Showing posts with label Dari Kamera HP Saya. Show all posts
Showing posts with label Dari Kamera HP Saya. Show all posts

Saturday, 16 April 2022

Relex Pagi Sabtu

 Assalamualaikum,

Sahabat Blogger dan pengunjung setia Blog Lipislady

Alhamdulillah, hari ini hari Sabtu. Jumpa lagi yer. Kita santai santai pulak hari ini. Tadi Kak Mah keluar lihat tanam tanaman yang Kak Mah tanam. Kak Mah baru berpindah ni sebenarnya. Tapi seronok lah juga tengok tanaman Kak Mah yang dah menjadi. Dah berbuah. Alhamdulillah


Ini peria katak yang kak mah tanam tiga bulan yang lalu, dah berbuah lebat sebenarnya dan kak Mah dah makan banyak, buat ulam sedap. Dah lebih sepuluh biji kak mah dah petik. Tadi Kak Mah tengok ada lagi empat biji. Tunggu besar sikit bolehlah petik pulak.

Buah yang kedua.

Buah yang ketiga, semuanya ditanam ditepi pagar aja

Ini Buah yang ke empat
Alhamdulillah, 

Beginilah rupa kebun Kak Mah, didalam pagar, adalah serba sedikit jika kecemasan.

Ini pokok kunyit, bolehlah petik daunnya kalau nak buat rendang raya nanti.

Ini pokok pandan,selalu Kak Mah ambil sehelai dua kalau nak masak dibulan puasa ni.

Ni pokok ubi kayu,adalah lima nam batang, kalau nak buat ulam pucuknya tu boleh juga dah.


Ini Kak Mah panggil lada kembung,pedas juga ni.

Ni Haaa, cantik bukan main


Dan ini penghibur hati, bukan kak Mah bela, tapi dia dilahirkan oleh ibunya yang datang sendiri kerumah Kak Mah ini.


Tengok ni ramai mereka. Alhamdulillah biarlah mereka pun perlukan perlindungan dan makanan.

Alhamdulillah, 
Selesai santai santai, nanti kita jumpa lagi yer sahabat.

Wassallam











Wednesday, 17 April 2019

Menu Tengahari

Assalamualaikum,


Inilah gambaran sebenar menu makan tengahari Kak Mah hari ini,
Bukan apa, sebenarnya sekali sekala teringin nak makan nasi dengan lauk terutamanya ikan pekasam seperti yang Kak Mah makan ni. Ikan pekasam ni Kak Mah yang buat sendiri, pekasam menggunakan asam keping yang juga dikenali sebagai asam gelugur, dan garam sahaja. Sedap pekasam macam ini, teringat zamak kanak-kanak selalu dapat ikan sungai bile pesta mencari ikan di empangan. Arwah mak selalu buat pekasam macam ini, satu pasu besar dia buat, boleh tahan untuk makan sehingga 6 bulan kadangnya tu, sebeb terlalu banyak ikan yang di dapati. Asam gelugur pun buat sendiri. Mewah semuanya berbanding sekarang.

Ini makanan zaman kanak-kanak Kak Mah, kadang-kadang teringin juga nak mengulangi zaman kanak-kanak ni. Alhamdulillah tercapai juga maksud dihati. Kebetulanpulak Kak Mah memang mengamalkan diet sikit untuk mengawal darah tinggi dan Diabetis Kak Mah ni. Berkat diet yang kadang-kadang terlajak juga ni, alhamdulillah, turunlah sikit gula ni. Nak diet ni bukan senang sebenatnya selagi kita bergaul dengan orang. Harap pembaca faham yer.

Melainkan kita duduk seorang, tak melihat apa yang orang lain makan barulah diet kita betul-betul berjaya.

Oklah sampai sini dulu, nanti kita jumpa lagi dilain entry.

Sallam sejahtera buat semua.
Wassalam.



Wednesday, 7 March 2012

Suatu Pagi Yang Hening.

Assalamualaikum,

Selamat tengahari. Apa khabar geng blogger semua. dah makan 
tengahari ke, rasanya semua dah makan yee. kalau yang
belum makan tu pergilah cepat2 makan, nanti kalau tunggu lama2
perut masuk angin plak. saya sendiri baru je lepas makan kejap tadi.
Nasi dagang weh, nak resipi??
ok ok, nanti malam saya buat entry resipi nasi dagang.


Buat sementara waktu ni layan dulu gambar cool yang saya rakamkan
pagi tadi semasa turun nak pergi pasar beli santan.
saya suka tengok pemandangan diwaktu pagi begini, dengan udara
yang lembab dan masih berkabus. memang mendamaikan jiwa.


Jarang orang ambil gambar Kuala Lipis dari sudut ini,
saya suka lokasi ini.  Tenang dan damai.


Melihat jalan tar yang masih basah,
terasa sejuk menusuk kejiwa.


Pemandangan ala2 taman rimba yang cantik,
cuma air sungai tu yang tidak sepatutnya berwarna
teh. Apakan daya ada aktiviti perlombongan di hulu sungai.


Ini diantara pekerja yang paling awal memulakan kerja mereka.
Kita patut berterima kasih pada mereka ini.
tanpa mereka rumah dan persekitaran kita akan busuk.


Kuali?....nak buat apa dengan kuali pepagi buta ni?
Eh bukan kuali tu...
Cer teka.....

Semuga jumpa lagi,

Wassalam.

Sunday, 19 February 2012

Kuala Lipis Dari Atas Jejantas.

Assalamualaikum,

Ada juga masanya jejari ni rasa penat sesangat 
dan dah malas nak menulis.
tapi masih nak juga buat entry.
 Oleh kerana itu layan ajalah gambar2 beberapa sudut
bandar kelahiran saya ini.


Menuju ke selatan tanahair.


Aktif, satu2nya pasaraya yang ada.


Bulatan ikan - Bangunan paradise,
bekas tapak panggung paradise tempat warga lipis
menonton wayang bila hari raya sekitar tahun 50an ke 80an.
Yang putih tu bangunan ibusawat telekom.

Kubah masjid Sultan Mahmud,menuju ke Sungai Kerpan, 
Taman Lipis, ke kediaman Dato' Siti Norhaliza.



Kompleks Alamanda, tempat makan2
kaum cina.


Satu2nya jejantas yang ada.
merintasi 4 jalan utama termasuk
jalan keretapi.


Dulu Jaya, sekarang Aktif.
kalau tak aktif, mana nak berjaya..haha..


Kompleks Alamanda, tempat makan orang Islam.


Menuju ke Pantai Timur, Tumpat.
Bangunan Pejabat Pos,
Batu kosong ada disitu.

Hingga jumpa lagi
Wassalam.

Friday, 8 July 2011

Crossing

Assalamualaikum,

Sallam pagi Jumaat buat semua rakan-rakan blogger, semuga rakan-rakan semua
diberkati Allah dengan keceriaan, kejayaan, dan ketenangan sepanjang hari ini.

Semalam, sewaktu lalu diatas jejantas, saya melihat panorama ini, teruja melihatnya saya snap beberapa keping gambar, bukan senang nak jumpa pemandangan begini.

dan saya juga teruja untuk mengongsikan dengan rakan-rakan semua disini.

Panorama begini memang menarik, kedua-dua keretapi
sedang bergerak kearah yang bertentangan,
kebiasaannya bila crossing atau berselisih cuma
satu sahaja keretapi yang bergerak
sedangkan yang satu lagi berhenti dilandasan.
Saat yang paling teruja ialah bila kepala kedua-dua
keretapi ini hampir bertemu. Melihatnya dari kejauhan
seolah-olah mereka akan bertembung.

Keretapi kargo ini memang panjang, ada lebih kurang
30 gerabak kargo yang di tariknya. Berjalan tetap dengan
kelajuan biasa lebih kurang 40 hingga 50 km sejam.
Tidak berhenti di steysen Lipis, cuma meninggalkan
tag pesanan kepada Master yang menunggunya
disebelah kanan landasan.



Kepala keretapi ini betul-betu berada dibawah saya,
sempat saya melambai kepada pemandunya, entah dia nampak
atau tidak saya pun kurang pasti. Ah..rasa macam berada didalam
filem James Bond la plak, saya adalah heroin yang akan terjun
dari jejantas keatas gerabak keretapi untuk menyelamatkan
seseorang.

Lihatlah betapa panjangnya kedua-dua buah keretapi ini,
Saya rasa keretapi penumpang yang menghala ke Tumpat itu Express Sinaran
yang sepatutnya sampai awal pagi tetapi terlewat masa.

Semuga berjumpa lagi,
salam ceria

Wassalam.