Tuesday, 19 February 2013

Kuih Peteri Kubang

Assalamualaikum,

Lama dah kakmah tak makan kuih ni, biasanya kalau bulan puasa 
arwah mak kakmah suka sangat buat kuih nie, dan memang inilah 
kuih kegemaran kakmah.Semalam tu rasa teringin betul nak makan 
kuih peteri kubang ni, biasalah kakmahpun selongkarlah 
tempat simpan barang2 masakan kakmah, terjumpalah tepung 
pulut yang masih belum dibuka lagi. Gula merah dan ada juga sikit
 kelapa parutyang masih elok dalam peti. Apa lagi kakmah pun buat  
inti dan uli tepung  pulutSikit aja, sebab kakmah makan sorang. 
Tengok tu untuk sembilan biji je..hehe..


Kuih ni orang panggil puteri mandi, tapi kat kampung kakmah panggil 
peteri kubang,ikut loghat kampunglah tu kiranya.Walau apa pun kuih
 ni memang sedap, buat punmudah, kuih tradisional lah katakan.
Orang2 dulu memang suka kuih yang lemak manis.
Termasuklah kakmah yang suka sangat kuih nie.


Macam mana nak buatnya, isshh mudah aja.
Mula-mula sediakan inti kelapa..kakmah suka inti yang manis dan
 kenyal sikit.Macam mana nak jadikan kenyal, lebihkan gula merah 
atau gula kabung darigula putih, tambahkan sikit tepung apabila inti 
dah masak, hah jadilah dia kenyaldan rasa macam inti kelapa muda.

Kakmah tak ada resipi untuk kuih ni sebab kakmah kalau buat tak 
pernah bersukat pun bahan2nya, main curah je macam mak kakmah
 dulu. Tapi kalau rasa nak cuba tu tinggal msg kat komen, nanti 
kakmah respond.

Sekian dulu
Wassalam.

No comments:

Post a Comment