Tuesday 3 August 2010

Persona Belacan

Assalamualaikum,

Bagi sesetengah orang belacan merupakan bahan mesti ada didalam sesetengah masakan atau makanan terutamanya sambal belacan, ( kalau dah nama sambal belacan tu mestilah bahan utamanya belacan, tak ada pulak orang buat sambal belacan bubuh tempoyok atau belimbing itam), kuah laksa asam, sambal nasik lemak juga mesti bubuh sikit belacan supaya ada sikit kicknya. Itu kata pakar belacan yee, bukan kata keh, keh sendiri sejak dah berumur nih dah tak berapa gemo belacan ni kecuali sambal belacan untuk dimakan dengan Laksa Sarawak.

Dulu belacan warna kehitam-hitaman aja, yang tu aja yang keh gunakan untuk buat sambal, tapi sekarang ni dah ada pulok belacan yang berwarna jingga. Kebanyakan orang lebih suka membeli belacan yang berwarna jingga ini kerana nampak lebih menarik dan permintaan untuk belacan jingga ini telah meningkat sejak akhir2 ini.

Sekarang ni dah heboh diperkatakan belacan berwarna jingga boleh menyebabkan kanser. Ini

kerana belacan jenis ini dikatakan menggunakan sejenis bahan kimia yang
dikenali dengan nama Rhodamine B yang diharamkan penggunaannya oleh kerajaan sejak 50 tahun dulu kerana bole menyebabkan kanser.Oleh kerana nak untung besar ala2 skim cepat kaya pengusaha belacan menggunakan bahan terlarang ini untuk membuat belacan mereka kelihatan lebih menarik, lebih basah dan tahan lama disamping harganya lebih murah.

Rodhamin B merupakan sejenis bahan kimia berwarna merah dan sangat beracun apabila terkena cahaya matahari. Ia dihasilkan daripada dietillamonophenol dan phatalic anchidria, yang digunakan sebagai pewarna kertas, tekstil dan colok bagi masyarakat cina. Rodhamin B bersifat karsinogenic dan menyeranag hati orang yang memakannya.

Kepada suri rumah berhati-hatilah memilih belacan untuk kegunaan harian anda, kalau boleh beli aja belacan berwarna kehitam-hitaman macam yang zaman dulu tu, atau susah2 sangat tak payah makan belacan.

Kepada yang selalu makan nasik dikedai sila berhati2 kalau sambal belacan tu warna merah terlampau, tak payahlah makan sambal belacan tu, malanlah sambal lain untuk menambah pedas. Jangan bahayakan diri anda sendiri kerana nak mengikutkan selera.


Sambal petai ni pun kalau letak sikit belacan bertambah
sedap agaknya.

Sekian Wassalam

20 comments:

  1. sedapnye sambal petai. takyah la letak belacan. tak sedap plak nanti. bau dah la busuk. hehehe

    ReplyDelete
  2. Orang selalu ngidap panyakit gatai tak boleh makan ini belacan..nanti siaplah bergaru..kecualilah jika gatai nak berbini lagi..waka!

    ReplyDelete
  3. ini lah namanya "Taubat Sambal Belacan".. masa makan sambal belacan, mulut tak henti2 sebut : "uiiiih pedasnya sambal belacan ni.. taubat aku tak makan dah...pedasnya, taubat aku.." esok, makan lagi sambal belacan walaupun semalam dah bertaubat tak nak makan dah..

    sama lah info ni.. ada fakta mengatakan belacan penyebab kanser, tapi sebab "taubat sambal belacan" ni lah, kita belasah je makan..

    ReplyDelete
  4. sambal petai tu..sedpnya kak weh...

    ReplyDelete
  5. salam. sy lebih suka tempoyak drp belacan tp slalunya belasah je belaka :)

    ReplyDelete
  6. Terima kasih info belacan yg menarik disini.
    Keknya kome org jantan nei main bahan aje tak cakne dah hitam ker jingga belacan tu. :(

    ReplyDelete
  7. salam,

    bagus buat info ni baru tau pasal belacan jingga ni..

    ReplyDelete
  8. oooo gamoknya crita ali baba bujang lapok hok sorok blacan tu le sejarohnya kottt

    ReplyDelete
  9. Ande ke belacan gitu.Kene chek la weh...

    ReplyDelete
  10. sedak ngat sambal belacan cicoh timu8n atau kcg panjang weh!
    baru je nok tbuka selera terus padam bila baca pasal bahaye belacan tu. t kasih.

    keknyer skang mmg keh tak brape boleh makan belacan dah. kalau terlebih habis gatal2. hidung pulok peceh, peceh bersin.

    ReplyDelete
  11. salam lipislady..punya la lama dah diharamkan..masih ada yang mneggunakanya..
    akak kat rumah tak de belacan..tapi kalau makan kat kedai tu..tak boleh nak elak..kalau diletak belacan dalam masakan..makan juga la..

    ReplyDelete
  12. sedak weh sambal + belaacan...

    ReplyDelete
  13. koi alah dengan belacan.. nanti kerap terbersin.

    ReplyDelete
  14. mkn sambal belacan bila blik kampung jer..huhu

    ReplyDelete
  15. favourite... nyum!!!

    ReplyDelete
  16. sdapnya sambal petai tu..
    tp sedap ke letak belacan ;)

    ReplyDelete
  17. Assalamualaikum,

    Kepada rodong2 yang sudi mengomen disini saya ucapkan terima kasih, dan saya minta maaf sebab tak dapat balas komen satu persatu, kesuntukan masa sangat...Wassalam.

    ReplyDelete
  18. waaaa...dapat belacan mmg sedap..
    perghh...
    terangkat..

    ReplyDelete