Monday, 13 June 2011

Manafaatkan Musibah Dan kesusahan Yang Menimpa

Assalamualaikum,

Semua orang tak suka musibah dan kesusahan
Semua orang sedaya upaya akan
mengelakkan
diri meraka dari ditimpa musibah
dan kecelakaan.

Tapi musibah dan kecelakaan datang
tanpa diundang dan tanpa diduga.
Apabila ditimpa musibah
kita juga sering menyalahkan
pihak ketiga, atau sesiapa saja
yang terlibat dengan musibah itu.

Lebih parah lagi jika
turut menyalahkan diri sendiri,
menyesali diri mengapa awal-awal lagi
kita tidak mengelakkan diri
dari musibah dan kecelakaan itu.

Mulalah dihati berkarang-karang,
susahlah aku kalau macam ini,
apa akan jadi selepas ini,
maka kita pun bersedih tidah henti-henti,
sehingga ada yang menjejaskan kesihatan serta
prestasi diri.





Sebenarnya itu bukan cara yang betul untuk
kita menghadapi dan menangani
musibah dan kecelakaan yang betul.

Seperti apa yang terjadi kepada saya sendiri,
sehingga hari ini, sudah masuk 6 bulan
saya tidak berkereta.
Pada mula kereta saya masuk bengkel
saya membayangkan betapa susahnya saya
nak bergerak kemana-mana,
tanpa kenderaan.

Saya juga menyesal mengapa lambat sangat
saya sedar yang kereta saya ada bermasaalah,
sehingga apabila dihantar kebengkel,
masaalahnya jadi bertimpa-timpa,
dari satu menjadi dua,
dari dua menjadi tiga.

Kini setelah setiap hari berulang alik
ketempat kerja dengan berjalan kaki,
baru saya terfikir betapa bermanafaatnya
diatas kerosakan kereta saya.

Diantara menafaatnya,
setiap pagi saya tidak perlu berjogging
untuk mengeluarkan peluh,
cukup sekadar berulang ketempat kerja,
Setiap pagi juga saya terpaksa
panjat dan turun tangga jejantas
yang mana telah menguatkan lutut saya
yang dulu ada sedikit bengkak
dan terasa tidak selesa apabila turun
dan naik tangga.

Di perjalanan pula saya sering
terjumpa rakan-rakan lama sewaktu
bersekolah dan sewaktu bekerja dulu,
dan telah membuka peluang
perniagaan kepada saya.

Dan yang paling penting saya dapat
menjimatkan kos minyak
yang sentiasa naik harganya,
untuk saya menafaatkan kepada
perkara lain yang lebih mustahak.

Walau bagaimana pun ini
tidak bermakna saya akan terus
tidak berkereta,
InsyaAllah saya akan berkereta semula
bila semua masaalahnya selesai.

Sekian Wassalam.

20 comments:

  1. Allah kabo, di sebalik kesusahan ada kesenangan - sabo je le

    ReplyDelete
  2. Assalam LL..betapa banyaknya hikmat disebalik musibah kan..

    ReplyDelete
  3. Sallam cemomoi,

    Cuma kita je yang taknampak semua tu...

    ReplyDelete
  4. W,Sallam Kak Erna,

    Sebab itu Allah datangkan musibah,
    supaya kita nampak hikmahnya..

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum LIPISLADY..

    setiap yg berlaku itu biasanya mengandungi hikmah yee..

    Allah memberi kita ujian utk menguji kesabaran kita..moga akhirnya kita berjaya dan terus kuat untuk melangkah..

    ReplyDelete
  6. Setiak ape yang berlaku ande hikmah disebaliknye.

    ReplyDelete
  7. assalam..

    sabar kita itu psti berbaloi..

    ReplyDelete
  8. SALAM,
    SAMADA DALAM KEADAAN SUSAH ATAU SENANG, KITA TETAP BERSYUKUR KPD ALLAH. SEPERTIMANA KATA PUAN, ADA HIKMAH DI SEBALIKNYA.

    ReplyDelete
  9. Walaikumsalam Sal,

    Ye Sal, itulah sebabnya Allah datangkan ujian kepada kita.

    ReplyDelete
  10. Sallam Nizam,

    Betul tu Nizam..

    ReplyDelete
  11. W,sallam Maiyah,

    Yang pastinya sabar itu separuh dari iman.

    ReplyDelete
  12. W,sallam LF,

    Iya, bersyukur walaupun yang datang
    itu adalah musibah semata-mata.

    ReplyDelete
  13. betapa Allah menyayangi kita!

    ReplyDelete
  14. The moral of the story, setiap yang berlaku ada hikmah yang tersembunyi. sabau ye.

    ReplyDelete
  15. Tahniah dan syabas! Kita yang boleh menerima sebarang kesukaran dan kesulitan dgn hati terbuka, itu adalah seorang pemenang!

    ReplyDelete
  16. salam kak,

    tulah setiap kejadian pasti
    ada hikmahnya

    jalan kaki saje..macam dekat je
    rumah dgn bandar lipis?

    ReplyDelete
  17. Salam, tenang-tenang saja...musibah sudah bertukar menjadi nikmat..

    ReplyDelete
  18. salam kak..
    memang kita manusia ni bila dah terjadi sesuatu baru nak tersedar..tsk!

    ReplyDelete
  19. disebalik musibah ada kebaikannya..

    ReplyDelete
  20. betapa besarnya perancangan Allah yang kita tak tahu, kan..

    ReplyDelete