Wednesday, 25 May 2011

Apa Yang Penting Untuk Sebuah Blog.


Assalamualaikum,

Blog satu ketika dulu hanyalah sebuah dairy, online dairy untuk kegunaan sendiri, untuk mencatatkan peristiwa2 penting untuk menyimpan gambar penting sipenulis. Saya masih ingat lagi pertama kali saya kenal blog ialah semasa saya menyertai laman sosial Myspace. Ada ruang untuk kita menulis blog disitu, ada juga ruang untuk rakan-rakan kita meninggalkan komen mereka.

Masa itu saya memang langsung tak reti macam mana nak tulis blog, mengakibatkan ruangan blog saya terbiar kosong. Tapi bila saya dah mendapat ramai rakan, adalah seorang berdua yang memenafaat ruang blognya dengan menulis segala peristiwa yang dilaluinya. Dari situlah saya kenal blog.

Tapi semenjak saya kenal Blogger, saya rasa fungsi blog bukan sahaja untuk mencatatkan pengalaman, malah lebih dari itu ada yang mengambil peluang untuk menjadikan blog sebagai medium untuk menjana pendapatan. Alhamdulillah ada yang dah menjadi kaya hanya dengan berblog.

Kerana blog itu bukan lagi personal online dairi, jadi apakah yang penting untuk sebuah blog. Mestilah follower. Tanpa follower sunyilah blog, kita menulis pun seperti menulis untuk diri sendiri, baca sendiri dan syok sendiri. Blog yang ramai follower adalah blog yang paling berjaya walaupun isinya ringan-ringan dan santai sahaja. Dan blog yang berjaya boleh juga menjadi sebagai punca pendapatan sampingan, dengan berbagai iklan yang menjanjikan pendapatan.

Disamping Follower, komen dari pengunjung terhadap entry yang kita postkan juga penting untuk mendapatkan maklum balas dari pengunjung dan pembaca. Makin ramai penggunjung yang memberikan komen semakin rajin pula kita menghasilkan entry baru. Blog atau tulisan yang tanpa pengomen seolah-olah kita bercakap kepada diri sendiri. Walaupun ada yang berkata Aku menulis blog bukan untuk di baca dan dikomen oleh orang lain, habis tu untuk apa kita berblog, kalau sekadar nak buang masa menulis.

Saya sendiri pun banyak belajar berblog melalui kawan2 follower saya dengan cara membaca blog mereka dan mengambil contoh apa yang patut untuk memperbaiki blog saya. Terima kasih kepada semua Follower saya, pengomen, pengunjung dan sesiapa saja yang tersinggah di blog saya ini. Tanpa anda semua siapalah saya.

Sekian, Wassalam.


32 comments:

  1. saya sgt setuju pada kesemua yg diperkatakan di sini.. cuma, saya tidak jadikan blog saya sbg sumber utk menambah pendapatan.. buktinya, saya tidak meletakkan sebarang iklan dalam blog saya..

    ReplyDelete
  2. Kadang tu menulis untuk luahkan apa2 yg penuh sarat di minda..Bagi saya blog ialah a page to turn to when ever i need a shoulder to cry on, a joke to share and a place to job down memories.

    ReplyDelete
  3. dulu pun munna berblog sebab suka2..tapi bila followers bertambah dan ramai yg komen jadi bersemangat nak update selalu..ada pula bloggers yg dari kawan maya jadi kawan di alam realiti seronok rasanya

    ReplyDelete
  4. cikmala pong setuju juga lah....

    ReplyDelete
  5. suka entry nih...berbaur tulus dan telus jer kan...selain menjana pendapatan blogging juga dpt mengeratkan silaturrahim sesama blogger sama ada secara virtual atau pon realiti.....asalkan jgn salah gunakan blog as a platform tuk hentam dan kutukking org sudah la kan...

    ReplyDelete
  6. salam..
    alhamdulillah
    kebaikan berblog ni
    :)

    ReplyDelete
  7. Banyok lagi koi kene belajo ni....

    ReplyDelete
  8. Banyak kebaikkan ruang dan peluang kalau kena gayanya berblog nie :)

    ReplyDelete
  9. WN kenal blog sebab nak tau apa itu blog yang diperkatakan oleh media2 mainstream.. pas tu jengok2 blog2 politik.. pas tu baru tau blog bukan untuk orang politik je.. dan faham la blog ni banyak kegunaan nya..

    ReplyDelete
  10. Sallam a. samad jaafar,

    Itu pilihan kita sendiri, kalau rasa perlu letak iklan, mana tau ada rezki boleh menjadikan pendapatan sampingan, tapi isi blognya biarlah yang tidak memudaratkan orang yang membacanya.

    ReplyDelete
  11. Sallam Cikgu Hani,

    Memang puas dan lega kalau dapat meluahkan apa yang terbuku dihati didalam blog, ada plak yang komen menunjukkan simpati, lapang rasa jiwa kan..

    ReplyDelete
  12. jgn lupa blog juga boleh mempromosikan perniagaan. hehe

    ReplyDelete
  13. Sallam munna,

    Saya pun dulu berblog sekadar mengisi waktu lapang, tapi bila dah ada ramai kawan, berbalas-balas komen, rasa seronok plak, sehari tak buka blog rasa rindu.

    ReplyDelete
  14. Sallam Cik Mala,

    Memang pun kita perlukan kawan kalau nak jadi blogger kan..

    ReplyDelete
  15. sallam Ms.Littlewing,

    Jangan jadikan blog medan perang mulut..hehe..

    ReplyDelete
  16. W,sallam en Zul,

    InsyaAllah, kalau bermula dengan niak baik,
    akan berkesudahan baik juga.

    ReplyDelete
  17. Sallam JD,

    Samalah kita,
    belajar melalui blogger yang dah berjaya.

    ReplyDelete
  18. Sallam En Yassin,

    Yelah , marilah kita sama2 rebut peluang dan ruangnya itu, semuga blogger semua berjaya mencapai matlamat masing2.

    ReplyDelete
  19. Sallam wifenavy,

    Bila dah faham baru seronok kan...
    dan barulah kita sendiri pun ada matlamat dalam berblog.

    ReplyDelete
  20. Sallam Jah,

    Yee betul sangat,
    memang ramai yang dah berniaga melalui blog,
    dan blog perniagaan semakin bertambah dari semasa ke semasa.

    ReplyDelete
  21. Blog anis,anis gunakan utk catat pengalaman dan kenangan sepanjang hidup di rantau org.tp tak sangka,dapat ramai kawan2 melalui blog,dan smpai jumpa2 di alam realiti.seronok betul!!

    ReplyDelete
  22. Sallam aNIS,

    Memang seronok jumpa kawan blogger dialam realiti,
    mesti banyak yang di bincangkan dan diperkatakan. Cara terbaik untuk jalin silaturahim..

    ReplyDelete
  23. Assalamualaikum Lipis Lady,

    Saya mula berblog bila saya bersara dari kerjaya saya.

    Saya rasa kesunyian, jadi mulalah berjinak2 dengan blog.

    ReplyDelete
  24. Sallam kak KK,

    Ini pun satu darisebab mengapa kita berblog,
    dengan berblog kita dapat ramai kawan.

    ReplyDelete
  25. Hanya blogger saja yang tau seronoknya berblog

    ReplyDelete
  26. Tambah satu lagi kegunaan pada che mid, supaya anak cucu nanti boleh tau cerita kita..insyaallah, kalau blog ini bertahan lama. Skrg ini pun, blog che mid dah jadi rujukan adik beradik dan sedara mara tentang perkara yang berlaku dalam keluarga kami. Macam tertunggu2 mereka tu kalau che mid tak update tentang even yang berlaku..

    ReplyDelete
  27. Sallam Kak Aida,

    Betul tu kak, memang orang lain yang tak pernah berblog tak akan tau betapa seronoknya berblog.

    ReplyDelete
  28. Sallam Che Mid,

    Wahh, lagi seronoklah kalau macam tu,
    ramai yang tertunggu entry baru Che Mid.
    Walau apa pun itulah seronoknya berblog.

    ReplyDelete
  29. dulu2 bukak blog org sebab nak carik resepi jer...

    ReplyDelete
  30. Salam LIPISLADY..
    Terima kasih juga sebab sudi jadi follower saya,,,bertambahlah kenalan kita dan dapat share ilmu bersama...

    ReplyDelete
  31. Sallam Nafisa,

    Saya pun suka blog yang banyak resipi,
    tapi sekarang nak juga mencuba upload resipi yang dimasak sendiri walaupun saya tak tau memasak..hehe

    ReplyDelete
  32. sallam ummiarissa,

    Sama-samalah, kita memperbanyakkan kenalan sambil bertukar-tukar pendapat dan resipi dan macam-macam lagi..

    ReplyDelete