Assalamualaikum,
Semalam dalam pukul 2.30 petangsaya ke Hospital Lipis untuk check BP 3 bulan sekali, dan ambil bekalan ubat seterusnya. Sebenarnya saya datang nak tukar ubat, sebab tak serasi dengan ubat yang Dr bagi tu.
Ubat ni memang buat saya betul2 Fening dan lemah badan kalau dimakan itu pun sekali sahaja sehari.
Sepatutnya kena pergi 13 hb 6 yang lalu,tapi kerana ubat saya jarang2 makan,tak tau bila ubat sepatutnya habis.
Sampai kat hospital dalam 2.40 petang, Tunggu ambil kad dan giliran adalah dalam 1 jam baru dapat check BP.
Memula check bacaannya 184/93,misi yang check dah mula ngangakan mulut,"Apahal, nak telan saya ke" tu saya kata dalam hati aja. " Tinggi sangatlah akak" Kata misi tu. "Apa yang tinggi" Saya terus jawab. " BP akak nilah" nasib baik misi tu panggil saya akak, kalau dia panggil saya makcik,saya pasti akan terus kata " Alat tu rosak lah misi, cuba yang satu lagi tu"
Eh, macam misi ni dengar plak kata hati saya,
tetiba dia menukar kepada alat yang satu lagi,
" Cuba yang ni plak, baru beli ni"saya tak tanya pun.
Bacaan kedua plak, 219/105, kali ini saya plak yang ternganga, sah! alat tu rosak..
Dua kali dia cuba alat yang dia kata baru beli tu, tapi bacaannya berbeza sikit aja.
lepas kali ketiga dia terus tarik saya kebilik Dr.
Dia cakap dengan DR, dalam bahasa yang saya faham, tapi saya buat2 tak faham.
Saya pun terus tunjuk ubat putih tu, saya ceritakan masaalah yang saya hadapi kalau makan ubat tu. Dan saya nak ditukar kepada ubat warna oren macam kat atas. Saya siap tanya fungsi setiap satu, ketiga2 ubat tu beserta dengan side effectnya sekali kalau dimakan bererusan. Jelas, keputusannya saya nak ambil ubat yang warna oren saja. Akhirnya Dr, suruh saya masuk wad untuk berehat dan dapatkan rawatan sewajarnya sehingga BP kembali kepada normal.
Inilah perkara yang paling saya nak elak. masuk wad, duduk dalam wad dihospital, bersama dengan orang sakit, padahal saya sihat walafiat. Betul ke saya sihat??
Setelah berdolak dalik dengan DR, akhirnya saya diberikan ubat untuk menurunkan BP serta merta dan terpaksa berehat 1 jam, jika masih tidak turun
" Kena masuk wad juga, ini berkaitan dengan nyawa" Kata Dr., tegas. Saya akur.
Alhamdulillah setelah makan ubat dan berehat selama 45 minit BP saya turun sikit kepada 165/85. Setelah merayu pada Dr, saya dibenarkan pulang dan terpaksa ke hospital tiap2 hari selama seminggu.
Alhamdulillah, saya dapat balik kerumah, tak payah duduk wad.
Tengahari tadi saya ke hospital lagi. tapi bacaan hari ni menakutkan. bacaan pertama 172/98 rehat 15 minit bacaan kedua 184/97
Sebenarnya saya lebih stress duduk dihospital dari duduk dirumah atau di kelas.
Jumpa Lagi
Wassalam.
Salam, Ramai orang kata duduk di hospital lagi sakit, baik duduk umah. tapi mungkin orang lelaki lebih suka duduk wad, boleh tengok misi lawo lawo.. apa pun rehat secukupnya.. jangan fikir benda yang tak suka di fikir..harap bp ok lepas makan ubat baru tu..
ReplyDeletesalam..
ReplyDeletefree je tu kan..
cer kena beli
sebulan mahu beratus
ubat jenis tu..
bahayanya..... tapi mmg betul, kat sepital lagi stress. kat umah biarpun sakit tapi tak sestress kat sepital
ReplyDeletetake care
tinggi juga tu kak.... takpelah duduk hospital klu itu dpt menurunkan bp....
ReplyDeletekalau nak turunkan cepat blender daun saderi ngan akar sekali , minum air tu.masa blender jangan tambah air ye. memang mujarab.cuba ye Insyaallah, blend dalam secekak daun saderi ye.
ReplyDeletekalau makan ubat rutin, pastikan kena minum air suam yang banyak. harap cepat sembuh ye.
cubalah petua yg cik ina beri tu..
ReplyDeletememang saya pun stuju sangat, duduk kat hospital lagi stress jadinya
moga BP kembali normal
akak kena makan ubat ye...tak sempat jugak nak melawat akak...saya pun sibuk ngan anak kecik,jarang dapat ke Lipis kecuali ada hal..maaf kak ye...
ReplyDeleteAda org kata kalau ubat sepital nie sekadar menahan sakit aje bukan menyembuh... moralnya mencegah itu lebih baik drp mengubati.
ReplyDeleteubat kalor oren tu tentu sedap... ras air oren.
ReplyDeleteAssalamu'alaikum
ReplyDeletePernah cuba minum jus celery dengan epal hijau tak? kak pernah cuba bila tinggi sangat bacaannya.. caranya 1/2 batang celery + 1/2 biji epal hijau + satu gelas air, blend kesemuanya (guna blender biasa bukan juicer)dan minum sebelum sarapan pagi.. cuba dalam seminggu, bila da ok kurangkanlah.. kita berikhtiar insyaAllah membantu
Assalamualaikum, semua kawan2 yang sudi komen disini dan doakan kesihatan saya, saya ucapkan terima kasih. Ada masa nanti saya jawab satu persatu, kalau tak cukup masa saya jawab satu saja.
ReplyDeletesemuga cepat sembuh dan banyakkan berehat ya!
ReplyDeleteSalam, CM balas komen di sini. Emak dan abah mertua CM tinggal di flat sungai kerpan. Abah dulu kerja keretapi, dah pencen beli rumah kat situ..agak-agak kat mana Lipis lady nampak abah ya..
ReplyDeleteKakcik ni sesekali suka juga duduk di wad - berehat dari memikirkan macam2 hal. Tapi bila balik ke rumah, boleh dapat sakit tengok pakaian bertimbun tidak berlipat!
ReplyDeleteJaga kesihatan - stres yang positif kadang-kadang perlu untuk motivasi diri
ReplyDeleteAssalamualaikum Lipis Lady,
ReplyDeleteMudah2an cepat sihat. Berehatlah yer.