Sunday, April 27, 2014

Tabiat Pemakanan Yang Sihat

Assalamualaikum,

Sejak akhir-akhir ni kakmah macam tak cukup masa nak update blog ni, lebih-lebih lagi bila kakmah selalu tak ada dirumah, berpergian, jauh dari komputer kesayangan kakmah ni dan tak ada buat apa-apa yang dapat diceritakan. 

Tambahan pula badan tak berapa sihat, mood untuk blogging juga menjadi lembab. Tapi kakmah suka nak kongsi pengetahuan, pengalaman yang kakmah dapat dimana-mana melalui pembacaan dan dari layaran internet dalam pencarian kakmah terhadap ubat-ubat dan penawar-penawar untuk menyembuhkan sakit kakmah sendiri.

Ini satu lagi perkongsian yang berguna ingin kakmah catatkan disini untuk renungan dan amalan kita bersama. Semuga ianya bermanfaat untuk kita semua.

Seperti yang kita tahu, semua penyakit adalah berpunca dari amalan pemakanan yang tidak seimbang dan tidak berhemah. Gaya hidup yang selesa menyebabkan kita mengambil makanan sesuka hati tanpa memikirkan kedudukan umur dan budaya kerja.

Sebenarannya, pemakanan yang seimbang amat perlu demi meneruskan kelangsungan kesihata yang baik. Diantaranya adalah seperti yang di jadualkan dibawah ini, satu kaedah diet yang sesuai untuk kita ikuti :-

* Sarapan - Bijirin yang mengandungi tinggi serat seperti emping beras, bijirin jagung dan susu rendah lemak atau roti penuh bijirin dengan majerinlembut. Teh dan susu rendah lemak.

* Minum Pagi - Buah-buahan seperti epal, jambu batu, betik dan limau. Kopi dan susu rendah lemak.

* Makan tengahari - Sandwich, roti penuh bijirin dan majerin lembut, sup sayur dan ikan bakar atau ikan rebus serta buah-buahan. Minum Air suam,

* Minum Petang - Popia basah dan buah-buahan. Teh dan susu tepung rendah lemak.

* Makan Malam - Nasi putih dan sup sayur yang dicampurdengan isi ayam yang dah dibuang kulitnya. Roti penuh bijirin, rojak atau salad sayur-sayuran atau buah-buahan. Minum susu tanpa lemak. Jika perlu kurangkan minuman kopi atau teh kerana ia mengandungi kafein, yang tidak sesuai bagi penghidap migrain dan sebagainya.

Harap jadual pemakanan ini dapat memberi manfaat kesihatan kepada kita jika diamalkan selalu. Boleh digantikan dengan makanan lain yang setaraf sukatan kelorinya dengan makananyang disyorkan disini. In shaa Allah.

Sekian,
Wassalam.

1 comment:

  1. Diet macam ni memang sukar diamalkan, akibat kebiasaan kita mengamalkan diet kegemaran kita sendiri,tapi apabila sudah dicuba pasti kita akan merasa kesan dan kebaikannya

    ReplyDelete