Assalamualaikum,
Alhamdulillah, cerita kakmah malam ni lain sikit dari cerita2 yang kakmah pernah kongsikan selama ini, puas dengan cerita pasal makan sesaja, malam ni kakmah nak cerita pengalaman kakmah menjadi banduan selama beberapa jam di mahkamah rendah Raub.
Ceritanya bermula pada bulan Oktober tahun 2013 yang lalu dimana pada 10 Oktober tu lesen memandu kakmah tamat tempoh. Pada 13 Oktober baru kakmah sempat pergi ke Pejabat Pos untuk membaharui lesen. Tapi pada hari itu kakmah gagal untuk membaharui lesen atas sebab tidak diketahui. Nak kata ada saman memang tak ada, cuma kakmah disuruh hadir ke pejabat JPJ.
Oleh kerana kakmah pada masa itu tidak memandu kerana kereta kakmah masih dibaiki, kakmah jadi lupa terus untuk membaharuinya sehinggalah pada 15 Sepetember 2014 baru ni, setelah setahun, baru kakmah teringat nak menengok apa sebenarnya yang terjadi sehingga kakmah tak boleh nak membaharui lesen. Pada hari itu kakmah pergi ke JPJ, dengan harapan dapat membaharui lesen memandu kakmah, tapi gagal dan kakmah diarahkan menyemak sebabnya di bahagian saman trafik.
Barulah kakmah tau, rupa-rupanya kakmah ada kes mahkamah yang kakmah gagal hadir berkenaan saman kereta kakmah yang roadtex dan insurannya telah tamat tempuh yang dibawa oleh orang lain, agaknya sewaktu kakmah meminta tolong seseorang untuk membawanya ke puspakon untuk dipereksa pada tahun 2012 yang lalu. Dengan rasa kecewa kakmah menetapkan semula tarikh untuk hadir kemahkamah pada 26 September yang lalu.
Yang nak kakmah ceritakan disini adalah macam mana kita orang awam ini langsung tidak mampu dan tidak ada hak untuk berkata-kata atau merayu walaupun kita rasa kita tidak bersalah, atau kita tidak tahu menahu langsung tentang kesalahan itu.
Macam yang terjadi pada kakmah, kereta tu bukan kakmah yang pandu, dan tujuan kereta tu dipandu pun adalah berkaitan dengan pengambilan roadtax dan insuran juga, bukan saja-saja nak bawak kereta tu kemana-mana. Silapnya orang yang memandu tersebut tidak memberitahu kakmah yang kereta kakmah tu kena saman semasa dia memandunya. kalau diberitahu pasti kakmah memilih untuk membayar saman dari hadir dimahkamah walaupun selama ini kita menyangka hadir dimahkamah lebih baik kerana denda yang dikenakan jauh lebih rendah.
26 September 2014, pukul 8.00 pagi kakmah sudah berada di mahkamah Raub. Waktu itu tiada seorang pun Pegawai dari JPJ maupun pihak Polis yang berada disitu. Kami tertanya-tanya sesama sendiri, tentang waktu yang diberikan. Munkin kami diarahkan berada lebih awal untuk mengelakan terlewat datang dan menganggu perjalanan perbicaraan.
Daripada perbincangan dengan pegawai JPJ yang kami temui kami di kehendaki menyediakan sejumlah RM 1,000 seorang memandangkan denda minima adalah RM 1,000, walaupun semasa menetapkan tarikh hari tu dia kata denda tak akan melebihi RM 600 sahaja.Sesiapa yang tidak membawa wang sebanyak itu di nasihatkan supaya balik dan tidak hadir perbicaraan kerana dikhuatiri akan di penjarakan jika gagal membayar denda. Kakmah sendiri dah sedap hati kerana dah dibekalkan oleh anak kakmah sejumlah RM 1,000 itu.
Sewaktu perbicaraan untuk kes yang sama dengan Kakmah, setiap orang dikenakan denda minima RM 1,200 dan maksima RM 1,700 untuk dua pertuduhan. Hati kakmah mula cuak, kerana denda semua melebihi dari yang dijangka. Bila tiba giliran kakmah, kakmah didenda sebanyak RM1,200 untuk kesalahan pertama dan RM 500 untuk kesalahan kedua menjadikan jumlah kesemuanya RM 1,700. Rayuan cuma boleh dibuat sebelum jumlah denda di sebut, itupun tidak didengari. Kakmah rasa tidak ada pengurangan dalam menetapkan jumlah denda kerana jumlahnya sama sahaja bagi orang yang merayu atau tidak merayu.
Selesai semua perbicaraan dua orang polis datang membawa fail dan mengutip duit denda yang ditetapkan untuk dibuat pembayaran di pejabat bayaran. Semua pesalah tidak dibenarkan keluar dari kamar mahkamah kecuali selesai membuat pembayaran yang di lakukan oleh pegawai polis sendiri.Kakmah tak tau apa nak buat kerana tidak seorang pun memberitahu kakmah apa yang perlu dilakukan. Cuma kakmah terfikir nak menelefon anak kakmah, memberitahunya kakmah masih kekurangan RM 700 untuk melunaskan denda mahkamah. Anak kakmah bersetuju untuk memindahkan duit kedalam akaun kakmah ketika itu juga.
Sewaktu itu kakmah belum tahu lagi bahawa status kami semua pesalah yang dah di jatuhi hukum denda itu adalah banduan sehinggalah kakmah minta izin untuk pergi ketandas. Kakmah tidak dibenarkan untuk pergi ketandas kerana katanya tiada polis pengiring. Lalu kakmah kata kalau pergi ketandas pun tidak dibenarkan kakmah kenalah kencing disitu sahaja sebab kakmah ada sakit yang tak boleh mengawal kencing, barulah mereka meminta tolong seorang polis wanita yang sedang bertugas untuk mengiringi kakmah ke tandas, dan seterusnya ke kantin untuk membeli minuman kerana kakmah pun ada sakit yang tak boleh perut kosong, yang boleh mengakibatkan kakmah pitam.
Kesempatan ke kantin itulah kakmah gunakan untuk menelefon kawan kakmah yang kebetulan berada dibandar Raub untuk datang mengambil kad bank kakmah untuk mengeluarkan duit dan menghantarnya kepada kakmah. Alhamdulillah Allah mempermudahkan segala urusan kakmah pada hari itu sehingga selesai urusan pembayaran beberapa minit sahaja sebelum pejabat tutup untuk solat jumaat dan makan tengahari. Walaupun kakmah amat tertekan dengan kawalan yang melampau pihak polis walaupun tidak terlintas langsung dihati kakmah untuk lari dari denda tersebut, namun itulah undang-undang yang perlu kita patuhi dan hormati.
Bagi yang tidak bernasib baik yang tidak mempunyai wang untuk membayar denda secara penuh ada yang memilih untuk menjalani hukuman penjara selama lima bulan, termasuk seorang budak sekolah yang berumur 14 tahun dan ada yang memilih untuk dilokapkan sementara menunggu ada penjamin yang akan menjamin mereka sehingga mereka dapat mencari duit untuk membayar denda yang dikenakan.
Akhir kata nasihat kakmah, kalau roadtax insuran anda dah tamat tempoh cepat-cepatlah pergi baharui, kalau tak ada duit biar berhutang dan jangan biarkan anda disaman apa lagi naik mahkamah, Kalau anda di saman juga, lebih baik bayar kompaun kerana jumlahnya lebih rendah dari denda di mahkamah. Kata-kata bahawa denda di mahkamah lebih rendah dan boleh buat rayuan, itu semua adalah tidak benar, tengok apa yang dah jadi pada kakmah....Banduan sehari...
Jumpa lagi
Wassalam.
Ya Allah ka.mah..sampai.macam tu sekali ye..baru acik tau.terkma kasih kak.mah ceritakan pengalaman
ReplyDelete