Assalamualaikum,
Selamat tengahari. Dah tengahari dah yee, tak sedar
cepatnya masa berlalu. Apa kahabr rodong2
hari ni? Semuga sihat selalu.
Teringat soalan Dr.Faiz, Daddy ziyyad
dalam komennya untuk entry saya semalam,
apa maknanya rodong? maka hari ini saya nak buat
entry tentang rodong.
Untuk makluman semua rodong2
jawapan saya ini berdasarkan pengalaman saya,
yang saya tengok dan saya dengar dari
orang tua2 dahulu.
Saya rasa setiap daerah di Pahang ini tahu
apa makna perkataan rodong ini,
cuma pengertiannya saja yang agak berbeza.
Walau bagaimana pun ianya tetap merujuk kepada
maksud nya yang umum ialah kawan.
Pada pengertian saya pula, perkataan rodong ini
bermakna kawan yang dekat dihati,
kawan baik, kawan yang jika kita sedang
bersedih dia adalah penghiburnya,
kawan yang jika kita sedang gembira dia juga
turut gembira. Kawan yang jika dia tiada disisi
kita akan merasa kerinduan dan kekosongan,
jika dia ada berdekatan kita tidak akan merasa
betapa kita dihargai.
Rodong juga lebih dirujuk kepada isteri atau suami
yang sangat dicintai.
Suatu waktu dulu, tidak ada orang yang memanggil
kepada isteri atau suaminya dengan panggilan
orang rumah, sebaliknya panggilan rodong
digunakan menandakan betapa rapatnya
hubungan mereka. Rodong maknanya tidak
boleh berpisah, sentiasa bersama. Bagi saya
panggilan orang rumah
untuk isteri membayangkan betapa tidak
rapatnya hubungan pasangan itu.
Enjoy!!
Semuga jumpa lagi
Wassalam.
Oh... itu maksudnya ya... mula-mula dulu pelik juga tengok perkataan ni..
ReplyDeletemoh la kak ..kita berodong berdua...
ReplyDeletela ingatkan rodong tu jalan-jalan..hmm baru tahu lah kak
ReplyDeleteassalam LL..walaupun tak tau maknanya..cuma dulu acik meneka sahaja..mungkin bermaksud kawan.rupanya kawan rapat ye..
ReplyDeleteKalau org pahang tak pelik ngat dah dgn ayat rodong nie yak.. :)
ReplyDeletesalam..
ReplyDeletemoh kite...
moga sihat selalu
empunya blog nih..
Memang org Pahang jak yg paham kot.. Kekdg WN kat opis tergelincir gak guna dialek2 nih.. tp tak tau la yak wok me paham ke dok
ReplyDeletedapat satu perkataan baru... trima kasih atas penerangan yg panjang lebar itu
ReplyDeletesalam singgah sini..cantik blog ni..ceria jer :)
ReplyDelete