Assalamualaikum,
Salam sejahtera, selamat menjalankan tugas kepada yang online semasa menjalankan tugas tu. Semoga semuanya gembira dan ceria-ceria selalu, tak ada rasa boring, tak ada rasa mengantuk sewaktu menjalankan tugas. macam kakmah ni hah, ceria sentiasa. Buktinya tengok gambar kat bawah tu hah.
Apa hal lah pulak kakmah ni, tunjuk-tunjuk surat pulak, siap ada angka giliran lagi nombor 18 tu hah. tengok senyum kakmah yang simpul2 tu mestilah menandakan kakmah sedang atau pun akan mendapat laba kan...Oppsss...jangan jelous tau, ini semua berkat Doa, Usaha, Istiqamah dan Tawakkal ( D.U.I.T.) kakmah sendiri tau. Akhirnya berjaya juga kakmah mendapatkannya, barangan idaman kakmah.
Nak tau apa impian kakmah selama ini setelah kelas komputer kakmah ditutup beberapa bulan yang lalu. Ya kakmah teringin sangat nak memiliki sebuah mesen jahit yang sempurna, maksudnya lebih baik dari mesen jahit yang kakmah ada sekarang, supaya kakmah boleh menjahit dengan lancar.
Kakmah juga ingin memiliki sebuah mesen jahit tepi supaya supaya tidak terganggu tugas kakmah menjahit bila kadang-kadang toke kedai jahit tidak dapat menjahit tepi kain kakmah dengan segara sepertimana yang kakmah inginkan. Dan yang pentingnya kakmah inginkan sebuah mesen jahit sulam.
Ahamdulillah melalui 1 AZAM ( Akhiri ZAman Miskin) kakmah dah 90% berjaya memiliki semua itu. Pagi tadi kakmah dah pergi temuduga dengan JKM, dah isi borang dan dah pun menandatangani Akujanji. InsyaAllah tak lama lagi kakmah akan dapat memiliki semua yang kakmah idamkan selama ini.
Itulah puncanya kakmah senyum simpul aja dalam gambar kat atas tu. haha..Alhamdulillah syukur ku padaMU ya Allah.
Semuga Jumpa Lagi.
Wassalam.
Asslam kak Mayukur Alhamdulillah..semoga kak Mah terus berjaya
ReplyDeleteW,Sallam Acik,
DeleteTerima kasih doakan kakmah,
InsyaAllah kakmah akan buat sampai berjaya.
Salam, semoga maju jaya drp kome.........
ReplyDeleteW,sallam En Yasin,
DeleteTerima kasih doakan saya.
Salam, Tahniah kak..Syukur alhamdulillah..Semoga selepas ni merimpah ruah rezeki akak...
ReplyDeletew,sallam Aku-Enot,
DeleteTerima kasih, Insya Allah,
berkat doa dari kawan2..
Insyaallah, kalau ada kemahuan dan usaha,
ReplyDeletepasti Tuhan akan bantu. semoga dipermudahkan segala urusan kak (: