Wednesday 5 April 2023

Assalamualaikum, Update Terkini

 Assalamualaikum

Semua Sahabat Blogger Kak Mah yang dikasihi, Semua sahabat sahabat pengunjung setia Blog Lipislady. Alhamdulillah Syukur pada ALLAH pagi ini dapat lagi kita bertemu melalui Blog Lipislady ini. 

Salam Ramadhan dan Selamat berpuasa semua Sahabat Kak Mah. Alhamdulillah hari ini hari yang ke 14 kita berpuasa yer. Tak lama lagi kita akan merayakan Hari Raya Aidil Fitri, tak sedar je masa berlalu kan.

Subhanallah, Kak Mah dah hampir 5 bulan menghilsangkan diri yer Sahabat. Alhamdulillah hari ini muncul semula. Memang Kak Mah ni selalu sekejap ada sekejap tak ada je. Mesti ada sebab kan kalau tidak rasanya setiap hari Kak Mah nak online bertemu sahabat sahabat semua.

Allahuakbar, 09 Dec 2022 Kak Mah aral sikit, pergi Emergency Room Hospital, balik juga setelah beberapa jam disana. Isnin 12 Dec 2022 bertolak kerumah Anak untuk berubat, hampir 2 bulan juga disana. Alhamdulillah setelah beberapa ikhtiar dilakukan, dengan izin Allah akhirnya hari ini Kak Mah dah pulih seperti sediakala. Alhamdulillah, Syukur padaMU ya ALLAH.

Hari ini Kak Mah hadir untuk bertemu kembali dengan semua sahabat-sahabat yang Kak Mah rindui. Semuga kita semua sentiasa dalam Rahmat dan Peliharaan ALLAH. Aamiin YA ALLAH.

Semuga kita jumpa lagi,

Wassallam.


No comments:

Post a Comment