Monday 9 January 2012

Ayam Gulai Lemak Kampung Dengan Belimbing Rebus.

 Assalamualaikum

Salam Hari Isnin. Selamat bertemu kembali dalam 
entry saya hari ini. Dua hari dah saya tak buat entry baru yee.
Bukan saya dah lupa azam saya untuk post satu
entry setiap hari. Cuma saya tak berkesempatan nak 
online sebab sedang berada di uala Lumpur.
Nanti lepas ni saya buat entry saya di KL plak.

  
Entry hari ni saya nak share resipi gulai ayam yang saya
 buat dua minggu lepas. Ayam gulai lemak kampung dengan 
belimbing hitam. Bahan dan cara buatnya sama
aja dengan gulai ayam yang biasa kita buat,
cuma saya tambah belimbing hitam sebagai ganti
asam keping atau asam gelugur.


Ni bahan2 awasnya. Bawang merah lima ulas,
halia seinci, lengkuas seinci, kunyit hidup seinci, bawang 
putih dua ulas kalau kecil kalau besar satu memadai.
Serai dua batang, cili api saya bubuh 20 ulas aja,
sebab saya tak suka pedas. jangan lupa belimbing
hitamnya, lapan hingga 10 biji.


Kesemua bahan diatas tu hendaklah ditumbuk .
Cili dan kunyit ditumbuk hancur, yang lain2 tu tumbuk
separuh hancur.


Jangan lupa ayamnya sepuluh ketul atau satu 1/2 ekor.
dan santan k11/2 mangkuk, simpan santan pekatnya 
1/2 mangkuk.

Cara buatnya mudah aja, masukkan bahan yang dah di
tumbuk kedalam periuk, masukkan ayam dan santan, 
belimbing hitam dan garam, masak atas api
yang sederhana hingga masak. Masukkan santan pekat,
masak hingga mendidih semula, rasa garamnya, 
lepas tyu angkat dan boleh makan.

Selamat mencuba.
Wassalam.

22 comments:

  1. Baca tajuk pun dah buat kakcik telan airliur. :)

    ReplyDelete
  2. puuhhh mok weh!
    terliur kome huhuhu

    ReplyDelete
  3. Belimbing tu buat saya kecur air liur... huhu

    ReplyDelete
  4. belimbing hitam tu macamana kak?...

    ReplyDelete
  5. perghh..sodapnyeee..terliur den, dah la tgh lapo..

    waaahh, bagus lah u ni..tumbuk pakai lesung. kalau ai dah hentam masuk blender aje..heheee

    ReplyDelete
  6. Salam LL

    Terliur.. Nak masak untuk mkn mlm.. Tapi belimbing hitam tu cemane elk. Yang Ada kat tepi rumah ni belimbing besi biasa jek.

    ReplyDelete
  7. asalam .... perrrhhh .... sodappp turrr ...mengancam selera ...tq.

    ReplyDelete
  8. waahhh...kecurrr air liur koi...hehehe

    ReplyDelete
  9. Sallam Kakcik,

    Saya terliur sangatlah tu, sebab tu saya buat lama dah tak makan, asik goreng2 aja.

    ReplyDelete
  10. Sallam AUC,

    Memang sedap weh AUC,
    masakan kampung laj katakan.

    ReplyDelete
  11. Sallam I'Mulan,

    Belimbing tu kalau buat serondeng sedap juga tau.

    ReplyDelete
  12. Sallam munna,

    Belimbing rebus dengan belimbing hitam tu menda yang sama munna, cuma saya sebut belimbing rebus.

    ReplyDelete
  13. Sallam Cik Sibuk,

    Memang saya lebih sika tumbuk,
    rasa awsanya kuat sikit. Kalau blend hilang rasanya.

    ReplyDelete
  14. Sallam Deru Ombak,

    Belimbing hitam tu ialah belimbing
    buluh yang direbus, cuba tanya kat
    pekan sari stau pasar malam.

    ReplyDelete
  15. Sallam Ir Ajak,

    Yang sedapnya belimbing tu lah.
    Buat orang kecur air liur

    ReplyDelete
  16. Sallam Yastro,

    Tu yang nok dengar nya tu,
    Sampai kecor air liur haaa..

    ReplyDelete
  17. kalau ganti asam keping dengan belimbing tu, sama ke rasa masam gulai tu? ke lagi sedap?

    ReplyDelete
  18. Nampok sedak.Kitnye belimbing ter koi kaloh lalu...

    ReplyDelete
  19. Sallam En Hisyam,

    Bergantung pada penerimaan seseorang terhadap belimbing rebut tu...

    ReplyDelete
  20. Sallam Nizam,

    Kala aok kaloh dengan belimbing guna lah asam gelugor atau asam jawa, sama juga...

    ReplyDelete
  21. ala...nak komen tp dah azan maghrib plak...

    pepun thanks for the reipe ya

    ReplyDelete
  22. Sallam Queenie,

    Maghrib first.

    Terima kasih sudi singgah.

    ReplyDelete