Assalamualaikum,
Sallam pagi Jumaat buat semua rakan-rakan blogger, semuga rakan-rakan semua
diberkati Allah dengan keceriaan, kejayaan, dan ketenangan sepanjang hari ini.
Semalam, sewaktu lalu diatas jejantas, saya melihat panorama ini, teruja melihatnya saya snap beberapa keping gambar, bukan senang nak jumpa pemandangan begini.
dan saya juga teruja untuk mengongsikan dengan rakan-rakan semua disini.
Panorama begini memang menarik, kedua-dua keretapi
sedang bergerak kearah yang bertentangan,
kebiasaannya bila crossing atau berselisih cuma
satu sahaja keretapi yang bergerak
sedangkan yang satu lagi berhenti dilandasan.
Saat yang paling teruja ialah bila kepala kedua-dua
keretapi ini hampir bertemu. Melihatnya dari kejauhan
seolah-olah mereka akan bertembung.
Keretapi kargo ini memang panjang, ada lebih kurang
30 gerabak kargo yang di tariknya. Berjalan tetap dengan
kelajuan biasa lebih kurang 40 hingga 50 km sejam.
Tidak berhenti di steysen Lipis, cuma meninggalkan
tag pesanan kepada Master yang menunggunya
disebelah kanan landasan.
Kepala keretapi ini betul-betu berada dibawah saya,
sempat saya melambai kepada pemandunya, entah dia nampak
atau tidak saya pun kurang pasti. Ah..rasa macam berada didalam
filem James Bond la plak, saya adalah heroin yang akan terjun
dari jejantas keatas gerabak keretapi untuk menyelamatkan
seseorang.
Lihatlah betapa panjangnya kedua-dua buah keretapi ini,
Saya rasa keretapi penumpang yang menghala ke Tumpat itu Express Sinaran
yang sepatutnya sampai awal pagi tetapi terlewat masa.
Semuga berjumpa lagi,
salam ceria
Wassalam.
Rindu plak nak naik ketapi dari stesen ni...
ReplyDeletedlu masa belajar kat tangkak, memang naik ketapi sampai ke segamat.
Sempat juga berangan nak terjun ke atas keretapi tu, ya? :)
ReplyDeleteSallam AIM,
ReplyDeleteSaya pun lama tak naik keretapi,
dulu masa kerja hari-hari berulang alik
naik keretapi.
Sakkam kak cik,
ReplyDeleteSekadar berangan, nasib tak terjun
betul2..
Assalamualaikum LipisLady,
ReplyDeleteBest yer dapat ambik gambar saat2 macam ni.
Saya seumur hidup baru sekali naik keretapi zaman 70an dulu pegi ke batu gajah, perak untuk meraikan sahabat baik kawin.
Sallam kak,
ReplyDeleteDatanglah ke Lipis, kita naik
keretapi dari Lipis ke Tumpat
atau JB. Kita makan angin..hehe
kalau terjun atas gerabak tu macam cerita hindustan...tidak pun cerita cowboy..red indian pulak.
ReplyDeleteSallam Endiem,
ReplyDeleteHehe...melantun macam bola...
Terbaik lah gambar ni. Kalau Lipis tu dekat, saya nak naik juga ke jejantas ni, snap gambar macam ni...:)
ReplyDeleteSallam Dr. Daddy Ziyyad,
ReplyDeleteAlhamdulillah, silakan, Kuala Lipis
sedia menanti, ada banayak lagi yang boleh ditembak, pasti tak mengecewakan, saya tembak
cuma menggunakan kamera telefon bimbit.
munna blm pernah naik keretapi KTM kak...lrt atau putra adalah...
ReplyDeletesalam..
ReplyDeletesiap melambai aok yak?
ermm..lama dah koi tak ke Lepih nuh..
assalam..
ReplyDeletelast sy naik train 10 thn lps hehe lma doh huhuu
Akak LIPIS...
ReplyDeletebestnya dapat peluang menikmati pengalaman sebegitu. Memang susah nak tengok panorama sebegitu, kan?
Teruja saya.
Kalu saya yang jumpa, harus berangan nak berjoget atas bumbung train tu sambil nyanyi lagu endostan! hahahahah
Bila Sunyi, AA BERSIHkan Rumah...
sesekali merasa pengalaman naik kereta api..memang menyeronokkan..hilang tensen..bekejar-kejaran,berlari-larian..tulah keadaannya, takut ketinggalan..
ReplyDeletewah kak,bukan selalu dapat tengok situasi cam tu...kebetulan ada kamera bolehlah snap kan...cantik kan.Tahniah!
ReplyDeletewaa... dah lama tak naik ketapi, suka sangat dapat melihat panorama sepanjang perjalanan
ReplyDeletemacam2 dapat dilihat
best jugak naik keretapi ni..tapi hari tu saya ke JB dgn keretapi ada masaalah sikit. nak solat tak de ruang khas..sepatutnya sediakan bilik/gerabak khas.
ReplyDeleteSempat lagi ko snap gambar ye.cantik pemandangan tu. bestnya dapat naik train . last cik ina naik train 1989. dah lama sangat rasanya.
ReplyDeleteBoleh buat filem bollywood ni...
ReplyDeleteStesen nostalgia inilah tempat saya berulang-alik dari rumah di Batu Kurap ke SM Clifford tahun 1978 - 1981 dulu. Ayah saya kerja Ticket Checker (TC) then Guard keretapi kat situ. Gbr2 ini mengimbau kenangan... Lama dah tak pergi Lipis..
ReplyDelete