Monday, 22 August 2011

Bunga Tali Rafia.

Assalamualaikum,
Alhamdulillah, hari ni hari yang ke 22 kita berpuasa. Demam pula saya hari ni, tekak sakit dan muka membahang panas, tapi syukurlah masih boleh bekerja lagi dan masih boleh meneruskan puasa.

Alhamdulillah juga, akhirnya siap juga bunga dari tali rafia yang saya mula buat sebelum ramadhan dulu. Dalam pada bergelut dengan kerja yang tak kunjung habis, sempat jugalah saya menyiapkan bunga saya ini.


Ni sebenarnya letak sementara aja dalam pasu ni, ingat nak gubah untuk buat bunga letak didinding, tapi belum cukup lagi kuntumnya, lagi pun letak dalam pasu ni pun dah nampak cantik. Kalau sempat nanti akan digubah juga, buat sementara waktu biar dia disitu.



Segar aja nampaknya bunga ni sebab dia berkilat. tapi penjagaannya susah juga sebab mudah sangat naik debu, nak basuh pun tak boleh, kecuali tanggaklan pelilit batang dan daunnya. Tak apalah itu perkara akan datang, yang pentingnya apa yang saya usahakan dah berhasil.



Sebelah dia tu satu lagi hasil keras tangan saya, bunga ros atau carnation dari beg bising, atau beg plastik bekas barang dari param. Tapi yang ni bukan yang dah recycle yee.. yang ni saya beli baru dari kedai. Fresh dan keras lagi, tak renyuk. Kalau renyuk tak cantik bunganya.


Kalau tengok betul2 memang cantik bunga ni, tak adalah jauh sangat bezanya dari yang kita beli dikedai dengan harga RM 10 untuk 3 tangkai. Cuma bahan nya saja yang berlainan. harap2 saya dapat menyiapkan gubahan bunga ros ni sebelum raya nanti.

Semuga jumpa lagi,
Wassalam.

10 comments:

  1. Salam, mmg kteatif kalau pandai mengubah tentu lawo yak.

    ReplyDelete
  2. pandainya LL buat bunga sendiri ya, bunga tali rafia saya pernah buat masa zaman sekolah dulu tapi yang anyam jadi bunga raya la, sekarang entah ingat lagi ketidak ya nak buat.

    ReplyDelete
  3. salam kak,

    ati ni pun kesibukan dah berminggu
    tak online sbb nk siapkan
    baju raya anak2 dan diri sendiri

    ati siap makan vitamin C 1000mg setiap hari
    takut kena sakit bulan ramadhan ni
    alhamdulillah takat ni sihat lagi

    raya ni ati balik lipis
    nanti ingat nak datang beraya rumah
    akak pada raya ke2 or ke3...boleh???
    raya ke4 dah balik selangor :)

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum LipisLady,

    Kreatif sungguh. Cantik2.

    Singgah ni nak ucapkan selamat menyambut hari raya aidilfitri pada lipislady. Mohon maaf sekiranya ada terguris rasa ketika kita berblog yer.

    ReplyDelete
  5. seronok la anak2 dara kenit tgk bunga2 ni nanti. ltak tinggi2 sket la nanti. abes hancur kang. hihi

    ReplyDelete
  6. salam kak. koi respek la kat kak sbb kreatif :)

    ReplyDelete
  7. SALAM,
    CANTIK ! PUAS HATI GUBAH SENDIRI ! BUAT BANYAK2. BILA LF DATANG BERHARI RAYA NANTI, BOLEH BAGI SATU.

    ReplyDelete
  8. keren banget, sy salut deh...trim s info yg good

    ReplyDelete
  9. kreatif sungguh kak mah nih... kalu ada kesempatan nak jumpa leh gak tukar2 fikiran... koi orang lepeh gak kak...meh jenguk blog kiter..

    ReplyDelete