Wednesday, 9 December 2009

Bunga Gelenggang.

Assalamualaikum.

Bunga ni orang lepih panggil bunga gelenggang, tempat lain keh tak taulah panggil apa. Daun gelenggang ni berkhasiat untuk mengubati penyakit gatal2, kurap dan panau.
Caranya , amik dalam lima nam lai pucuk muda, gulung pas tu ikat dengan getoh gelang. sebeloh ujongnya kerat bio lepan, lepas tu tenyehlah ke tempat yang ada kurap dan panau, buat 2 kali sehari. masa tenyeh tu bio sampai keluar air dari daun dia. Tenyeh sampai rasa pedih. Kala rasa pedih jangan pulok basuh nanti tak menjadi, tahan ajalah. Oh yee lupa pulok, sebelum tenyeh daun gelengang tu kikis dulu panau atau kurap tu bio tanggal keropengnya.

Kepada sesapa yang ada kurap celah kelengkang tu, tapi malu nok jumpa Dr. hah ubat ajalah sendiri dengan daun gelenggang nih, buat sampai baik. Penyakit tu merbahaya terutama kepada orang yang dah bersuami isteri. Lahh, sampai kesitu pulok...tapi ini kebenaran, tak perlu malu...

Satu lagi kala ada anok yang masih bayi umur dalam lingkungan sebulan ke 10 bulan yang ada penyakit sembelit, tak payohlah makan julap dulu, cuba amik tujuh lai daun gelenggang nih, letok bawoh tempat tido dia, biokan sampai pagi, kala tak berok juge, ambil lagi daun muda upur dengan tapok tangan, airnya sapu pada perut.

InsyaAllah, tapi jangan lupa baca Selawat keatas Nabi sebelum nok mulakan.

Sekian, Petua dari Lipislady.

Wassalam.



12 comments:

  1. lama dah org kampung guna daun ni utk ubat penyakit kulit terutama kurap, tapi takde yg komerselkan dlm bentuk krim....
    nak cari daun ni susoh dah skrg ni, kena pegi kwsn tepi2 paya yg berumput tempat kerbau selalu berkubang....

    ReplyDelete
  2. ooo gitu,boleh la koi sarankan kepada yg ander masalah kurap/gatal gatal te..

    kalo gatal biroh boleh ubatkan tak dengan ubat ni weh?

    ReplyDelete
  3. daun yg turun temurun.. lebih mujarab

    ReplyDelete
  4. budak-budak sekarang mana nak guna daun-dauan ni? busuklah....

    ReplyDelete
  5. Sesekali kash baca petua aok neh sebiji macam tok bidan laa pulok heheheh...

    Sikit pesan di ayah kash dulu mekala nok ambit apa2 bahagian drp pokok2 atau tumbuhan selawat lah dahulu dan jgn ambit bender itu bertindih bayang (kala tgh hari)x mujarab..pokok2 itu semua ada yang menjaganya..

    ReplyDelete
  6. segmen petua pemuda bersama cik lipislady hahaha

    ReplyDelete
  7. kalau betul, boleh di komersilkan nanti boleh pakat dengan relevan dan echam kita buat kilang memproses daun gelenggang untuk jadikan cream panau dan kurap, atau alat solek. Ianya tidak mustahil weh.

    ReplyDelete
  8. Tak silap kawan, dulu kawan pernoh doh jumpe krim daun gelenggang nih. Lebih kurang 15 tahun lepas masa duduk di sekolah asrama.
    Tapinya, lepas pada tu, tak der pulok kawan jumpa krim tu lagi. Dah tutup dah kot kilangnya. Kawan sokong cadangan endiem tu tu nak pakat ngan relevan dan echam bukak kilang proses daun gelengggang

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum,

    * Cikgu Jang, saya ada nampak sabun gelenggang, khusus untuk ubat gatal.

    * Moleklah tu En Mazru...semuga berkesan.

    * Betul tu maiyah...

    * Tu lah en abu, kecik2 lagi dah bergantung pada dadah..tu bila dah beso banyak ngat masaalah.

    * Mok keh dulu memang pon tok bidan..en Yassin,

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum,

    * hehehe, sekali sekala mengabo ke petua orang tua2 dulu...en Fadh..

    * Yeelah daun Bidara.., baik juge sakit deme yek..

    * Keh boleh aja..endiem..

    * Krim keh tak penoh jumpa En Idi, tapi sabun ada orang jual lagi..

    ReplyDelete
  11. Memuler koi bace bunyiner mcm orghang perok..tapi biler ader koi dgn aok tau ler koi rupenyer dari lipis..
    Suker koi membacenyer

    ReplyDelete