Sunday, 21 August 2011

Sekadar Menjenguk.

Assalamualaikum,

Selamat Pagi Satu Malaysia
Rodong-rodong, blogger-blogger,
apa khabar semua?
Hari ini hari yang ke 21 kita berpuasa,
8 atau 9 hari lagi nak raya.
Nampak semua orang dah sibuk sangat buat persiapan nak raya,
pekan sari, pasar malam, penuh sesak,
super market, mini market apa lagi,
Kedai jual karpet, jual perabut, alatan eletrik,
semua penuh dengan orang ramai yang membeli belah,
segala barang keperluan untuk menyambut Hari raya.

Macam mana rakan2 semua,
dah buat kuih raya ke?
ke kuih tunjuk aja haha...
sekarang ni dah senang,
kuih tunjuk dah banyak terjual dimana2
tak perlu susah2 nak berpeluh kat dapur,
janji ongkosnya ada.hehe..

Saya hari ni buat bahulu,
tu aja kuih yang saya pandai buat,
tu pun kadang2 ada juga silapnya.
Ni sambil2 tunggu bahulu masak
boleh gak update blog kejap.

oppsss..ok sampai sini dulu,
nak tengok bahulu kat dapur.
silap2 nanti jadi bahulu warna hitam plak..hehe..


Semuga jumpa lagi
Wassalam.

5 comments:

  1. SALAM,
    LF PUN JENGUK SEKEJAP. SELAMAT BERPUASA !

    ReplyDelete
  2. banyok masyuk bolu raya kali nih?

    ReplyDelete
  3. Wahhh bahulu buat sendiri? Bestttt...!

    ReplyDelete
  4. kak...lama tak singgah blog ni...sibuk kak ye...bila lah dapat merasa bahulu akak ye...kita duduk setempat pun masih sukar untuk berjumpa akibat kesibukan yang memuncak...he he he

    ReplyDelete
  5. Sallam Ramadhan,

    LF,
    Tunggu lepas raya nantilah kita jenguk betul2 ye,,
    Dahulukan yang mana2 mustahak dulu yee..

    Cemomoi,
    Nak kata banyak tu taklah, tapi lepaslah buat beli ayam untuk buat rendang untuk makan pagi raya. Buat sambil2 aja, untuk kawan2 yang tempah.

    azieazah,
    Memang bestlah, sebab citarasa sendiri,

    Umiarissa @ Ida,
    Datanglah Lipis kalau nak bahulu, bagi tau dulu boleh buat kut2 tak ada stock.

    ReplyDelete