Tuesday, 13 August 2013

Sunyilah Pulak

Assalamualaikum

Raya dah berlalu, suasana yang riuh rendah
beberapa hari yang lalu kini dah menjadi sunyi
sepi. Anak-anak cucu dah pulang kebandar,
kini tinggallah nenek keseorangan.

Alamak sunyilah pulak rasanya
tinggal sendirian begini. Anak2 cucu
semua dah balik semalam
hari ini mereka semua dah mula
bekerja. Niat hati dari pagi tadi
bila dah tinggal seorang begini bolehlah
buat kerja dirumah, mengemas, mencuci
membasuh, tapi sampai sekarang satu
apa pun tak jadi lagi.

Cuma yang ada hanyalah rasa kesunyian
yang teramat sangat, setelah ditinggalkan
mereka....

Tak taulah berapa hari keadaan ini akan
berterusan, harap-harapnya hari esok
semangat ini akan datang kembali
untuk membolahkan kakmah ni bekerja
macam biasa.

Walau macam mana pun tengahari tadi
dah lepas kehospital dah untuk membaharui
appointment yang tertunggak semasa bulan
aritu. Harap-harapnya kali ini tak
tertunggak lagi.

Jumpa lagi
Wassalam.


2 comments:

  1. Assakalm kak mah..selamat hariraya maaf zahir batin.

    ReplyDelete
  2. memang sunyi bila ditinggalkan cucu .. nasib baik saya masih ada dua orang anak lagi yang masih bersekolah dan tinggal bersama saya .. cucu pun duduk di taman yang sama.

    ReplyDelete