Wednesday, 23 May 2012

Masih Ada Yang Sayang

 Assalamualaikum,

Alhamdulillah, walaupun internet lambat dan problem,
akhirnya dapat juga kakmah upload gambar ini yang
sepatutnya semalam dah kakmah keluarkan entry ini.


Semua orang kenal gambar ni kan, bukan nak menunjuk, sekadar 
melahirkan rasa syukur dalam keadaan ekonomi kakmah yang
sedang gawat ni, masih ada orang yang sudi membantu menyumbangkan
alat penting untuk kakmah buat bahulu ni. Mixer lama kakamah dah
terbakar, nak beli sendiri dalam keadaan sekarang ni tak mampu
lah kakmah.


Sebenarnya muxer ni sumbangan Ahli Parlimen Lipis, YB.
Dato' Dr. Mohd. Shahrom  Osman,  kakmah mohon peruntukan
SOS, "Saya Orang Susah". Alhamdulillah berjaya. Bukan itu je,
kakmah mohon juga plastik sealer ni supaya mudah kakmah
nak packing bahulu kakmah dalam plastik kecil2 untuk
dihantar kekedai-kedai.


Terima kasih YB kerana perihatin dengan nasib orang
yang berpendapatan tak tetap macam kakmah nie,
sekurang-kurangnya ringan juga beban kakmah ni.
Dihari yang sama juga rupanya YB sedang memberi sumbangan
sebuah kerusi roda untuk anak kakak yang didalam gambar ni.
Anak kakak ni terlibat dalam kemalangan jalanraya
10 hari yang lepas. Betapa cepatnya peruntukan
yang dikeluarkan demi membantu rakyat yang memerlukan.
Terima Kasih YB.

Semuga Jumpa Lagi,

Wassalam.

9 comments:

  1. Alhamdulillah, mesti makin gebus bahulu Kak Mah :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sallam Sari Yusa,

      Yee Alamdulillah, InsyaAllah..

      Delete
  2. alhamdullilah...dipermudahkan urusan, cepat dpt bantuan SOS nya :)

    ReplyDelete
  3. Orang berbudi kita berbahasa,
    Orang memberi kita merasa..

    Alhamdulillah.. semoga rezeki pemberi dan penerima dimurahkan lagi rezeki...

    ReplyDelete
  4. Yb tu memang pemurah..kami kat kuarters ni pun pernah minta bantuan sikit,sekolah2 berdekatan ni pun pernah minta sumbangan,memang dia bagi..
    Bolehlah Kak Mah terima banyak tempahan lagi lepas ni..

    ReplyDelete
  5. asalam ... kak ... mesti seronok perasaan akak kan ... syukur kepada "nya" ...moga rezki kiter dimurahkan ..amin.

    ReplyDelete
  6. alhamdulillah....
    moga d permudahkan n murah rezeki akk lps nie....

    insya'allah segala usaha akn mmberi hasil....

    lps ni leh la hnter kek kt ofis nih.....hehehehehehe....

    ReplyDelete
  7. wow untungnya bdn ada org sponsor...semoga semakin murah rezeki akak...Aminn..

    ReplyDelete
  8. alhamdulillah...rezeki kak mah.....

    ReplyDelete