Tuesday, 19 February 2013

Bila Didapur Dah Kehabisan Garam

Assalamualaikum,

Hirtam-hitam sitampuk manggis lah plak nasi goreng ni,
sungguhpun hitam, tapi rasanya manis...eee....

Kalau didapur dah kehabisan garam, mau rasanya dapur tak berasap,
apa taknya, nak masakkan apa kalau garam tak ada, memang sangat tak
sedap kalau semua masakan tak bergaram, kecuali kalau ada ikan
masin, bolehlah agaknya buat2 pengganti.


Kat dapur kakmah ni pun kehabisan garam, sebab itulah
nasi goreng kakmah hari ni hitam manis...Kicap plak semuanya kicap
 manis, tak ada kicap masin dah kat rumah kakmah nie...
Macam mana kakmah boleh lupa nak beli garam,
tak taulah...hari ni je dah dua kali kakmah turun kedai,
Turun kali pertama tadi kakmah nak beli garam dan topak telefon,
sampai bawah singgah beli topak dulu,
siap topak terus naik atas, Sampai rumah baru sedar garam
tak beli lagi, tak jadilah kakmah nak buat kodok ikan bilis,
tukar jadi kuih bom.

Turun kali kedua nak beli garam dengan telur,
macam mana boleh terlupa nak sebut garam, beli telur aja,
Bila nak buat nasi goreng tadi baru sedar garam tak ada.
Tapi kakmah lebih rela jadi pak pandir dengan mak andeh,
yang nak kan pisang bakar dulu baru boleh kekedai membeli
mancis api, akhirnya pisang jadi hitam saja, masaknya tidak.

Kakmah plak nak makan nasi goreng dulu baru nak turun 
beli garam, tak kiralah tak ada garam, lebih rela gantikan 
dengan kicap manis. Hasilnya itulah nasi goreng kakmah,
yang hitam manis...

Ok, nak pi beli garam dulu,
Jumpa lagi,
Wassalam.


4 comments:

  1. amboi kak mah...kedai runcit melambak kat bawah rumah tu,tak terbeli jugak garam...beli garam timbang gerenti lambat habis...suka bila baca kak mah tulis topak telefon...bukan top up ke kak mah...heheheeh

    ReplyDelete
    Replies
    1. As salam Ida,

      Hahaha...anak kakmah selalu kalau minta topak, dia tulis gitulah,
      mak tolong masuk topak, kakmah pun terus ikut, mudah sikit menulisnya,

      Kes garam tu memang kes pelupa Ida...dah masuk kedai pun masih lupa lagi, tapi dah beli dah tadi, kakmah beli sekilo...haaa...boleh tahan berbulan-bulan tu....

      Delete
  2. Saya teringat mak saya selalu pesan masa saya kecik lagi, pantang katanya rumah yang habis garam terus. Kalu boleh kena juga ada baki sedikit. Mereka ibaratkan garam tu rezeki dan makanan yang tak boleh putus dalam rumah. Walahualam...

    Tapi saya terikut juga. Memang tak berani habiskan langsung garam. Seperkara lagi adalah beras. Dua benda tu, memang saya tak berani licin terus, tinggal sikit jer mesti saya cepat cepat beli yg baru.

    ReplyDelete
    Replies
    1. As Sallam Azie,

      Betullah tu, mak kakmah dulu pun ada pesan gitu, Beras, asam dan garam jangan biarkan licin, nanti rezki putus-putus, tak bersambung katanya, tapi Azie, kalau kes lupa ni, tak boleh nak buat apa lahh....
      Harap2 akan datang ni tak jadi lagi macam nie..Insya Allah.

      Delete