Showing posts with label Perangi Kencing Manis Dan Darah Tinggi. Show all posts
Showing posts with label Perangi Kencing Manis Dan Darah Tinggi. Show all posts

Sunday, 22 September 2019

Lapuran Cabaran Seleri Hingga Hari Ke Sepuluh

Assalamualaikum,

Selamat berhari Minggu sahabat-sahabat dan 
rakan-rakan Blogger Kak Mah semuanya.

Semuga hari ini semuanya dikurniakan Allah
kesihatan yang baik, mood yang tenang
dan rezki yang halal dan berkat

Walau apa pun yang kita lakukan pada hari ini, 
Bawak anak-anak jalan-jalan melancung ke,
Makan-makan di kedai ke,
Atau stay dirumah aja
atau mencuba resipi baru ke
harap-harap sahabat semua dapat
menjaga makanan kita.

Makanan penting untuk menentukan kita sihat atau tidak.
Jangan jadi seperti Kak Mah
Dah terkena penyakit baru nak berjaga-jaga.
Masih belum terlambat sebenarnya, tapi prosesnya sukarlah sikit.


Dua perkara yang kita perlu buat setelah kita mendapat penyakit, dan kita sangat-sangat mengharapkan penyakit itu sembuh, kalau tidak seperti sedia kala sekurang-kurangnya ia tidak melarat sehingga ke tahap  yang boleh membahayakan diri kita sendiri. Dua perkara itu ialah berubat dan pantang. Kedua-duanya perlu selaras. Kalau kita makan ubat dan kita wajib pantang dari perkara yang menimbulkan penyakit tersebut. Kalau kita makan ubat sahaja dan tidak berpantang, sebaliknya kita makan dan buat juga perkara yang boleh menimbulkan penyakit tersebut, itu adalah perbuatan yang sia-sia. Begitu juga kalau kita pantang sahaja tetapi tidak mengubati penyakit yang telah berada dibadan kita, itu juga perbuatan yang sia-sia.

Cuba perhatikan carta pemereksaan gula darah dan tekanan darah kak mah yang diatas tu. Ini Analisa yang Kak Mah buat sendiri, kalau Doktor tengok dia mesti marah kerana semuanya ada turun naik.
Analisa ini Kak Mah buat selaras dengan Cabaran Seleri Yang Kak Mah jalankan. Kak Mah mula minum jus seleri yang di blender pada 12-9-19. Ini bermakna pada 13-9-19 itu Kak Mah dah minum seleri satu kali. Tapi waktu itu Kak Mah dah tidak ambil gula walau sedikit pun dan tidak makan mekanan manis selama 3 hari. Tapi Kak Mah tidur lewat, (lebih kutang pukul 11.30 malam,)  Malam sebelum Kak Mah pergi check itu, dan kak Mah puasa bermula pukul 6.00 petang hingga pukul 9.00 pagi, puasa selama 15 jam tidak makan dan minum kecuali minum air untuk makan ubat. Ubat yang doktor sarankan Kak Mah makan semua. Perhatikan carta:-

13-09-19   -  BP 156/126 - Tinggi sebab tak cukup tidur, banyak makan makanan bergaram, makan dikedai, Aji No Moto, perisa makanan
                   -   Gula Darah 6.4 - Sederhana - sebab 3 hari tak makan gula tak makan makanan manis,  kurang makan nasi. 

15-09-19   -   BP 172/86  -   Sangat tinggi, tapi bahagian bawah normal, ini kerana tidur lewat. Pukul 1.30 pagi baru tidur, walaupun dah kurangkan makan garam dan dah tukar kepada garam bukit yang dikatakan tidak mengandungi sodium yang tinggi Tapi tidur awal juga sangat penting untuk kesihatan.
                 -  Gula Darah 6.4  -  Sederhana, sebab masih tidak minum gula dan makanan manis. Masih minum seleri. Seleri dikatakan boleh menurunkan tahap gula darah dan menurunkan darah tinggi.

17-09-19   -     BP - 149/76 - Normal - Ni tidur awal, pukul 9.00 malam, tidak makan di kedai dah, kurang makan nasi, masak sayur dan ayam aja dirumah, kurang garam dan garam bukit. Makan ubat hospital macam biasa, jus seleri masih diteruskan.
                   -     Gula Darah   -   6.8   -  Naik sikit aja, ada minum teh 'O' sekali petang, lepas tu puasa dari pikil 7.00  petang hingga pukul 10 pagi, selama 13 jam.

19-09-19   -  BP - 122/81 - Normal _ Cabaran seleri genap seminggu, 7 hari, tidur awal pukul 9.00 malam bangun pukul 5.30 pagi, Tidur selama 8 setengah jam, baik untuk orang berumur 40 tahun keatas, tidak makan daging, kurangkan ayam dan ikan. Kurangkan nasi, cuma sekali sehari, sukatannya 3/4 cawan sahaja. 
                    -  Gula Darah -  8,1 - Tinggi /Teringin betul nak makan bubur kacang hijau dengan durian. Makan total 3 mangkuk hehe,,,yang lain berjalan macam biasa.  First time dalam cabaran ini gula jadi 8. Kesal betul.

21-09-19   -   BP 123/92  -  Normal, cuma bawah nampak tinggi sedikit, tak rehat selepas berjalan jauh untuk sampai ke farmasi tempat check, sampai terus check, agaknya lah.
                  -  Gula Darah - 7.2 - sederhana, minum air nescefea gula kabung, ketagih manis. yang lain-lain semua dah kawal, termasuk nasi.

Ada dua kali lagi untuk habiskan pusingan ketiga carta ini, harap-harap tak ada pusingan ke empat selepas jumpa doktor pada 25-09-19 ini. Tunggu keputusan pada 23 dan25-09-19 ini.       


Keseluruhannya, cabaran seleri ini Kak Mah rasa berjaya juga tetapi dengan kerjasama berpantang dan gaya hidup yang teratur. Tentang gaya hidup Kak Mah baru boleh menguasainya dalam 30%. Ada banyak lagi yang perlu di perbetulkan terutamanya jadual makan ubat yang dibekalkan doktor hospital, sukatan makanan yang dimakan, masa untuk ambik makanan, sarapan, makan tengahari dan makan malam, tidak teratur dan tidak tepat masa.berpantang dan banyak lagi. Kak Mah akan memperbaikinya dari semasa ke semasa.



Bagi Kak mah air seleri ni memang baik untuk kesihatan, terutamanya kesihatan dalaman, untuk Kak Mah ia boleh mengubati sembelit, menaikkan semangat, mencergaskan tubuh badan, tidak rasa lesu sepanjang hari. Ada juga orang tegur, Kak Mah nampak ceria dan sihat sekarang. Makan suppliment apa, sudah tentu kak Mah cakap saya minum jus seleri.

Untuk pengetahuan semua Kak Mah tak ambil suppliment walau apa bentuk pun dan kak mah tak makan ubat tahan sakit walaupun sebiji panadol. Alhamdulillah kalaupun ada keperluan kepada ubat tahan sakit tu tapi dapat kak Mah atasi dengan meditasi yang mendalam.

Alhamdulillah, syukur padamu ya Allah yang telah menunjukkan jalan yang selamat pada hamba Mu ini. Aamiin.

Semuga informasi yang tidak seberapa ini boleh menjadi iktibar kepada rakan-rakan semua yang ada masaalah macam Kak Mah kerana ini bukan ikutan, tetapi adalah pengalaman Kak Mah sendiri.

Semuga Jumpa Lagi

WASSALAM.

Sunday, 8 September 2019

Serangan Pertama

Assalamualaikum
Selamat berhari minggu rkan-rakan blogger semua.

Terima kasih dan kredi untuk tuan punya gambar.

Alhamdulillah hari ini rasa segar dan bertenaga sikit setelah sembuh dari serangan yang ke dua 
dua belas hari yang lalu. Tapi yang kak Mah nak cerita ini adalah serangan yang pertama yang terjadi dua puluh dua hari yang lalu.

Jangan tanya kak Mah serangan apa, sebab sampai ke hari ini pun kak Mah masih belum tahu serangan apakah itu. Yang kak Mah tahu hanyalah rasa sakit dan kak Mah terpaksa berbaring selama sepuluh hari sebelum ianya kembali normal.

Cuma gambar diatas boleh menceritakan sedikit tentang lokasi dimana rasa kesakitan itu bermula dan kekal selam sepuluh hari, sama ada terus sembuh atau serangan seterusnya akan terjadi pada hari kesepuluh.

Ok, ceritanya yang sebenar.
Pagi itu, Isnin 19 Ogos 19 Kak Mah  ada temujanji untuk ambil darah di OPD hospital, berbetulan juga ada pulak doktor lain bagi slip untuk check Gula dalam darah dan tekanan darah. Memandangkan semuanya dah kebetulan, Kak Mah ambil keputusan untuk buat semuanya dihospital sajalah.

Awal pagi Kak Mah bangun. masuk bilik air. Selesai segalanya, sewaktu bangun dari tandas Kak Mah rasa macam ada benda yang meletup di bahagian pinggang kak Mah dan serta merta kak Mah rasa kesakitan yang teramat sangat dan seluruh tubuh bahagian badan kejang dan keras. Kak mah tergapai gapai, tak tau nak capai apa, mujurlah ada tong air yang penuh berhampiran terus kak Mah capai untuk berpaut kerana masa itu kak Mah rasa dah terlalu sakit dan macam sesak nafas dan nak pitam.

Dalam keadaan yang gawat begitu Kak Mah kuatkan semangat melawan kesakitan dan kekejangan untuk terus berdiri dan melangkah keluar dari bilik air. Alhamdulillah Allah beri ruang untuk kak Mah melangkah walaupun dalam keadaan yang terbongkok kerana pinggang kek Mah tak boleh di luruskan sebab sakit dan kejang.

Sebenarnya kak Mah  tak tau apa yang terjadi pada kak Mah, cuma yang kak Mah sedar hanyalah setiap pergerakan walaupun sedikit adalah kesakitan. Perlahan-lahan dalam kesakitan Kak Mah bawak diri ke luar dari bilik air menuju tempat kak mah selalu lepak disudut ruang tamu, rebahkan diri sambil berbaring.

Hampir setengah jam baru Kak Mah dapat mengawal keadaan. Waktu itu tidak ada seorang pun yang ada untuk kak Mah minta tolong, Bila kekejangan telah reda dan pinggang kembali lembut kak Mah berangsur bersiap-siap untuk ke hospitak. Walaupun berdiri bongkok dan setiap pergerakan adalah kesakitan, akhirnya sampai juga kak Mah ke hospital.

Siap pun ambil darah, buat pemereksaan seperti yang didalam slip yang diberi doktor. Sebagai tambahan hari itu kak Mah terpaksa berjumpa doktor untuk buat pemereksaan apa yang terjadi pada pinggang Kak Mah. 

Urat berselisih, kata doktor dan kak mah diberi ubat tahan sakit dan upat sapu. Kalau berurut baiklah tu nanti kata doktor.

Tapi sampai hari ini pun Kak Mah masih takut untuk pergi berurut, dan genap sepuluh hari serangan kedua pula terjadi. Hari ini genap dua puluh dua hari selepas serangan pertama dan dua belas hari selepas seranngan kedua.

Alhamdulillah tidak ada serangan ketiga selepas sepuluh hari serangan kedua.

Semuga jumpa lagi untuk cerita serangan kedua pula, sallam sejahtera semua.

Aamiin, 
Wassalam






Monday, 20 August 2018

Durian dan Rambutan

Assalamualaikum,

Sallam sejahtera dan selamat pagi, rakan-rakan blogger, pengunjung blog Kak Mah yang setia.
Alhamdulillah, bersua kembali kita di arena Blo Lipislady ini. Alhamdulillah Kak Mah pun dah rasa segar sikit pagi ini.

Oh yer, sahabat-sahabat semua, Kak Mah sebenarnya baru saja sembuh dari demam dan batuk. Lebih dua minggu Kak Mah mengalami demam, walaupun tak berapa teruk tapi berpanjangan dan boleh dikatakan menganggu jugalah aktiviti harian Kak Mah.

Bukan demam yang Kak Mah nak ceritakan disini, sebab demam Kak Mah pun dah sembuh sepenuhnya, batuk pun dah sembuh, cuma yang tinggalnya penyakit biasa Kak Mah sajalah yang merisaukan Kak Mah ni. Kerana penyakit ini Kak Mah terpaksa dikejarkan ke hospital waktu maghrib dan merasa jugalah Kak Mah berehat di bilik kecemasan beberapa jam sebelum di benarkan oleh doktor pulang kerumah lewat tengah malam itu.

Penyakitnya tak lain tak bukan ialah penyakit darah tinggi dan kencing manis. Penyakit ini memang popular sangat dikalangan kita sekarang ini tak kira peringkat umur, jantina dan status kehidupan. Bila Kak Mah berada di hospital untuk rawatan, kebanyakan pesakit yang datang mendapatkan rawatan adalah pesakit darah tinggi dan kencing manis.

Kadang-kadang timbul juga pertanyaan di hati Kak Mah, apakah yang menyebabkan penyakit kencing manis dan darah tinggi ini begitu menular. Orang muda seawal usia tiga puluhan pun dah mula menghidap kencing manis dan darah tinggi. Apakah gula penyebab kencing manis, tapi suatu waktu dulu seingat Kak Mah mak mak sedara, bapak sedara Kak Mah memang hantu gula, hantu nasi. Mereka minum kopi 'O' atau teh 'O' hamapir 5 atau 6 kali sehari. Tapi tak ada pun menghidap kencing manis. Mereka makan nasi pun 4 kali sehari. Setip kali makan nasi minumannya adalah kopi 'O' atau teh 'O'. Tapi itu sajalah makanan mereka, padi yang ditanam sendiri, diproses sendiri, lauk ikan sungai yang sentiasa fresh, sayur yang di petik dari kebun sendiri atau pucuk paku yang di petik sendiri ditepi sungai, atau pucuk kangkung yang di petik sendiri ditepi kolan. Atau sayur nangka, nenas, pucuk ubi yang di tanam sendiri di sekeliling rumah. Telur ayam atau itik yang di pelihara sendiri, daging ayam dan itik yang di pelihara sendiri yang lepas bebas disekitar rumah sendiri, makanannnya adalah padi, atau hampas sekam yang di proses sendiri. Kak Mah pasti inilah yang menjadikan mereka sihat, tanpa sebarang penyakit dan panjang umur.

Berbalik kepada demam Kak Mah tadi, Kak Mah sebenarnya mendapat rasa punca yang menyebab kan Kak Mah demam dan batuk mendadak. Dan setelah Kak Mah membuat sedikit penyelidikan, Kak Mah yakin cara pemakananlah yang banyak mempengaruhi kesihatan kita. Flash Back semula, terlanjur waktu itu musim durian, rambutan, manggis, dan Kak Mah memang dibesarkan dalam suasana buah-buahan jadi semua itu mengundang selera untuk menikmatinya. Biasa Kak Mah kalau makan durian Kak Mah hadkan cuma 3 ulas sahaja, tapi kalau masih belum puas Kak Mah akan tambah lagi seulas menjadikannya 4 ulas. Tapi kalau Kak Mah makan durian, Kak Mah makan durian saja, tidak akan menjamah buah-buahan yang lain sehingga esok harinya.

Tapi malam Kak Mah mula demam, Kak Mah munkin tersilap makan, sebab malam tu Kak Mah buat santan durian mentah untuk menjadi lauk nasi, kerana tidak ramai yang suka makan santan durian dengan nasi semua yang lebih itu Kak Mah habiskan. Owwahh.. Disamping Santan durian Kak Mah ada juga lauk ikan masin dan sambal. Berpeluhlah juga Kak Mah menghabiskannya dan kebiasaannya kak Mah tak pernah makan nasi lebih secawan, malam tu Kak Mah makan bertambah.
Selesai makan nasi kami hadap pula buah rambutan manggis dan sebagainya. Pagi esoknya Kak Mah sakit tekak yang teramat sangat. Dan bermulalah episod sakit tekak, demam dan batuk juga bermulalah episoh kunjungan ke klinik 1M, hospital, klinik dan farmasi.

Alhamdulillah setelah sepuluh hari, hari ini Kak Mah dah kembali sihat.

Kesimpulannya, You Are What You Eat itu adalah benar.

Nasihat Kak Mah berhati hatilah musim buah ni, kalau nak makan buah jangan dicampur-campur, makan satu satu dalam satu masa, kerana itu boleh mengundang ketidakselesaan perut dan tubuh, silap-silap dapat sakit. Lebih lebih lagi kepada orang-orang yang menghidap penyakit macam Kak Mah ni, dan terpaksa bergantung kepada ubat-ubatan yang dibekalkan oleh doktor.

Semuga Jumpa Lagi, Sallam Aidil Adha buat semua.

Wassalam,



Friday, 2 February 2018

Diet Ketat

Assalamualaikum rakan blogger, rakan maya kak Mah, Apa khabar semuanya, semuga anda semua berada didalam sejahtera selalu adanya. Alhamdulillah.

Kak Mah sebenarnya sedang menyemak entry entry kak Mah yang lalu, tetiba terbaca entry dua tiga hari lepas. Dalam entry tersebut kak mah ada menyatakan yang kak mah sedang mengamalkan diet yang sangat ketat.

Apakah diet ketat yang kak mah perkatakan itu dan apakah khasiatnya. Dalam entry-entry yang terdahulu kak mah ada menyatakan yang kak mah ni penghidap hipetitis type 2 dan darah tinggi yang agak teruk juga, disamping itu juga kak mah ada sis, semuanya kak mah dah nyatakan dalan entry yang lalu.

Tujuan diet ketat yang kak mah amalkan ini adalah semata-mata untuk menurunkan tahap glukos dalam darah ke tahap normal disamping menurunkan tekanan darah juga.

Ternyata kedua penyakit ini ada kaitannya dengan makanan yang kita ambil heri-hari. Kak Mah bukanlah pandai sangan tentang bab makanan ni, tapi akibat terlalu lama berjumpa doktor dan setiap kali berjumpa doktor, mereka akan bagi beberapa tips untuk menurunkan glukos dalam darah dan menurunkan darah tinggi, kak mah ambil kesimpulan dan cuba berdiet dengan sempurna, alhamdulillah usaha kak mah tidak mengecewakan.


Kak Mah memang tak pandai dan tak tahu menahu langsung membaca keputusan diatas ini, tapi menurut doktor yang merawat kak mah tempuh hari, keputusan ini adalah terbaik sepanjang beberapa tahun kak mah menghidap kencing manis. Alhamdulillah, memang beberapa minggu sebelum pergi berjumpa doktor kak mah mengamalkan diet ketat tersebut.

Macam mana kak mah mengamalkannya. Sepanjang dua minggu Kak Mah kurang makan nasi, Kurang makan mkanan yang mengandungi karbohidrat. Iya karboidrat memang pemacu kepada tingginya glukose dalam darah. Sebarang makanan yang mengandungi karbohidrat kak mah kurangkan malah kadang-kadang seharian kak mah tak makan makanan yang mengandungi karbohidrat.

Apa yang kakmah makan kalau tak boleh makan nasi, iya kak mah cuma makan , dua biji telur untuk sarapan, lauk dan sayur untuk makan tengahari, kekacang untuk minum petang, lauk dan sayur untuk makan malam. Itu saja.


Ini sarapan pagi kak mah.

Sesuatu yang kita perlu tahu tentang karbohidrat, ia terdapat didalam nasi, gandum, barli, gula, ubi-ubi seperti ubi kentang, ubi kayu, ubi keledek, ubi keladi, jagung dan sesetengah buah buahan tempatan seperti durian, rambutan, betik dan banyak lagi, cuma kuantiti nya saja yang berbeza. Karbo juga terdapat didalam sayur-sayuran tempatan. 

Ada yang berkata, dia didalam diet, tidak makan nasi kerana mahu menguruskan badan, tapi dia makan roti. Ini silap sebenarnya, menurut kajian yang pernah kak mah baca, karbohidrat didalam tepung lebih cepat mengemukkan dari karbohidrat didalam nasi. Jadi dari situlah kak mah ambil keputusan untuk tidak makan nasi dan makanan yang diperbuat dari tepung, kerana didalam telur yang kak mah makan pun sudah mengandungi karbohidrat yang diperlukan oleh tubuh kak mah.

Setakat ini kak mah masih belum berjaya seratus peratus mengamalkan diet ini semata-mata kerana nasi adalah makanan ruji kita orang melayu, kak mah rasa sangat tidak sempurna jika sehari kak mah tak makan nasi, cuma sekarang ini jumlahnya telah kakmah kurangkan kepada separuh dari yang biasa kak mah makan.

Kak mah rasa setakat inilah dulu perkongsian kak mah, nanti ada perkembangan yang baru kak mah kongsikan semula.

Semuga berjumpa dilain kali, sallam sejahtera buat teman-teman kak mah yang di kasihi.

Jumpa Lagi

Wassalam.

Thursday, 27 October 2016

Salad Buah-Buahan

Assalamualaikum,

Akhirnya berjaya juga Kak Mah mencipta resipi sihat untuk makan tengahari Kak Mah hari ini. Berpandukan petunjuk-petunjuk dari doktoryang merawat Kak Mah, Walaupun perut kampung Kak Mah ni masih terasa laparkan nasi setelah menghabiskan sepiring makanan ini yang Kak Mah namakan Salad Buah-Buahan, tapi Kak Mah terpaksa akur dan jujur dengan diet ketat yang Kak Mah rancang sendiri demi hasilnya selepas sebulan nanti, inn shaa Allah. Satu keistimewaan salad ini, rasanya yang sangat manis dan lemak. Hari-hari makan pun boleh.


Kalau nak cuba buat boleh ikut resipi Kak Mah ni, salad ni bukan sahaja sedap tapi  Kak Mah cipta khas untuk mengawal darah tinggi, kencing manis dan kolestrol. Atas nashat doktor yang menyarankan supaya Kak Mah kurangkan makan nasi dan makanan yang di olah dari tepung gandum.

Bahan-bahan yang diperlukan untuk makan seorang

1/3 tandan jagung, rebus tanpa garam atau gula, relaikan dengan pisau
setengah ekor ikan dibakar ambil isi nya sahaja aatau 1 sudu ikan bilis goreng
setengah biji epal potong dadu
1 inci timun, buang empulurnya dan potong dadu
1/4 biji buah delima 
(1 tangkai daun sup, satu tangkai daun ketumbar, satu tangkai daun selom
5 helai daun pegaga potong halus )
sedikit bawang besat potong halus
sedikit halia potong halus kalau suka,
Satukan bahan dalam mangkuk

Bahan untuk perasanya

 2 sudu makan minyak zaitun
1 sudu makan madu
1 sudu makan perahan lemon
1 sudu makan parutan kulit lemon
secubit garam
Kacau bahan hingga bercampur dan
masukkan kedalam mangkuk yang berisi bahan salad
Gaul rata, dan siap untuk dinikmati.

Selamat mencuba.

Jumpa Lagi
Wassalam


Wednesday, 9 December 2015

Daun Kemangi Penawar Kencing Manis.

Assalamualaikum,

Rakan2 blogger, pengunjung2 Kakmah yang di kasihi,
Alhamdulillah kakmah kembali bersiaran dipetang yang
permai ini dengan tajuk Daun Kemangi Penawar Kencing Manis.


Minggu lepas kakmah ada terbaca satu artikel yang mengatakan
daun kemangi ini berfungsi untuk mengawal glukose dalam darah
kerana daun ini mengandungi insulin semulajadi.

Jadi kakmah google2 terjumpalah beberapa blog dan website
khusus mengenai khasiat daun kemangi ini untuk merawat dan
mengawal kencing manis.

Ini kakmah copy paste diantara artikel yang berkaitan
dari website ini :

Silalah ke laman ini kalau nak baca lebih lanjut.

Sekilas tentang Kemangi

Kemangi (Ocimum sanctum) merupakan tanaman obat diabetes alami yang berasal dari India yang termasuk ke dalam herbal Ayurvedic. Namun kemudian tanaman ini menyebar ke seluruh dunia dan mulai populer digunakan sebagai obat kencing manis alami. Hampir seluruh bagian dari tanaman ini dapat digunakan sebagai obat, yaitu daun, batang, biji dan minyaknya.
Meski mulai populer digunakan sebagai obat alami diabetes melitus, kemangi tetap lebih sering digunakan sebagai sayuran pelengkap. Selain itu, ia juga biasanya lebih populer sebagai campuran jamu tradisional. Pemanfaatan lainnya juga termasuk untuk mengurangi bau mulut dan bau badan.

Kemangi Dapat Mencegah Komplikasi Kardiovaskular

Pemanfaatan kemangi untuk mengobati diabetes secara alami sebenarnya dapat memberikan beberapa khasiat. Khasiat tersebut meliputi meningkatkan sekresi insulin, menurunkan gula darah dan mencegah komplikasi, khususnya komplikasi diabetes yang berhubungan dengan penyakit kardiovaskular.
Seperti diketahui, penderita diabetes akan lebih rentan mengalami komplikasi kardiovaskular, seperti penyakit jantung, akibat gula darahnya yang fluktuatif. Dalam hal ini, ketika gula darah mengalami lonjakan, maka pembuluh darah akan sangat rentan mengalami penyumbatan yang kemudian meningkatkan tekanan darah. Tekanan darah yang meningkat tersebut dapat membuat penderita semakin berpotensi untuk mengalami stroke dan serangan jantung. Sementara itu, penyumbatan pembuluh darah akan semakin meningkatkan resiko kedua penyakit tersebut selain mempengaruhi organ vital lainnya.

Dengan mengetahui dampak negatif dari lonjakan gula darah yang dialami oleh penderita diabetes tersebut, maka khasiat kemangi dalam hal mencegah komplikasi kardiovaskular tentunya sangat sayang untuk dilewatkan. Meski demikian, khasiatnya tersebut hendaknya tidak disalahartikan dengan mengobati total penyakit gula darah yang diderita. Dalam hal ini, pengobatan diabetes secara alami dengan memanfaatkan kemangi hanya bertujuan untuk menurunkan gula darah penderita. Dengan begitu, resiko terkena komplikasi dapat dikurangi.

Kemangi Dapat Meningkatkan Sekresi Insulin

Penyembuhan diabetes secara alami dengan kemangi terbukti dapat meningkatkan sekresi insulin pada penderita diabetes tipe 2. Hal ini berdasarkan pada salah satu pernyataan seorang ahli, Laura Shane-Mcwhorter, dalam bukunya yang berjudul The American Diabetes Association: Guide to Herbs and Nutritional Supplements. Meski demikian, penelitian lebih lanjut masih perlu dilakukan guna memperkuat hasil penelitian Laura tersebut.
Semuga kita mendapat sedikit menafaat dari entry ini
Wassalam.

Wednesday, 19 August 2015

Bacaan Hari Ini

Assalamualaikum,

Rakan2 Blogger, dah beberapa hari Kakmah tak update blog ni.  Bz sikit. Hari ini Kakmah nak share bacaan BP Kakmah yang Kakmah ambil pukul 12.20 tadi. Alhamdulillah, bacaan begini
adalah normal, kata doktor yang merawat Kakmah.

Walaupun malam tadi Kakmah tidur lewat, pukul 03.00 pagi, walaupun kepala Kakmah sangat sakit dan pusing, tapi itu tidak menjejaskan tekanan darah Kakmah. Alhamdulillah.


Kakmah sekarang ini memang dalam diet untuk mengawal tekanan darah. Pertama yang Kakmah lakukan ialah mengurangkan makan makanan yang masin. Kakmah telah mengurangkan penggunaan garam didalam masakan Kakmah kepada separuh dari biasa. Untung Kakmah sebab makan cuma dua orang.Anak Kakmah ikut saja selera Kakmah, tak pernah pertikai pun. Apa yang Kakmah masak dan macam mana pun rasanya, itulah makanan dia.

Perkara kedua kakmah lakukan ialah memberhentikan terus penggunaan perisa makanan, dan kurang makan di kedai lagi untuk mengelakkan termakan masakan yang di tambah perisa makanan. Kakmah minum teh 'O' lemon 3 hingga 4 gelas sehari, Kurang manis untuk mengelakkan kencing manis meningkat. Kakmah juga makan timun setengah hingga sebiji sehari pagi dan malam. Tidur awal, pukul 10 malam atau lebih awal dan bangun pukul 4 atau 5 pagi.

Harapan Kakmah agar Kakmah dapat mengekakan bacaan begini dan kalau naik pun sedikit sahaja dan Kakmah lakukan ini dengan bantuan ubat yang diberikan oleh doktor.

Semuga apa yang Kakmah lakukan ini akan membuahkan kejayaan dan kakmah bebas dari kedua-dua penyakit yang merupakan pembunuh senyap di zman ini.

Jumpa lagi,
Wassalam.



Friday, 14 August 2015

Khasiat Buah Lemon

Assalamualaikum,

Sallam petang Jumaat buat rakan2 blogger, pengunjung setia dan pengunjung baru sampai kesini. Alhamdulillah jumpa lagi kita petang ini dengan topik perangi darah tinggi dan kencing manis.


Kakmah baru saja habis membaca blog dari seberang, semuanya tentang 
khasiat buah lemon.Kakmah memang sentiasa minum teh 'O' lemon, 
kadang-kadang minumlemon dengan madu. Dan khasiat yang kakmah 
tahu sebelum ini lemon ini boleh menurunkan paras gula untuk 
orang kencing manis dan boleh menurunkan tekanan darah tinggi. 
Lemon juga kaya dengan vitamin C yang baik untuk kulit.


Pagi tadi setelah bertungkus lumus menyediakan nasi lemak dan kuih muih untuk jualan, kakmah sempat check tekanan darah kakmah, ohh tingginya, 158/99, munkin sebab kakmah bangun awal pukul 4.00 pagi untuk menyiapkan barangan jualan agaknya. Orang berpenyakit darah tinggi ni tak boleh tidur lewat. Sebab itu kakmah selalu tidur pukul 10.00 malam atau lebih awal lagi. Tidur awal dan bangun awal pagi paling baik, tapi tau-tau ajalah kalau buat semua kerja diawal pagi, mestilah stress dibuatnya sebab serba serbi nak disiapkan masa itu juga. Nak keluar seawal pukul 6.30 pagi atau selewat-lewatnya pukul 7.00 pagi kalau lewat dari itu semua orang dah kenyang.

Bila BP Kakmah mencecah angka itu Kakmah memang risau, cara yang kakmah selalu lakukan ialah dengan segera minum jus lemon, Teh 'O' Lemon suam tambahkan sehelai atau dua helai daun pudina yang dah di renyukkan sedikit untuk mendapatkan aroma dan rasanya. Memang sedap minuman ini dan khasiatnya sangat ketara. Satu jam selepas itu Kakmah check kembali, inilah hasilnya seperti didalam gambar diatas, BP atau tekanan darah kembali kepada tahap normal. Kepada rakan2 blogger dan sesiapa saja yang ada penyakit darah tinggi atau kencing manis silalah cuba minum teh 'O' lemon ini, kerana jus lemon juga boleh menuteralkan gula dan teh.

Semuga kita sihat selalu.
Wassalam.


Thursday, 13 August 2015

Khasiat Lengkap Dalam Satu Pinggan

Assalamualaikum,

Rakan2 Blogger, penjungung tetap blog kakmah dan kepada yang baru 
sampai keblog kakmah ini, salam sejahtera dan salam petang khamis.

Kakmah percaya semua orang nak sihat, tak mau sakit, ahhh begitu
juga Kakmah. Kesihatan yang di berikan oleh Allah ini amat bernilai
harganya, tidak boleh dibeli dengan wang ringgit. Tapi kadang-kadang
kerana kerakusan kita sendiri dan kurangnya pengetahuan terhadap
penjagaan kesihatan sejak dari awal lagi menyebabkan kita mengalami
gangguan kesihatan yang berpanjangan, malah kebanyakannya sehingga
keakhir usia. Alangkah ruginya kalau ini terjadi kepada kita.


Iya, kakmah juga menghadapi situasi ini. Semakin lama kakmah rasa
kesihatan semakin merosot. Dalam pada itu kakmah tetap setia
mengambil ubat yang dibekalkan oleh doktor Kakmah dengan harapan 
Kakmah boleh kekal sihat setidak-tidaknya masih kuat untuk menjalani
ibadah harian.

Apakah ada kesan sampingan apabila memakan ubat secara berterusan ini. 
Sudah pastilah ada, sejumlah bahan kimia masuk kedalam badan kita
berterusan tanpa henti, tapi demi mengekang kemelaratan sakit yang lebih
merbahaya kita terpaksa merelakan apa jua kesan yang akan kita alami.

Kencing manis, Darah tinggi, kolestrol tinggi, inilah penyakit zaman moden,
kebanyakan penyebabnya adalah makanan yang kita ambil setiap hari,
kadang-kadang dalam kuantiti yang berlebihan, garam misalnya yang kaya
dengan sodium, kadang-kadang kita terlebih ambil tanpa kita sedari.
Sodium adalah penyebab utama kepada penyakit darah tinggi, sebab itulah
semasa kakmah mula mendapat darah tinggi doktor menasihatkan supaya
Kakmah kurangkan makan garam. Ohhh tidakkk..tanpa garam makanan
hilang lazatnya. Itu pendirian Kakmah.

Namun kakmah cuba juga mengambil makanan tanpa garam langsung,
cuba makan kanji nasi dengan ayam rebus dengan sayur tanpa garam
selama seminggu. Hasilnya memang memuaskan, darah tinggi kembali
normal, tapi selama mana Kakmah mampu makan seperti itu kerana setiap
kali makan kakmah rasa nak terjeluak. Akhirnya kakmah kembali kepada
tabiat lama sejak kecil lagi makan makanan yang terlebih masin. Dan akhirnya
penyakit darah tinggi kakmah menjadi kronik lalu akhirnya doktor
mengistiharkan kakmah kena makan ubat darah tinggi sehingga ke akhir hayat.

Begitu juga dengan penyakit kencing manis, musuh utamanya ialah 
sebarang makanan berwarna putih. Nasi putih, gula putih, tepung putih...
Semua ini adalah makanan ruji, mana munkin kita meninggalkannya.

Tapi sejak akhir-akhir ini kakmah selalu mendapatkan maklumat
tentang dua penyakit ini dan contoh-contoh orang yang berusaha bersungguh-
sungguh untuk memerangi penyakit ini dan mereka berjaya
untuk menghindarinya dan berjaya menurunkannya ke tahap normal
dengan mengamalkan gaya hidup dan pemakanan sihat.
Justeru kakmah juga berhasrat untuk meniru apa yang mereka dah
berjaya lakukan. Harap semuanya panjatkan doa semuga kakmah berjaya
dalam misi ini dan dari semasa ke semasa akak kakmah catatkan disini
apa yang kakmah lakukan dan kesannya terhadap penyakit darah tinggi
dan kencing manis kakmah ini harapan kakmah kalau kakmah berjaya
ada pula yang akan mengikut jejak langka kakmah ini.
Sama-samalah kita menuju kearah kehidupan yang sihat tanpa
ubat-ubatan. Langkah pertamanya bermula disini.

Hari ini Kakmah cuba bertahan tanpa nasi, tapi masih ada kari.
Gambar diatas itu adalah gambar kari daging kurang santan,
campur ubi kentang dan kacang. Kakmah namakan Khasiat
lengkap dalam satu pinggan kerana Kakmah tidak makannya
dengan nasi, hanya makan meratah begitu sahaja kerana ketiga-tiga
khasiat penting yang diperlukan oleh tubuh kita telah ada
didalam satu pinggan itu. 1. Kentang untuk kabohidrat 2. Daging
untuk protin. 3. Kacang untuk vitamin 4. Garam untuk kalsium.

Harap-harap ada rakan2 yang ingin berkongsi apa jua pengalaman
sakit kronik seperti kakmah ini, jika ada catatkan diruangan komen, 
nanti kakmah masukkan kedalam entry yang seterusnya melalui tajuk
ini.
Mari kita sama-sama mulakannya disini.
Perangi sakit kronik ini dan mulakan hidup sihat tanpa ubat.

Untuk yang sudi berkongsi kakmah dahului dengan ucapan terima kasih.

Semuga anda sihat
Wassalam