Sunday, 26 October 2014

Dalcha Kari

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, hari ini dapatlah kakmah nak berkongsi
resipi Dalca Kari yang kakmah buat hari Deepavali yang lalu.
Bukan kerana merayakan deepavali, cuma kebetulan je, kakmah ada 
masa dan kebetulan pula hari tu kakmah buat nasi Minyak untuk
sedara kakmah yang datang berkunjung, 
Kakmah buatlah Dalca Kari ni, 
testing resipi kakmah sendiri.


Tanpa berlengah, kita ke resipinya.

Bahan-Bahannya.

1. 1 setengah cawan kacang dal kasar, dari Australia, rendan 2 jam, rebus hingga empuk
2. 1 paket rempah kari daging , bancuh dengan air sedikit.
3. 1 batang lobak merah sederhana besar, potong 1 setengah inci, belah 4
4. 1 biji terung bulat belah 8, 1 biji tomato belah 8.
5. 3 batang kacang panjang potong 1 inci
6. 6 tangkai cili kering buang tangkai, basuh
7. 1 labu bawang besar sebelah dimayang, sebelah lagi potong 4 bahgian
8. 5 ulas bawang putih, mayang
9. 1 in halia mayang halus.
10. 1 sudu makan biji sawi
11. 1/2 cawan ikan bilis atau daging ayam atau daging atau udang basah atau kering.
12. Garam dan gula secukup rasa.
13. 2 batang kulit kayu manis, 2 kuntum bunga lawang, 5 ulas buah pelaga, 5 kuntum bunga
      cengkih. minyak untuk menumis.
14. 4 tangkai daun kari.
15. Asam keping 2 keping.

Cara-caranya

1. Ambil kacang yang dah direbus anggaran separuh, kisar separuh hancur dan masukkan
    semula kedalam periok. Teruskan merebus kacang.
2. Panaskan kuali, masukkan setengah cawan minyak masak. Tumiskan bawang yang di mayang
    seterusnya bawang putih dan halia hingga layu.
3. Masukkan kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkeh dan buah pelaga.
4. Masukkan daun kari, cili kering kacau dengan api kecil hingga naik bau.
5. Masukkan biji sawi.
6. Masukkan rempah kacau lagi sehingga rempah masak.
7. Apabila rempah masak, tutup api dan pindahkan rempah kedalam periok rebusan kacang, masukkan 
    asam keping.
8. Teruskan merebus kacang hingga empuk, tambah air panas dari semasa ke semasa kerana
    kacang dal ini mudah kembang dan kuah cepat pekat.
9. Apabila kacang dah betul2 empuk masukkan lobak merah, terung, kacang panjang, dan lebihan
    bawang besar. 
10. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
11. Akhir sekali masukkan tomato.
12. Rasa garam dan gulanya, apabila masak. Padamkan api, sedia untuk dihidangkan.

Selamat Mencuba,
Wassalam.

No comments:

Post a Comment