Thursday, 30 October 2014

Puri Cicah Kari Ayam

Assalamualaikum,

Alhamdulillah,
Berjumpa lagi kita dengan masak-masakan dari dapur Kakmah.
Kali ini dengan kuih katak kata cucu2 kakmah, kawan kakmah
pula memanggilnya lempeng batak


Walau apa pun namanya, ia memang enak dimakan
bersama dengan kari. Bagi kakmah, kalau disuruh bagi
markah daripada sepuluh sepenuhnya, pasti markahnya
penuh, 10/10. kalau tak percaya boleh cuba.


Ini yang kakmah baru tau sebenarnya, kuih ni namanya Puri.
macam makanan india je. Biasa kakmah buat tak ikut resipi,
kakmah buat ikut dan aja, tapi bila kakmah ronda-ronda
dapat pula resipinya kat blog puan Azlita neh. Alhamdulillah,
terima kasih sekali lagi Puan Azlita Aziz,  Blog Masam Manis.
Banyak Resipi yang kakmah dapat dari blog Puan Ita ni.

****~~~~****~~~~****~~~~****~~~~****

Ok kakmah kongsikan lagi resipinya:-

2 Cawan tepung gandum
1 sudu teh garam
150 ml air
3 sudu miyak masak

Gaul semua bahan ni hingga sebati dan uli sehingga
tidak melekat ditangan. Biarkan selama 1/2 jam.
Bulat-bulatkan dan canai nipis2.
Goreng dalam minyak yang panas hingga mengelembung.
letakkan sekeping saja dalam satu masa.
Balikkan sebelah bila kekuningan dan boleh diangkat.

****~~~~~****~~~~****~~~~****~~~~****

Ini resipi Kari Kakmah pula.

1 mangkuk daging ayam
1 paket serbuk kari daging ( gaul dengan sedikit air )
2 mangkuk santan cair

4 ulas bawang merah *
3 ulas bawang putih *
1/2 in halia *
( * tumbuk halus )

1 batang kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
3 ulas bunga cengkeh
2 ulas buah pelaga
1 tangkai daun kari
1 batang serai _ titik

1/2 biji terung panjang #
1 biji tomato #
1 kelopak kobis #
( # potong ikut suka hati )

1/3 cawan minyak masak.
2 keping asam keping.
Garam dan gula secukup rasa.

Cara2nya

- Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang,
bawang putih,halia yang telah ditumbuk.
- Masukkan kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkeh,
buah pelaga, daun kari, asam keping dan serai, masak dengan api
sederhana hingga naik bau. Masukkan rempah kari, 
boleh tambah cili mesen jika suka pedas, masak hingga
rempah masak.
- Masukkan ayam, garam, gula dan kacau lagi hingga 
ayam masak dan airnya kering.
- Masukkan santan, biarkan mendidih dan masak,
kacau dari semasa ke semasa supaya santan tidak bergentel,
Bila ayam masak masukkan, terung, tomato dan kubis,
masak lagi hingga sayur empuk dan kuah sedikit pekat
 boleh tambah cili hujau dan merah jika suka, 
jangan dibelah, masukkan sebiji2.
Masak hingga semua empuk, padamkan api.
Sedia untuk dihadangkan dengan puri.

Selamat memasak.
Wasssalam

1 comment:

  1. Assalamualaikum Kak Mah...

    masuk blog Kak Mah, kakcik scroll ke bawah dan jumpa pulak gambar dan resepi puri ni...nak buat lah nanti... :)

    ReplyDelete