Assalamualaikum,
Musim kenduri kawin ni
mewah sungguh kita dengan makanan,
Ada orang mendapat sampai empat
undangan dalam satu hari.
Dalam pada kita bermewah-mewah dengan
hidangan yang disediakan oleh tuan rumah ada
juga yang terlupa adab makan
ditempat ramai, terutamanya ditempat yang
menyediakan hidangan secara buffet.
Fenomena ini sering kita lihat terjadi dimana-mana
tempat kenduri, tapi kita hanya mendiamkan diri
memandangkan kita tidak ada hak untuk menegur.
Fenomenanya ialah ada sesetengah tetamu yang suka
sangat mengambil makanan berlebihan,
terlalu banyak sehinggakan penuh sepinggan.
kalau habis dimakannya tak apa juga,
tapi kadang-kadang tu
hanya separuh sahaja dari makanan yang
diambilnya itu habis dimakan,
selebihnya ditinggalkan sebagai sisa.
Bukankah itu membazir namanya,
juga merugikan tuan rumah.
makanan itu dihidangkan bukan untuk
dua puluh atau tiga puluh orang,
tapi untuk beratus orang, malah beribu orang.
Kadang-kadang bila melihat terlalu banyak makanan
yang dihidangkan, orang menjadi tamak
terus diambilnya mengikut kehendak selera
tanpa menghiraukan banyak mana
keperluannya yang sebenar.
Maka terjadilah perkara yang sangat menyayat
makanan tak cukup padahal
order atau masak dah dilebihkan
untuk keadaan kecemasan.
Tapi kejadian seperti ini masih boleh dibendung,
asalkan pihak yang menyediakan
makanan boleh menyediakan tukang kaut lauk.
Tapi ada juga tetamu yang mintak senduk
nak kaut lauk sendiri, supaya dia boleh kaut sesuka hati.
Sekian Wassalam
makan free , itu sebab ambik makanan tak kirakan orang lain. kata orang makan yg paling sedap adalah makan free.
ReplyDeletekat sini mmg kebanyakan ada tukang sukat lauk lah ... tapi ada juga yg cedok sendiri.... tapi mmg mcm tu kebanyakkannya...
ReplyDeletesalam...perkara yg perlu diubah apabila tukang masak menganggap menolong memasak bukan satu ibadah tetapi nakkan pulangan sama ada lauk atau sebagainyer...
ReplyDeletesalam ziarah dan salam kenal,
ReplyDeletemakan free, gitule jadinya....
kak,saya pun tak berapa setuju orang kaut sendiri lauk dan nasi,memang dikautnya banyak-banyak..kalau budak pun kadang-kadang hidangan macam hidangan orang dewasa..kalau habis takpelah juga...
ReplyDeleteSallam endiem,
ReplyDeleteMakan juga satu ibadah
kalau dah berlebihan sangat,
boleh jadi makruh,
apa lagi kalau membazir.
Sallam munna,
ReplyDeleteAda juga yang tak puas hati orang lain
cedukkan, takut dapat lauk saiz kecik..hehe
Sallam Cikgu Jang,
ReplyDeleteZaman dulu memasak ramai-ramai tu secara gotong royong, tukang masak bukan saja tak bawak balik makanan, bahkan bawak buah tangan ada lagi, kelapa ke, beras, gula, minyak, dan sebagainya, ringan beban tuan rumah.
Sallam Tiraihati,
ReplyDeleteSelamat berkenalan,
Terima kasih sudi jengah lipislady,
dan sudi pula tinggal komen.
Sallam ummiarissa,
ReplyDeleteItulah kelakuan orang2 kita ni yang sangat sukar nak dikikis, semua asik fikir tentang diri sendiri aja.
salam LL, makan kenduri memang sedap. betul la memang kena ada tukang sendukkan makanan supaya tak terjadi pembaziran. orang yang ambik makanan sampai tak muat pinggan tu bukan apa sebab dia ingat sedap sangat so ambik banyak2 nanti malu nak tambah. kalau abis tak pe kalau buang tu yang geram jer nengok.
ReplyDeleteMakan alas kadar aje jangan ikut rasa mmg binasa sebab bender free deme buat gitu kalau kat restoran deme tak brani gitu hehehe :)
ReplyDeleteMentaliti Malaysian, termasuk org Melayu...tamak!
ReplyDeleteLast last membazir, makan tak habis
Betullah Kak. Tengok macam2 menu, rasa macam tamak. Tapi bila dah makan setengah pinggan, tak leh habis.
ReplyDeleteSian tuan rumah, lebih kesian pada rezeki tu, kan?
W,sallam GL.
ReplyDeleteKalau saya lebih suka bertambah,
nampak macam makanan tu sedap,
tapi kalau tak abis malu,
orang tetap kata tamak, walaupun
relitinya makanan tak sedap.hehe
Sallam En Yassin,
ReplyDeleteKalau kat restoren keh selalu order
air suam aja, bukan tak minum air
manis, tapi takut bayo lebih..hehe
Sallam daddy Ziyyad,
ReplyDeleteTak dapat nak elak dah,
kena baiki sikap tu dari kecil lagi,
mak ayah perlu mengajarnya dari
kecil.
Sallam Azieazah,
ReplyDeleteItu namanya nafsu,
perlu bendung nafsu nih,
kalau tak dia merosakkan kita.
namanya rambang mata..
ReplyDeleteseeloknya biar ada orang
yang isikan lauk pauk tu
jadi mereka2 yg pelahap ni
takleh nk ambik byk2..hehe