Kalau ada duit beli emas lebih baik.
Bila harga emas naik lagi, jual berbaloi juga kan...

Setakat ni ajalah entry pagi ni.
Semuga jumpa lagi,

Wassalam.

Nasi Dagang Dan Gulai Kari Ayam

Assalamualaikum,

Selamat pagi khamis, Dah pagi rupanya ye...
tapi tak apalah, mata pun belum mengantuk lagi.
Agaknya pasal tadi saya minum Kopi Mahkota Dewa, yang saya
beli sebanyak 3 paket dari kawan siang tadi.
Tak mampu nak beli sekotak saya beli aja 3 paket.
Saja nak rasa, kawan tu kata banyak khasiatnya. Tapi kalau
makan setakat 3 paket tentu tak rasa apa pun kan.


Kita tinggalkan sajalah kisah Kopi tu sebab malam ni sebenarnya
saya nak berkongsi resipi Nasi dagang dengan Gulai Kari Ayam,
menu makan tengahari saya semalam.


Tengok2lah gambar dulu yee..
Ini gambar ori yang saya tangkap guna Hp Sonny saya.
pagi semalam.


Kat bawah ni adalah bahan-bahan untuk nasi dagang.


kat bawah ni pula diantara bahan untuk gulai kari ayam.
yang lain2 tak tangkap gambar. 


Ok resipi plak.

Bahan2 Untuk Nasi Dagang.

* 300 gm beras nasi dagang
* 200 gm beras pulut
( untuk beras ni saya suka campur. boleh juga guna beras
nasi dagang sahaja atau pulut sahaja, sukatan sama 500 gm)
* 4 ulas bawang merah
* 1 inci halia
* 1 batang serai
* 1 sudu teh halba
* 1 cawan santan cair
* 1 sudu teh santan pekat.
* Garam dan gula 1/2 sudu teh.

Cara Memasak Nasi

1. Rendam beras nasi dagang dan beras pulut selama 12 jam
2. Mayang bawang merah, halia dan serai nipis2
3. Masak santan pekat dengan 1/2 sudu teh garam hingga mendidih
baru diangkat.
4. Kacau santan cair dengan garam dan gula
5. Satukan kedua-dua beras dan kukus hingga separuh masak,
6. Setelah separuh masak, angkat dan gaulkan dengan santan
cair, bawang, halia, serai dan halba.
7. Setelah digaul, kukus semula hingga betul2 masak.
8. Setelah masak angkat dan gaulkan dengan santan pekat
dan taburkan dengan 1/2 sudu halba lagi.
Dan sedia untukdihidangkan. 

Bahan2 Untuk Gulai Kari Ayam

* 1/2 ekor ayam
* 2 mangkuk santan
* 11/2biji bawang besar
* 3 ulas bawang putih
* 1/2 in halia
* 1 hiris lengkuas
* 1 batang serai.                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                        
* 3 sudu cili mesen (kalau suka pedas campur sikit cili padi)
* 1 sudu makan rempah kari bancuh dengan sedikit air.
* 1 keping asam gelugur (asam keping)
* Minyak untuk menumis


Cara-Cara Memasaknya

1. Bersihkan ayam yang telah dipotong dan tuskan.
2. Tumbuk bawang, bawang putih, halia dan lengkuas separuh hancur dan ketepikan. 
3. Tumbuk pecah-pecahkan serai.
4. Panaskan minyak didalam kuali dan tumiskan bahan yang telah ditumbuk hingga naik bau
    dan separuh garing.
5. Masukkan rempah dan cili mesen, kacau lagi hingga masak.
6. Masukkan serai dan asam keping.
7. Masukkan ayam dan kacau hingga ayam kelihatan masak diluarnya.
8. Masukkan dua mangkuk santan, dan garam secukup rasa, boleh tambahkan sesuku sudu teh gula.
9. Biarkan mendidih sambil dikacau-kacau untuk mengelakkan hangus sehingga kuahnya pekat.
10. Bila kuah sudah pekat, rasa garamnya, angkat dan boleh dihidangkan.

Oklah, kepada yang sudi selamat mencuba resipi 
saya ni.

Semuga jumpa lagi..

Wassalam

Tuesday, March 6, 2012

Suatu Pagi Yang Hening.

Assalamualaikum,

Selamat tengahari. Apa khabar geng blogger semua. dah makan 
tengahari ke, rasanya semua dah makan yee. kalau yang
belum makan tu pergilah cepat2 makan, nanti kalau tunggu lama2
perut masuk angin plak. saya sendiri baru je lepas makan kejap tadi.
Nasi dagang weh, nak resipi??
ok ok, nanti malam saya buat entry resipi nasi dagang.


Buat sementara waktu ni layan dulu gambar cool yang saya rakamkan
pagi tadi semasa turun nak pergi pasar beli santan.
saya suka tengok pemandangan diwaktu pagi begini, dengan udara
yang lembab dan masih berkabus. memang mendamaikan jiwa.


Jarang orang ambil gambar Kuala Lipis dari sudut ini,
saya suka lokasi ini.  Tenang dan damai.


Melihat jalan tar yang masih basah,
terasa sejuk menusuk kejiwa.


Pemandangan ala2 taman rimba yang cantik,
cuma air sungai tu yang tidak sepatutnya berwarna
teh. Apakan daya ada aktiviti perlombongan di hulu sungai.


Ini diantara pekerja yang paling awal memulakan kerja mereka.
Kita patut berterima kasih pada mereka ini.
tanpa mereka rumah dan persekitaran kita akan busuk.


Kuali?....nak buat apa dengan kuali pepagi buta ni?
Eh bukan kuali tu...
Cer teka.....

Semuga jumpa lagi,

Wassalam.

Monday, March 5, 2012

Kuih Cucur

Assalamualaikum,

Apa khabar semua kawan-kawan blogger, semuga semuanya
sihat dan sejahtera selalu. Hari ni saya tak tau nak buat apa,
nak update blog pun tak ada idea. Masa tengah tengok2 gambar
dalam file, sambil delete2 gambar yang tak berkenaan, terjumpa
gambar kuih ni. Kuih ni namanya Kuih Cucur, tu gelaran yang
orang sebelah Lipis bagi. Orang belah lain saya tak taulah,
mereka panggil apa.


Kuih ni kalau saya buat, saya campurkan tepung gandum dengan 
tepung beras. Orang lain buat saya tak taulah. bahan2 lainnya gula
merah dan gula putih. Dan air semestinya serta minyak untuk
 menggoreng. Resipi tak ada sebab rasanya memang susah sikit 
nak buat kuih ni. saya buat pun kadang2 jadi kadang2 tak.

Kalau zaman saya kecik2 dulu, bila tiba hari raya, kuih ni
memang kuih wajib. Mak sedara saya selalu buat banyak2
bila tiba musim raya dan simpan dalam tin. Kuih ni boleh
tahan sampai sebulan. sekarang ni orang tak gemar dah makan
kuih manis2 begini. Tapi tengok kat pasar hari tu dah ada
yang buat kuih cucur ni sebagai kuih sejuk beku.
Kalau terliur nak makan tu, boleh cari yang sejuk beku,
tak payah susah2 nak fikir pasal resipinya, dan macam mana
nak bancuhnya.

Oklah, ini aja cerita saya hari ini,
semuga jumpa lagi

Wassalam.

Friday, March 2, 2012

Kek Cawan Pisang atau Muffin Pisang.

Assalamualaikum,

Selamat bercuti dan bergembira bersama keluarga.
Tak kiralah apa pun nak panggil, 
muffin ke cup cake ke, janji kek saya masak
dan sedap dimakan.


Malam tadi, selesai buat bahulu orang tempah,
tekak teringin plak nak makan kek pisang, kebetulan 
pisang masih ada 2 biji.


Saya pun terus sediakan bahan-bahannya
mudah aja, semua dah sedia ada kat dapur,
* Tepung gandum 1 cawan aja, tidak terlalu penuh,
* Gula perang setengah cawan
* Majerin pelangi setengah cawan
* Telur A 1 biji
* Pisang montel 1 setengah biji,
* Minyak masak 4 sudu makan
* Madu 1 sudu makan,
* Esen Vanilla setengah sudu teh.
* Soda bicarbonate dan baking powder
masing2 1/4 sudu teh.


Nak buatnya lagi mudah,
* Pukul gula dengan majerin sampai kembang,
* Masukkan telur pukul sampai sebati,
* Masukkan esen vanilla, minyak dan madu pukul lagi
* Masukkan pisang yang telah di potong kecil,
Pukul perlahan hingga semuanya sebati.
* Ayak tepung dengan BP dan Soda Bic kedalam 
adunan, kuap balik dengan senduk hingga rata.
* Sediakan cawan kertas dan sendukkan 
adunan kedalam cawan sebanyak 3/4 cawan. 
* Bakar didalam oven dengan kepanasan 180c 
selama 20 hingga 25 minit.


Ok dah pun masak,
Untuk cawan yang berukuran 5cm d.
bolehlah dapat 12 cawan.
malam tadi sebelum tidur saya dah langsaikan 4 cawan 
hehe..lapo bebeno..wehh..

Sebelum berundur, ini pesanan ikhlas saya,
kalau nak cuba resipi ni boleh,
rasa memang sedap, jadi pun elok,
cuma saya tak tau nak bagi nama apa,
muffin ke atau kek cawan,
sebab resipi ni saya reka2 sendiri aja.

Oklah, saya undur diri dulu,
kena tengok bahulu kat dapur,
takut jadi bahulu hitam plak nanti.

Semuga jumpa lagi,
Wassalam.