Monday 10 September 2012

Betul Ke Ini Buah Tin

Assalamualaikum,

Tengahari semalam kakmah kerumah kak Mahfuzah di kampung Bercang, sudah pastilah dalam daerah Lipis.Menjengah je kat pagar dia kakmah nampak satu pokok yang buah dia macam kat bawah ni. Kakmah pun tegur, "Eh buah ara besarnya, ni ara nasi ni, buat ulam sedap". Tapi bila kakmah tengok balik bentuk batang dan bentuk daunnya, memang jauh berbeza dengan bentuk pokok ara nasi yang kakmah pernah tengok selalu tumbuh di tebing2 sungai.


Pokok ara yang selalu kakmah tengok tumbuh tepi sungai tu batangnya lurus menegak, dahannya pun lurus, kalau diptong didalamnya kosong semacam batang buluh. Daun nya pula berbulu. Tapi yang ini pokoknya 
semacam pokok koko dan daunnya pun seakan-akan daun pokok koko, tapi lebih lebar dan membujur. Kat bawah ni rupa buah yang dah masak, warnanya merah, didalamnya pun merah, tapi banyak getah macam buah ara juga.


Bila kakmah nampak je kak Mahfuzah kakmah terus tanya, itu buah apa kak?  " Eh itu buah tin" kata kak Mahfuzah. " Buah Tin yang macam orang selalu bawak balik dari mekah tu ke,yang dah dikeringkan? Yerlah kata kak Mahfuzah.


Betul ke ini buah tin, kakmah pun ragu-ragu juga sebenarnya, tapi kak Mahfuzah kata ramai yang datang kerumah dia ambil buah ni untuk di buat gulai lemak dengan daging. Sedap katanya. Kakmah pun berkesempatan juga rasa sikit buah dia yang telah masak, tidak manis cuma ada rasa lemak2 sikit.

Walau apa pun pokok ni memang lebat berbuah, seluruh pokok ditumbuhi buah, tapi macam mana nak manafaatkan buahnya, atau macam mana nak keringkan supaya menjadi seperti buah tin kering yang orang jual bersama kurma, atau pun yang orang bawa balik dari Mekah tu. Kesian buah ni membazir saja, buahnya yang masak akan gugur tanpa dipedulikan.

 Ini buah tin yang kakmah google dari blog nie

 dan gambar ni plak dari blog ni

Pokok yang kakmah tengok semalam tu nmacam ni lah...

Atau Tin tu sendiri bermaksud ara, pokok ara ni ada beratus-ratus jenis, ada yang boleh dimakan, ada yang tak boleh dimakan. Kakmah tak pasti, sesiapa yang tahu tu tolong bagi tau kat kakmah dan kawan2 lain yee.

Semuga jumpa lagi.
Wassalam.


28 comments:

  1. Mungkin buah tin dan buah ara dari spesis yang sama tapi tak serupa. Wallahhuaklam. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sallam kalcik,

      Mukin juga kakcik,
      buah ara ni memang banyak jenisnya.

      Delete
  2. buah yg ada disebut dalam Al Quran..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sallam daddy Ziyyad n Zayyan

      Yer betul Doc, digambarkan juga penuh dengan khasiat pemulihan untuk penyakit kronik.

      Delete
  3. assalam kak mah..acik pun tengok gambar je belum pernah tengok yng fresh kecuali yang kering

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam Acik,

      Kakmah pun belum pernah tengok,
      tapi kakmah cukup suka makan buah tin yang kering tu..

      Delete
  4. Replies
    1. Sallam Nizam,

      Hehe..tu buoh jerok...
      sedak juga weh..

      Delete
  5. Buah ara kita lain pesen dgn hok di arab tu yak.. kas biasa makan buah ara tedung hok masok dalam tanoh tu kome biasa juga makan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sallam En Yassin,

      Buoh ara Arab sedak met weh,
      keh suka sangat makan buoh tin hok
      kering tu, buoh ara kita hok dalam tanoh
      keh tak pernoh rasa, buoh ara nasik hok
      orang buat ulam tu keh pernoh rasa.

      Delete
  6. salam..
    ermm..gamaknya la..
    macam sama je..koi
    biasa makan buah tin
    yang kering je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. W,sallam en Zul,

      Gone gaya yek nok mengeringkan
      buoh ara kita neh, supaya tak
      membazir gitu me nya. Tapi buoh ara kita neh tak maneh, tawo...

      Delete
  7. mcm selalu nmpak jew buah2 yg mcm dalam gmbar 2...mcm yg ada kt sekitar rumah...tp xpnh pulak nk amik tw..bwu nie la sedar ,,tu pun lpz kenal ngan buah tin kering.....

    ReplyDelete
  8. kami dulu kecik2 panggil buah zaiton, rupanya nama dia buah tin. siapa yg nak tgk, me datang UPM or UTM skudai. banyak ditanam pokok ni.

    ReplyDelete
  9. ini bukan buah tin, cuma buah ARA, namun dari genus/keluraga yang sama, cuma subgenus/pecahan keluarga berbeza, buah ini Ficus Sycomorus, kalau buah Tin Ficus Carica, kira macam sepupu la, bukan adik beradik

    ReplyDelete
  10. nak tau lebih lanjut, boleh rujuk link ni:
    http://pohontin.wordpress.com/jual-pohon-tin/
    http://budidayabuahtin.blogspot.com/

    ReplyDelete
  11. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  12. buah ara adalah nama umum buah pokok jenis ficus, buah tin juga dari jenis ara tapi buah ara tak semestinya buah tin.

    tin berbuah dicelah ketiak daun dan tak akan berbuah ditempat yang sama seperti buah ara mekah(gambar diatas) yang berbuah secara rumpunan(cluster)

    ReplyDelete
  13. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  14. Ini tin sebenar
    https://fbcdn-sphotos-e-a.akamaihd.net/hphotos-ak-ash3/1236649_10200359520819179_569310710_n.jpg

    ReplyDelete
  15. Pokok Tin @ Ficus tu ada banyak jenis, kalau kat Malaysia saya dah makan buah Tin yang manis dari berbagai jenis yg tumbuh liar dalam hutan. Rasa buah Tian liar tu sebijik macam buah Tin kering iaitu manisnya seperti kurma sama saja, dan bentuk daunnya pun lebih kurang sama dengan pokok tian yang kita biasanya makan buah kering dari Arab tu, cuma buahnya ada yang kecil dan ada yang agak besar. Kalau pokok ara tu buahnya biasanya lemak atau tawar saja.

    ReplyDelete
  16. Jenis Pokok Tin @ Ficus ->> http://it.wikipedia.org/wiki/Specie_di_Ficus

    ReplyDelete
  17. Tetapi jenis Pokok Tin yang biasa dijual kering atau fresh dan manis adalah dari jenis Ficus Carica sahaja kerana pokoknya tidak terlalu besar dan buahnya tidak terlalu kecil serta sangat manis. Contoh pokoknya adalah seperti yang ditunjukkan oleh En. Zahid. Jenis tin yang tergolong dalam spesis Ficus Carica terbahagi kepada lebih 300 variety yang dibezakan mengikut saiz buah, warna buah, warna isi buah, saiz pokok, warna batang, saiz daun, warna daun, bentuk daun dan rasanya. Pokok tin ini sekarang boleh didapati dari Indonesia dan Malaysia. Anak pokok tin dijual oleh individu tertentu pada harga antara RM100 - RM500 sepokok bergantung kepada variety nya, lagi "rare" lagi mahal. Yang paling manis buahnya dari variety Palaestin Khurtmani @ Red Israel dan yang favourite ialah Brown Turkey.

    ReplyDelete
  18. Elephant fig@ ara mekah (istilah org melayu) klu nk tau buah tin keringyg org bwk blk dr mekah dr jenis elephant fig @ ara mekah

    ReplyDelete
  19. Kalau buah ara yang saiz kecik2 tu (sebesar terung pipit) saya biasa campur dgn belacan.

    Caranya buat sambal belacan macam biasa..
    Last sekali masukkan buah ara, ketuk2 dengan lesung batu agar pecah..

    Siap dimakan...

    ReplyDelete
  20. My name is Mrs.Aisha Mohamed, am a Citizen Of Qatar.Have you been looking for a loan?Do you need an urgent personal loan or business loan?contact Dr James Eric Finance Home he help me with a loan of $42,000 some days ago after been scammed of $2,800 from a woman claiming to been a loan lender but i thank God today that i got my loan worth $42,000.Feel free to contact the company for a genuine financial service. Email:(financialserviceoffer876@gmail.com) call/whats-App Contact Number +918929509036

    ReplyDelete