Monday, 28 November 2011

Air Oh Air

Assalamualaikum,


Wah membazir air nampak!

Begitulah, kita kadang2 lupa atau sengaja tak mau ingat.
bila air banyak bukan main lagi kita , mandi kalau tak 
setengah jam tak bersih, buka paip sebesar-besarnya supaya 
cepat penuh kolah, basuh kereta, pun mau besar supaya 
senang nak tembak mana2 kekotoran yang terlekat
pada kereta. Sental2 tak main, tembak lagi mudah.
Cuci pinggan kat dapur pun kena air besar,
kalau kecil macam lidi mana nak bersih pinggan mangkuk tu.
bayar bil setakat RM 50, ala biasalah tu,
tak adalah mahal sangat.

TAPI

Hari ni air tak ada kat rumah saya.
Air kolah dah kotor, 
ari tu masuk sabun,
dah keluarkan tapi airnya dah kelabu.
nak mandi ke tak 
air yang macam tu.
nak mandi ke tak.

Air oh air,
baru teringat betapa berharganya air,
kalau tak ada semua 
kerja tak menjadi.

Jimatlah air.

Semuga jumpa lagi
Wassalam.

8 comments:

  1. SALAM,
    JANGAN TAK MANDI ! DATANG KE BANGI..... SEHINGGA SAAT INI ADA AIR .... KEJAP LAGI TAK PASTI.

    ReplyDelete
  2. Biasanya, perkara yang paling bernilai itulah yang selalu kita ambil remeh. Apabila sudah hilang dari jejak mata, mulalah kita menggelabah.

    ReplyDelete
  3. Benta pagi ni takde air...hari ni cerah kalau jemur kain mesti kering....susahlah macam ni..kain baju berlambak lagi tak basuh dan bersidai akibat hujan semalam...

    ReplyDelete
  4. a'ah air terlalu berharga sebenarnya. Bila dah takde air baru kita mula menghargainya.

    Duk fikir camana nak kitar air hujan .. hehe

    ReplyDelete
  5. duk kat klang, alhamdulillah bil air x penah kena byr lg...

    ReplyDelete
  6. jeles dgn org asli kat pedalaman hutan .. air sungainya dingin dan sgt2 jernih,..saya tak teragak2 utk minum air kat sungai tu..tanpa bil tanpa klorin...malah ada air bukit yg cukup sedap rasanya..

    ReplyDelete
  7. salam LL..
    samalah dengan koi..letrik tak de
    tak pe lagi..kalau air tak de..kejap je
    koi dah call SYABAS nak tahu puncanya

    ReplyDelete
  8. loh sape plak campak sabun dlm kolah tu. abes tu arini camne. dah mandi ke belum tu.

    ReplyDelete