Tuesday, 14 September 2010

Selamat Hari Raya Aidil Fitri.


Assalamualaikum,

Selamat Hari Raya Aidil Fitri, Maaf Zahir Batin.

Rasanya tak terlambat lagi nak mengucapkan selamat hari raya kepada rodong2, kawan2 dan pengunjung blog ini, sempena Aidil Fitri yang mulia dan meriah ini. memandangkan sebelum raya keh tak berkesempatan nak mengucapkan selamat hari raya. Hari ini dah masuk hari kelima kita beraya, mesti mood raya dah semakin berkurangan, ada setengah nya dah mula bekerja dari semalam lagi.

Tapi keh sendiri belum mula kerja lagi, tah lah tak tau mana nak mulakan kerja ni, sendat rasanya otak memikirkan betapa banyaknya kerja yang perlu dibereskan. mana nak memindah rumah, memindah kedai, dengan barang2 yang satu pun tak berkemas lagi, tempoh yang diberikan oleh tuan rumah pun dah semakin hampir...Ahhh..serabutnya...

Ni semua gara2 burung walidlah. Menurut tuan rumah tempat keh menyewa ni, tempat ini akan dijadikan rumah untuk burung2 walid bersarang, dan dalam masa beberapa tahun lagi tuan rumah ini akan menjadi jutawan sarang burung. Muskil juga hati keh ni, dah sedap2 duduk sini disuruh pindah plak. Yang lebih muskilnya mecam mana rumah kedai yang ditengah2 pusat bandar ni boleh dibuat rumah burung pula?? Macam-macamlah deme nih nok kaya cepat.

Sekian dululah untuk pagi ini. Jumpa lagi.

Wassalam

12 comments:

  1. selamat hari raya, bila nak buat rumah terbukak

    ReplyDelete
  2. Salam dan selamat hari raya LL..
    akak dah mula kerja dari semalam lagi..

    ReplyDelete
  3. Selamat Hari Raya

    Hadapi cabaran kerja dgn mood yg positif

    Maaf Zahir Batin..

    ReplyDelete
  4. Selamat hari raya maaf zahir dan batin.
    ** Goner kedai nak diubah jadi tempat gitu kena repot tu salah tu..paling tak tahan esok bunyi suara burung tiruan tu binggit tinge!

    ReplyDelete
  5. mulakan selepas raya ni, hari yg baru...supaya lebih maju ke hadapan..

    ReplyDelete
  6. salam Aidilfitri..
    buat aok dan family..
    maaf la mana yang tersalah
    terkasar bahasa nya..
    bab burung walid..mmg
    mahei le ni reganya..
    tu yang ramai nukar
    romah orang ke rumah burung..
    balerrrr...maruuuu

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum, endiem,

    Selamat Ari Raye, Rumah keh nih sentiasa terbukak
    sila berkunjung...

    ReplyDelete
  8. W,salam, kak erna,

    Nok buat gonenya yek, dah tugas, ada juga orang yang masih bercuti sampai ari ni, termasuklah saya...emm

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum, Sha,

    Terima kasih atas nasihat itu,
    memang serabut sangat sekarang ni..

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum, En Yassin,

    Entahlah, dengo citer lesen dah lulus...
    Tak apalah keh mangaloh ajalah..

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum, Cikgu Jang

    Terima kasih, insyaAllah.

    ReplyDelete
  12. Assalamualaikum,

    Rasa2nya tak lama lagi lebih banyok rumoh burung dari rumoh orang.

    Keh pun mintok maaf juga mana yang tersilap dan terkasar..

    ReplyDelete