Assalamualaikum,
Apa khabar kawan2, masih dalam keadaan bercuti lagi
yee, saya pasti ramai yang masih dikampung waktu ni.
Takperlah, hari ni saya sekadar nak kongsi
menu saya tengahari semalam.
Gulai pucuk ubi dengan tulang ikan masin. Sedapnya.
Memang sedap gulai pucuk ubi ni,
nak-nak plak kalau pucuk ubi tu empok,
Pucuk ubi putih biasanya daunnya empuk berbanding
dengan pucuk ubi yang merah,
liat sikit rasanya.
Cer tengok kat bawah ni, saya simpul dulu pucuk
ubi ni sebelum saya rebus. Saya suka rebus dulu sebelum
dibuat gulai untuk menghilangkan pahit dan maungnya.
Bahannya mudah aja :
- 1 ikat pucuk ubi, buang tangkai dan simpul
- 7 atau 8 keping tulang ikan talang, potong kecil dan rendam
- 2 mangkuk santan.
-12 ulas cili api,
- 1/2 in kunyit hidup,
- 5 ulas bawang merah,
- 1 ulas bawang putih,
- 1 keping asam gelugur,
- Garam secukup rasa.
Cara penyediaan macam biasalah,
- celur pucuk ubi hingga masak, angkat dan tuskan,
- tumbuk cili, kunyit, bawang merah dan bawang putih.
- masukkan bahan tumbuk, tulang ikan, santan dan
asam gelugur dan masak atas api.
- bila tulang dah masak, masukkan pucuk ubi,
Bila masak, boleh angkat dan hidangkan..
Selesai sudah resipi mudah saya.
Semuga jumpa lagi,
Wassalam.
Salam.. keluarga Che mid memang dari dulu lg akan celur pucuk ubi baru dibuat gulai. Bila jadi menantu orang Lepih, pelik juga tengok mak mertua masak tak celur dulu..
ReplyDeleteOH LL...
ReplyDeletePeberet saya... Yang tak celur tu short cut Che mid... Hehehe..
salam..
ReplyDeleteermm..kegemaran koi nih
tapi jangan tulang je weh
letak la isinya sikit..he he
tu dia!! sedap!
ReplyDeleteWahhh cantiknya simpulan Pucuk Ubi tu... Kalu saya pun, saya rebus dulu tapi tak ler simpul. Gunting skit supaya tak besar sangat, takut nanti makan tercekik.
ReplyDeletekyrie 8
ReplyDeletekyrie 6
supreme