Assalamualaikum
Semua Sahabat Blogger Kak Mah, Semua Sahabat Pengunjung setia Blog Lipislady. Alhamdulillah kita jumpa lagi petang ini. Kak Mah ucapkan Selamat Berpuasa semua. Tak lama lagi nak raya kan. Orit, pagi ni Kak Mah nak share Kek Raya yang Kak Mah buat dengan serba kekurangan, tapi hasilnya terbaik.
Biasa kita buat kek, nak kena pukul dengan mixer baru kek jadi cantik dan naik dengan gebu. Tapi masa Kak Mah nak buat kek ni Kak Mah cari mixer tak jumpa pulak. Maklumlah dah lama bercuti dari membuat kek dan lama meninggalkan rumah. Disebabkan semua bahan dah tersedia kak Mah teruskan ajalah. Kali ini Kak Mah tak guna mixwe, cuma Kak Mah gunakan blender untuk mwemukul telor dan gula. Alhamdulillah hasilnya memuaskan.
Inilah rupa kek pisang simple yang Kak Mah buat menggunakan blender sahaja.
Bahan Yang Kak Mah perlukan cuma:-
1. 6 biji pisang emas
2. Setengan cawan minyak masak
3. 3 biji telor A
4. 1 cawan gula
5. 1 1/2 cawan tepung gandum biasa
6. setengah sudu teh baking powder
acuan atau loyang yang disapu dengan majrin.
Ini dia pisang emas yang besar, Kak Mah guna 6 biji
1/2 cawan minyak masak
3 biji telor A
1 cawan gula, jangan penuh sangat.
Nanti manis sangat
Soda Bicarbonate 1/2 sudu teh
Baking Powder 1/2 sudu teh
Vanilla 1 sudu teh
Kak Mah pakai acuan @ Loyang ni
Alhamdulillah masak dah. Cantik, gebu dan lembut.
Dan sangat sedap
Cara Kak Mah Buatnya
Note. Panaskan oven 175 c
1. Blend pisang dengan minyak dan 1/2 sudu teh soda bicarbonate
2. Masukkan 3 biji telor dan 1 cawan gula tadi kedalam blendar yg ada pisang dan minyak tadi
dan blend semula sampai hancur.
3. Dah hancur dan bersatu semuanya masukkan kedalam mangkuk.
4. Ayak tepung dengan1/2 sudu teh baking powder kedalam mangkuk. yang ada adunan pisang
dan gaul rata hingga sebati.
5. Masukkan kedalam acuan @ loyang dan bakar dalam oven yang dah dipanaskan tadi
selama 40 minit dengan kepanasan 175 c.
Alhamdulillah
Setelah dibakar 40 minit, akhirnya masak dah kak Kak Mah.
Semuga kita berjumpa lagi di lain kali
Assalamualaikum dari Kak Mah.
No comments:
Post a Comment