Friday 31 October 2014

Doily

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, terlanjur tak banyak kerja ni kakmah pun
duduk mengait ajalah. Dapatlah buat doily ni.


Tapi jangan tertipu, ini bukan paten baru,
paten ni dah lebih setahun kakmah mulakan,
tak pandai siap-siap lagi, dah lama kakmah biarkan paten
ni tak berusik, tapi selepas menyelongkar semula
benang-benang yang lama terjumpa doily ni yang separuh
siap. mesti nak disiapkan juga ni..
In Shaa Allah.

Nantikan, 
Wassalam.

Thursday 30 October 2014

Puri Cicah Kari Ayam

Assalamualaikum,

Alhamdulillah,
Berjumpa lagi kita dengan masak-masakan dari dapur Kakmah.
Kali ini dengan kuih katak kata cucu2 kakmah, kawan kakmah
pula memanggilnya lempeng batak


Walau apa pun namanya, ia memang enak dimakan
bersama dengan kari. Bagi kakmah, kalau disuruh bagi
markah daripada sepuluh sepenuhnya, pasti markahnya
penuh, 10/10. kalau tak percaya boleh cuba.


Ini yang kakmah baru tau sebenarnya, kuih ni namanya Puri.
macam makanan india je. Biasa kakmah buat tak ikut resipi,
kakmah buat ikut dan aja, tapi bila kakmah ronda-ronda
dapat pula resipinya kat blog puan Azlita neh. Alhamdulillah,
terima kasih sekali lagi Puan Azlita Aziz,  Blog Masam Manis.
Banyak Resipi yang kakmah dapat dari blog Puan Ita ni.

****~~~~****~~~~****~~~~****~~~~****

Ok kakmah kongsikan lagi resipinya:-

2 Cawan tepung gandum
1 sudu teh garam
150 ml air
3 sudu miyak masak

Gaul semua bahan ni hingga sebati dan uli sehingga
tidak melekat ditangan. Biarkan selama 1/2 jam.
Bulat-bulatkan dan canai nipis2.
Goreng dalam minyak yang panas hingga mengelembung.
letakkan sekeping saja dalam satu masa.
Balikkan sebelah bila kekuningan dan boleh diangkat.

****~~~~~****~~~~****~~~~****~~~~****

Ini resipi Kari Kakmah pula.

1 mangkuk daging ayam
1 paket serbuk kari daging ( gaul dengan sedikit air )
2 mangkuk santan cair

4 ulas bawang merah *
3 ulas bawang putih *
1/2 in halia *
( * tumbuk halus )

1 batang kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
3 ulas bunga cengkeh
2 ulas buah pelaga
1 tangkai daun kari
1 batang serai _ titik

1/2 biji terung panjang #
1 biji tomato #
1 kelopak kobis #
( # potong ikut suka hati )

1/3 cawan minyak masak.
2 keping asam keping.
Garam dan gula secukup rasa.

Cara2nya

- Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang,
bawang putih,halia yang telah ditumbuk.
- Masukkan kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkeh,
buah pelaga, daun kari, asam keping dan serai, masak dengan api
sederhana hingga naik bau. Masukkan rempah kari, 
boleh tambah cili mesen jika suka pedas, masak hingga
rempah masak.
- Masukkan ayam, garam, gula dan kacau lagi hingga 
ayam masak dan airnya kering.
- Masukkan santan, biarkan mendidih dan masak,
kacau dari semasa ke semasa supaya santan tidak bergentel,
Bila ayam masak masukkan, terung, tomato dan kubis,
masak lagi hingga sayur empuk dan kuah sedikit pekat
 boleh tambah cili hujau dan merah jika suka, 
jangan dibelah, masukkan sebiji2.
Masak hingga semua empuk, padamkan api.
Sedia untuk dihadangkan dengan puri.

Selamat memasak.
Wasssalam

Masih Menyiapkan Alas Meja Ini

Assalamualaikum, 

Selamat awal pagi. Malam ni kakmah tidur lewat sikit,
leka nak menyiapkan kaitan kakmah ni. Cadangannya nak 
alas meja, tapi tak taulah bila siapnya.
Inn Shaa Allah, akan siap juga,
Biar cepat atau pun lambat.


Kegemaran kakmah lah kalau berwarna warni begini.
Segar mata dibuatnya.
Doakannya kerja kakmah ni cepat siap ye kawan2.

Jumpa lagi.
Wassalam.

Sunday 26 October 2014

Dalcha Kari

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, hari ini dapatlah kakmah nak berkongsi
resipi Dalca Kari yang kakmah buat hari Deepavali yang lalu.
Bukan kerana merayakan deepavali, cuma kebetulan je, kakmah ada 
masa dan kebetulan pula hari tu kakmah buat nasi Minyak untuk
sedara kakmah yang datang berkunjung, 
Kakmah buatlah Dalca Kari ni, 
testing resipi kakmah sendiri.


Tanpa berlengah, kita ke resipinya.

Bahan-Bahannya.

1. 1 setengah cawan kacang dal kasar, dari Australia, rendan 2 jam, rebus hingga empuk
2. 1 paket rempah kari daging , bancuh dengan air sedikit.
3. 1 batang lobak merah sederhana besar, potong 1 setengah inci, belah 4
4. 1 biji terung bulat belah 8, 1 biji tomato belah 8.
5. 3 batang kacang panjang potong 1 inci
6. 6 tangkai cili kering buang tangkai, basuh
7. 1 labu bawang besar sebelah dimayang, sebelah lagi potong 4 bahgian
8. 5 ulas bawang putih, mayang
9. 1 in halia mayang halus.
10. 1 sudu makan biji sawi
11. 1/2 cawan ikan bilis atau daging ayam atau daging atau udang basah atau kering.
12. Garam dan gula secukup rasa.
13. 2 batang kulit kayu manis, 2 kuntum bunga lawang, 5 ulas buah pelaga, 5 kuntum bunga
      cengkih. minyak untuk menumis.
14. 4 tangkai daun kari.
15. Asam keping 2 keping.

Cara-caranya

1. Ambil kacang yang dah direbus anggaran separuh, kisar separuh hancur dan masukkan
    semula kedalam periok. Teruskan merebus kacang.
2. Panaskan kuali, masukkan setengah cawan minyak masak. Tumiskan bawang yang di mayang
    seterusnya bawang putih dan halia hingga layu.
3. Masukkan kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkeh dan buah pelaga.
4. Masukkan daun kari, cili kering kacau dengan api kecil hingga naik bau.
5. Masukkan biji sawi.
6. Masukkan rempah kacau lagi sehingga rempah masak.
7. Apabila rempah masak, tutup api dan pindahkan rempah kedalam periok rebusan kacang, masukkan 
    asam keping.
8. Teruskan merebus kacang hingga empuk, tambah air panas dari semasa ke semasa kerana
    kacang dal ini mudah kembang dan kuah cepat pekat.
9. Apabila kacang dah betul2 empuk masukkan lobak merah, terung, kacang panjang, dan lebihan
    bawang besar. 
10. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
11. Akhir sekali masukkan tomato.
12. Rasa garam dan gulanya, apabila masak. Padamkan api, sedia untuk dihidangkan.

Selamat Mencuba,
Wassalam.

Tuesday 21 October 2014

Koleksi Antik Puan Aida


Assalamualaikum,

Alhamdulillah,
lama dah rasanya blog kakmah ni tak ada follower baru,
hari ni buka blog ada seorang follower baru. Terima kasih 
Puan Aida dari blog Warisan Nenek.

Ni diantara koleksi dia.

Blog Puan Aida ni memaparkan koleksi barangan antik
dari warisan keluarga agaknya
ada juga yang dibelinya sendiri.


Cantik-cantik koleksinya,
nampak macam Puan Aida ada menjual juga
barangan koleksinya.

Kepada sesiapa yang berminat dengan barangan
lama bolehlah terjah ke Blog Puan Aida ini.

Jumpa Lagi
Wassalam.

Monday 20 October 2014

Seri Muka Gula Kabung

Assalamualaikum,

Alhamdulillah,
Lama dah kakmah teringin nak buat dan makan
kuih seri muka ni, tapi tiap kali buat, kurang menjadi.
Kepala dia turun kebawah, meresap didalam pulut.
Bila potong rupanya tak menarik


Hari tu kakmah jalan2 kat Blog Puan Ita,
Blog Masam Manis, terjumpalah resipi
kuih Seri Muka ni, tapi Puan Ita dia
buat menggunakan gula merah. Kakmah
tukarkan dengan gula kabung, sebab rasa
gula kabung lebih sedap bagi kakmah.
Alhamdulillah memang sedap.

Terima kasih Pn. ita kerana mengongsikan resipi
ini dan resipi-resipi yang lain yang akan kakmah
cuba dari semasa ke semasa. Dah ada rujukan ni,
sedaplah memasak..

Oklah sekian dulu,
Kalau nak resipi boleh terus ke Blog 


Wassalam.

Thursday 16 October 2014

Happy Birthday

Assalamualaikum,

Alhamdulillah sampai juga hajat angah  ( Zawil Farhanah ),
 cucu kakmah yang sulung nak
 potong kek hari jadi sempena hari kelahiran dia semalam.


Walaupun dah tengah malam, dalam pukul sepuluh malam
baru achu dia balik bawak kek, tapi mereka semua gembira
dapat makan kek bersama-sama. Cucu kakmah yang 
dari kuantan pun ada sama. Mereka dah berkampong
selama semingui di Kuala Lumpur ni akibat demam
ketiga-tiga beradiknya.


Kesian si kecil tu pun demam dah seminggu tak baik2
lagi. Abang yang sebelahnya tu pun demam.
Kakak yang depan sekali tu pun demam.

Yang tengah bertudung tu Birthday Girl,
gembira sangat dapat potong Kek.

Ok, sekian,
Jumpa Lagi,
Wassalam.


Tuesday 14 October 2014

Assalamualaikum

Assalamualaikum,

Selamat pagi kepada semua rakan2 blogger, 
pengunjung tetap blog kakmah ini. Lama kakmah 
tak update blog ni yer.
Bz sikit kakmah sekarang ni,
kekurangan masa nak buka blog,
kekurangan bahan untuk dikongsi dengan
kawan2, tapi malam ni rasa rindu pulak nak
mencatat sesuatu disini..
Hemm ini ajalah buat kali ini.

Tiga orang cucu kakmah demam sekarang ini.
Dua orang dah demam minggu lepas,
dah baik dah, yang 3 orang ni sedang
tenat sekarang ni. Mohon Allah sembuhkan mereka
secepat munkin supaya mudah
mommy nak pergi kerja.
Ameenn..

Jumpa lagi,
Wassalam.