Tuesday, 7 June 2011

Selamat Pengantin Baru Huda dan Farhan

Assalamualaikum,

Alhamdulillah,
hari ini blogger dah boleh upload gambar.
Ahad kelmarin pergi majlis kenduri
kawin Huda dengan suami dia Salleh,
sekali dengan majlis menyambut menantu
Ustaz Farhan dan isteri, nama isteri dia dah lupa,
Ustaz Farhan ni abang kepada Huda,
anak teman rapat.
Sepatutnya tiga pasangan yang diraikan
pada hari, tapi Rozaimi abang Huda
tak dapat balik kerana mertua
juga buat kenduri kawin.

Alhamdulillah,
majlis berjalan lancar seperti di ancangkan.
Dalam pada orang snap sana snap sini
Saya pun tak ketinggalan nak ambil gambar juga.



Ini diantara gambar yang sempat saya ambil,
Huda dan Suami, sewaktu sampai diperkarangan Dewan Jubli
Ini diantara gambar yang sempat saya ambil,
Huda dan Suami,
sewaktu sampai diperkarangan Dewan Jubli Perak
Sultan Haji Ahmad Shah, Lipis.


Ini Ustaz Farhan dan Isteri.
Sama cantik sama padan deme nih.

Majlis ni tak ada pelamin persandingan,
cuma ada meja makan pengantin,
Huda dan Suami tengah menikmati hidangan.


Sebelah pula ialah Ustaz Farhan dan isteri,
Amboi ustaz, makan tak hirau langsung orang sebelah.



Apa plak yang saya buat dok menyibuk kat sini.
Tengah kaut lauk, hari tu saya jadi orang dapur.
Bukan jemputan, kawan baik kena ambil hati dia,
masak dah upah katering, dapat tolong
kaut lauk pun kira tolong
jugalah tu.

Alhamdulillah,
lauk pauk, nasi semua cukup,
sedang-sedang aja,
tak ada yang balik tak makan.

Sekian,
Wasalam.

11 comments:

  1. Selamat Pengantin Baru...semoga berkekalan hingga akhir hayat..

    ReplyDelete
  2. kira jadi penanggah la ni yer! rajin LL

    ReplyDelete
  3. hehehe ustaz lapo sgt. lupa org seblah. hihih

    ReplyDelete
  4. rajin akak tolong kaut lauk, msti dpt berkat lebih tuuuu, hehehe

    ReplyDelete
  5. Kerap juga ye orang buat majlis kawin kat Dewan Jubli Perak kat Lipis ni ye...tak mahal ke sewanya...dulu adik Siti pun buat kat situ jugakan.

    ReplyDelete
  6. salam kak,

    ati ni baru kebah dari demam
    selepas balik dari lipis malam ahad

    hari jumaat petang ada ati dtg
    tapi PUSAT KOMPUTER BMC tu dah tutup
    pusing2 hanya itu saje kedai komputer
    kat situ ..
    disebabkan tak ada no hp akak
    kami pun balik ler

    di kampung tak ada line tenet kak
    bila balik baru ati nampak
    akak ada bagi no hp

    takpelah takada rezeki
    insyaAllah raya nanti kami balik lg
    kalau ada masa kita jumpa lah :)

    ReplyDelete
  7. salam..
    tahniah pada pengantin2 tu
    ermmm..majlis kenduri kendara
    merata la musim cuti sekolah
    ni yak..?

    ReplyDelete
  8. waduh mengimbau kenanganla pulak..heee..apa2pun selamat pengantin barula ye kepada pengantin...moga berbahgia ke anak cucu...

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum,

    Kepada semua kawan2 yang sudi tinggal komen
    saya ucapkan terima kasih, maaf bebanyak, tak dapat saya nak jawab satu persatu disebabkan
    kelambatan internet saya ni dah semakin meruncing.
    InsyaAllah ada kesempatan saya jawab semua.

    ReplyDelete
  10. selamat pengantin baru kepada mempelai!

    ReplyDelete