Thursday 26 November 2015

Projek Bahulu

Assalamualaikum,

Projek kakmah petang tadi ialah menyiapkan bahulu 
tempahan seorang kawan. Projek ni sebenarnya
dah bermula sejak petang semalam dah. Kawan
kakmah order sebanyak 200 biji, petang semalam
kakmah dah siapkan 100 biji, tapi pagi tadi
kakmah dah jualkan. Yerlah kan, kesian juga
kalau ada orang nak beli, terliur nak makan tu.


Hari ini rupanya kakmah sibuk sikit, hampir pukul 4.00
petang baru kakmah dapat mula memukul telur.
Apa lagi sehingga kini dah pukul 10 malam baru
siap bahulu kakmah 200 biji dan dah siap packing.
Alhamdulillah, walaupun dalam keadaan mengantuk
dan penat 200 biji bahulu berjaya juga kakmah
siapkan.


Kepada kawan-kawan yang nak tempah bahulu
boleh bagi tau kakmah di ruangan komen,
tempah awal yee, untuk mengelakkan bahulu
yang ditempah tak dapat disiapkan.

Bahulu kakmah yang jenis garing, apa lagi
kalau dah disimpan didalam bekas yang kedap
udara beberapa hari. Rangup sangat dan
harum baunya.

Oklah semuga jumpa lagi dilain
entry,

Wassalam.

Wednesday 25 November 2015

Resipi Donat Mudah Tapi Lembut Dan Gebu

Assalamualaikum,

Hari-hari kakmah buat donat.
Jual di gerai nasi lemak kakmah,
resipi kakmah olah sendiri 20 tahun yang lalu,
masa tu kakmah pun jual nasi lemak dan kuih muih,
sebelum kakmah kerja, tapi kakmah rasa resipi yang
kakmah belajar dengan kawan tu terlalu banyak bahannya,
membebankan kakmah apabila terlupa nak beli bahannya,
kakmah terus tak boleh buat donat.

Lalu kakmah cuba mengurangkan bahannya, dan buat
macam biasa. Alangkah gembiranya kakmah, donat
yang kakmah buat dengan bahan yang telah di catu itu 
menjadi dengan baiknya.


Kepada adik-adik, kakak-kakak, anak-anak yang baru nak
belajar membuat donat tu boleh cuba resipi kakmah ini,
mudah aja.

Inilah diantara bahan-bahannya :

1. 4 cawan tepung gandun ( Kakmah guna tepung cap kunci aja )
2. 1 sudu makan yiest, ( Kakmah guna muripan )
3. 4 sudu makan gula
4. 4 sudu makan majrin ( Kakmah guna majrin pelangi je )
5. 1 1/4 cawan air tambah secubit garam

Cara menggaulnya :

1. Masukan tepung, yiest dan gula kedalam bekas yang besar,
gaul hingga rata, kiraikan sedikit supaya masuk angin untuk
memudahkan doh mengembang.

2. Masukkan majrin dan gaulkan hingga rata hingga menjadi seperti 
serbuk roti.

3. Tuangkan air sedikit demi sedikit dan gaul hingga air habis.
Pada mulanya doh agak melekat sedikit ditangan, tapi hendaklah
diuli sehingga doh menjadi lici dan tidak melekat ditangan.

4. Rehatkan doh selama dua jam atau sehingga doh mengembang 
menjadi dua kalu ganda.

5. Setelah doh mengembang hingga dua kali ganda, bolehlah di canai.
Caranya ambil doh sebesar bola golf, bulat-bulatkan dengan tapak 
tangan, seterusnya leperkan dengan menepuk-nepuk doh tersebut
supaya naik dengan sempurna apabila digoreng. Jika doh 
terlampau lembik boleh gunakan tepung untuk menyalut doh
supaya senang dicanai.

6. Setelah doh menjadi leper, jangan terlampau leper, cucukkan
dengan jari untuk membuat lubang ditengahnya, dan rehatkan 
didalam bekas yang leper seperti dulang sehingga doh naik kembali,
tetapi jangan terlampau lama takut nanti doh menjadi terlalu kembang
dan susah nak diangkat bila hendak menggorengnya.

7. Bila doh dah agak kembang sedikit goreng didalam minyak 
yang banyak dan panas yang sederhana jangan letak terlalu banyak
 sekali untuk memberi ruang kepada donat untuk mengembang.
Perhatian sebaik saja donat diletakkan kedalam minyak yang
sederhana panas donat mistilah terus dibalik-balikkan supaya donat
dapat mengembang dengan cantik dan gebu. Bila donat dah 
sempurna kembang dikedua-dua belah dan nampak gebu
barulah digaringkan.

8. Setelah donat berwarna kekuningan dan nampak garing
barulah diangkat dan dituskan. Apabila telah sejuk sedikit 
bolehlah digaulkan dengan gula kastor dan boleh dihidangkan.

Resipi ini boleh juga untuk dibuat burger malaysia, tetapi
semasa mencanai jangan ditebuk lubang ditengahnya,
sekadar dibulat dan dileperkan sedikit sahaja.

Selamat mencuba, kalau mencuba jangan lupa beritahu
kakmah hasilnya. Kalau bermasaalah ceritakan masaalah
nya, munkin kakmah boleh tolong untuk 
memperbaikinya.

Jumpa lagi
Wassalam.

Post Larut Malam

Assalamualaikum,

Ini post larut malam Kakmah.
Setelah sekian lama menghilangkan diri,
hari ini Kakmah muncul semula.

Bukan niat nak berhenti berblog
cuma sibuk sedikit disamping
talian internet tidak berapa mengizinkan
untuk kakmah nak online.

Alhamdulillah, entry ini kakmah dah start
tulis semalam lagi dah,
tapi semalam tu tiba-tiba line problem
terpaksalah sambung malam ini.

Oklah entry ini sekadar ucapan
selamat berjumpa lagi di alam maya
khususnya blogger ini.

Semuga jumpa lagi,
Wassalam.