Monday, 23 May 2011

Resipi Sambal Jering

Assalamualaikum,

Sambal Jering,
apa istimewanya sampai ada
yang request
Resipi Sambal Jering,
hehe.


Ni saya close up kan gambar sambal jering
yang saya masak malam tadi.
Khas untuk adinda Gerhana Luka
yang request resipinya.

Terima kasih ye dik kerana menghargai
apa yang saya paparkan disini.

Kepada sesiapa yang nak cuba resipi saya
ni silakanlah yee, walaupun anda
dah ada resipi sendiri.

Ini Bahan utamanya.
Tambah dengan ni.

Dan ini.

Dan ada lagi yang terlupa nak
ambil gambar.

Ok, kita tengok resipinya.

Bahan-bahannya:-

1. 6 Keping jering yang besar, bersihkan dan potong jangan terlalu nipis.
2. 1 gengam ikan bilis
3. 1 ulas bawang besar sederhana
4. 5 atau 6 sudu cili kering, mesen sendiri punya
5. 1 sudu tempoyak yang masih manis bancuh dengan 1/2 cawan air.
6. 2 cawan air
7. 3 ulas bawang merah dan 1 ulas bawang putih mesin halus.
8. Garam dan gula secukup rasa
9. 1/2 cawan minyak kelapa.

Cara-caranya

1. Panaskan minyak dalam kuali dan goreng jering sehingga masak dan garing sedikit dengan api yang sederhana. Angkat dan ketepikan.
2. Goreng Ikan bilis sehingga separuh masak dan angkat.
3. Dengan minyak yang sama tumis bawang merah dan bawang putih yang telah dimesin.
4. Masukkan cili mesin dan kacau hingga masak.
5. Masukkan tempoyak, jering dan ikan bilis, kacau rata.
6. Masukkan air, garam dan gula dan masak diatas api yang sederhana hingga jering betul2
empuk.
7. Apabila separuh pekat rasa garamnya, dan masukkan bawang besar yang telah dihiris.
8. Kacau hingga pekat dan angkat.
9. Sedia untuk dihidangkan.

Selamat mencuba,

Sekian, Wassalam.

11 comments:

  1. sambal jering..first time tengok..

    tnks berkongsi info

    ReplyDelete
  2. salam kenal juga dari akak...
    sambal jering dah menjadi feberet akak (& skrg anak sulung pun suka.. yg kecik je lom suka sbb tak tahan pedas). Itupun sejak akak bertemu jodoh dgn org raub.. kalau idak tak pernah merasa masakan yg sedap2 gini.. hehe.. lenkali boleh try resepi versi lipislady pulak.. resepi versi saya guna cilipadi.. itupun hubby yg ajar.. hehe.. memang sedaplah resepi org pahang ni.. hehe..

    ReplyDelete
  3. wallllaaa

    baru je buat minggu lepas

    memang peberet kome sekeluarga

    ReplyDelete
  4. uiii....! behnyer....balik kg baru ni mak msk jugak,,,bertambah nasik!

    ReplyDelete
  5. assalamualaikum kakak
    resipi yang enak
    terima aksih kongsi pengalaman
    my father in law suka...

    ReplyDelete
  6. Salam LipisLady,

    akak pun suka makan lauk pauk yang melibatkan jering ni. Masak Lemak, goreng sambal dll. Tapi akak tak pernah masak sendiri, selalunya makan di kedai makan.

    Akak takut masak jering sebab kami orang terengganu selalu di kata kalau masak jering tak betul nanti kena 'kepit'. Maksudnya tak boleh kencing. Mungkin maksudnya keracunan. Jadi akak sehingga dah tua ni tak pernah masak jering.

    Makan yang di kedai makan tu tak pernahlah pulak terjadi apa-apa, sedap.

    ReplyDelete
  7. biz member, Ed Bankos' personal invitation, I invite you to check out the site. An individual can develop anywhere from 1 to well over 100 skin tags. 'We
    usually have two or three people in the room, no-one has time,
    so we have one person tightening the body and
    another giving a treatment on the face'.

    Also visit my blog; osteopatiacreso.com

    ReplyDelete
  8. The first type is present from birth while the second type is
    not, but starts to appear and proliferate as
    the years pass. The good news is that normally
    they are benign tumors that won't affect your health. Skin tags can affect you and anybody else at any age and irrespective of your skin type.

    Feel free to surf to my web blog :: http://www.caneva.ca/index.php/?Go=Go&catid=0

    ReplyDelete
  9. WOW just what I was searching for. Came here by searching for jail

    My site - bill consolidation company ()

    ReplyDelete
  10. Download my free ebook "I've Found the Fountain of Youth- Let Me Show You Too. You can readily adopt a complete training plan that allows you to work on all of your muscle groups. 'Tis the season to gain weight, from holiday parties to cookie exchanges to experimenting with new recipes for Thanksgiving like buttery biscuits stuffed with five kinds of cheese.

    Also visit my weblog :: how to gain weight fast - -

    ReplyDelete
  11. Outstanding post however , I was wanting to know if you could write a litte more on this topic?
    I'd be very thankful if you could elaborate a little bit more. Bless you!

    Feel free to surf to my blog post - simply click the up coming site **

    ReplyDelete