Thursday, 6 September 2012

Ayam Goreng Berlada Dengan Petai


Assalamualaikum,


Ulam petai ni memang kegemaran kakmah, apa lagi kalau dibuat sambal tumis, tapi petainya janganlah terlebih masak, supaya terasa lemaknya.Beberapa hari yang lepas kakmah terasa macam nak makan sambal tumis petai, diwaktu yang sama kakmah nak juga makan ayam goreng berlada. Haaa...malas punya pasal terciptalah resipi ni. Resipi yang paling simple, tapi puas hati kakmah dapat makan kedua sekali, sambal petai dan ayam goreng berlada dalam satu resipi hahaha...

Nak resipi?
Ada yang malas macam kakmah juga ke?
Boleh aja, sila salin resipi kat bawah ni yee.. 

Bahan-bahannya.

1. 6 atau 7 ketul ayam dipotong sederhana besar.
2. 8 tangkai cili kering
3. 1 setengah biji bawang besar
4. 3 ulas bawang putih.
5. 1 setengah keping petai
6. Minyak secukupnya.
7. Garam dan sedikit gula.
8. Sedikit serbuk kunyit.
9. Setengah sudu air asam jawa ( kalau rasa nak masam sikit, boleh lebihkan)

Cara-caranya.
1. Ayam dibersihkan, gaul dengan garam dan kunyit, goreng sehingga masak, jangan terlalu garing.
2. Cili kering di potong dan rendam dalam air panas sekejap, dan tuskan.
3. Kisar sebiji bawang besar bersama dengan bawang putih dan cili kering yang dah di rendam.
   ( Kalau suka pedas boleh dilebihkan cili)
4. Dalam minyak secukupnya, tumiskan bahan yang telah dikisar tadi, masukkan satu setengan camca gula,
    setengah sudu air asam jawa dan tumis hingga garing.
5. Bila dah garing masukkan suku cawan air, didihkan, masukkan garam.
6. Bila dah mendidih masukkan petai yang dah dibuang kulit, dan hiriskan lebihan setengah biji bawang besar 
    tadi dan masukkan sekali. kacau lagi hingga bawang dan petai layu dan kuah agak pekat.
7. Akhir sekali masukkan ayam yang telah digoreng, kuap balikkan hingga sambalnya rata menyaluti ayam.   
8. Angkat dan sedia dihidangkan.

Simple kan, adik2 dan anak2 yang baru nak belajar masak tu boleh cuba. Terima Kasih.

Jumpa lagi,
Wassalam

No comments:

Post a Comment