Sunday, 29 August 2010

Set Hidangan Berbuka Puasa dan Sahur.

Assalamualaikum,

Tak ada ayam percik, tak ada daging rendang, tak ada murtabak, tak ada lompat tikam, yang ada cuma masak lemak pucuk ubi, ikan kerisi goreng, ikan masin goreng dan yang paling istimewa sambal belacan, (bukan belacan jingga yee, belacan cap 3 udang warna hitam dah kome guna pakai sejak zaman mak dulu ) yang dicicah dengan ulam kobis. Pembuka mulut Kurma, pembasuh mulut pula dulukuih ketayap. Modal cuma Lima ringgit. Amacam boleh terima tak, hidangan untuk 2 atau 3 orang ni...minuman, air suam, tak ada dalam gambar...


Ini pula set hidangan untuk bersahur, sambal tempoyak tanpa petai (sahur tak boleh makan petai) sayur goreng, ikan masin lebihan berbuka, dan telor goreng berlada untuk anak bujang. Modal 0.0 RM sebab semua dah ada didapur. Sekali sekala boleh cuba kedua menu ini. Bagi keh amat menyelerakan.

Sekian, Salam Ramadhan Mubarak.

33 comments:

  1. Bagi koi bulan pose ni, menu mcm biase nilah yang sedap. Kat umoh koi pun same. Sesekali je kat pasar ramadhan. Yang lainnya, masok simple2 je. Sedap pun sedap. Yang paling penting bagi koi masakan tu fresh sbb awal2 puase aritu koi kene sakit perut yang teruk gara-gara koi makan lauk 'recycle' pasar ramadhan. Sekarang ni nama koi nok beli lauk siap mmg koi tak beli dah. Rela koi mkn nasi dgn telur goreng je kat rumah.

    ReplyDelete
  2. pergh.. memang membuka selera.. nak2 gulai lemak+sambal belacan+ikan goreng. memang jodoh orang kata.. kalau kehla, tambah banyak ni

    ReplyDelete
  3. Salam.
    Masak lomak cili padi telur itik tak masuk dalam set berbuka puasa ke? Sodap ! Baru semalam makan. Boli kat pasar Ramadhan

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum, Echam,

    Yee echam, baik masak sendiri, yakin kebersihannya, lagi pun makan mmasih panas2 memang menyelerakan.

    Keh sebulan puasa ni baru 2 kali beli kat pasar Ramadhan, itu pun beli mertabak aja, sebab dia masak kat situ...lain keh masak aja..

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum, afzan,

    Memang itu selera kita orang kampung ni, ayam daging tu sekali sekala bolehlah..

    ReplyDelete
  6. W,sallam, L F

    Ha..tu paling best, belum jumpa telor itik lagi, kalau buat pedas2 sikit tu, masukkan banyak sikit serainya...pendek kata bertambah 2/3 pinggan nasik lah..kecur dah liur, harus mencari telur itik lepas ni...

    ReplyDelete
  7. Kawan suka kuih ketayap te..sekali 4 boleh masuk mulut..

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum En Relevan,

    Samalah kita, tu sebanyok dalam gambo tu keh makan sorang jee..anok keh tak minat...

    ReplyDelete
  9. baru bete posa, idok le membazir... koi dapat sambal sadin time sahur pon ok dah, time bbuka buat cecoh cekodok, amboihhhh

    ReplyDelete
  10. sedap kuih colour hijau tu, ketayap kan... tak cuba lagi ramadan ni

    Segmen Kenali Blogger

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum, cemomoi,

    Sardin tu pembuka selera, kalau sahur memang sedap makan nasi dengan sardin..

    ReplyDelete
  12. Assalamualaikum, Sharinginfoz

    Yee, kuih ketayap, trylah, sedap tu...nak2 kalau yang mak buat..ori sikit..

    ReplyDelete
  13. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  14. Kadang bukan menu sedak boleh menjamin selera .. sedak liur tu hok bestnya, makan alas kador aje supa la kash juga.

    ReplyDelete
  15. Assalamualaikum,

    Makan ala kado aja en Yassin, itu yang hok sedak rasa lior keh, hok menu berat2 tak membuka selera..kala ada budu lagi sedak yekk..

    ReplyDelete
  16. Salam LL..akak pun akhir2 ni simple je..ada sambal..goreng telur..dah selera..janji makan aje..

    ReplyDelete
  17. salam..
    memang menyeleralan pun..
    bab petai tu jangan buat
    memain bulan puasa,habis
    lari rodong nanti..he he

    ReplyDelete
  18. W,salam kak Erna,

    Simple, jimat dan menyelerakan,
    apa lagi yang kita nak cari kan kak.

    ReplyDelete
  19. W,sallam, En Zul,

    Tapi kalau berbuka selalu
    juga makan petai, untuk tambah
    selera.

    ReplyDelete
  20. Sedapnya wei, Selamat Berbuka dan Bersahur

    ReplyDelete
  21. Assalamualaikum, kak Aida,

    Lamanya tak jenguk sini, sama gak saya laam tak jenguk kak Aida, Selamat Berpuasa, selamat berbuka dan selamat bersahur..

    ReplyDelete
  22. kak lipis: beter tu. balik lepih raya ni macam nak sembelih ayam kampung je. buat masak lemak, pergghh.. kecor dah air liur ni

    ReplyDelete
  23. salam..jenuh dok teropong..apa yg dlm piring coklat tuh..warna coklat gelap tuh?

    ReplyDelete
  24. Assalamualaikum, Afzan,

    Sedap tu gulai lemok ayam kampong,
    akak pun kecor air lior,
    lama dah tak makan gulai lemok ayam kampong.

    ReplyDelete
  25. Assalamualaikum, Lina_pg,

    Kat dalam piring gelap tu lah sambal belacan,
    memang hitam sikit warnanya sebab akak tak
    makan belacan jingga, tu belacan penang cap
    tiga udang, warna hitam legam, tapi sedap dan selamat.

    ReplyDelete
  26. Assalamualaikum, Cikgu Jang,

    kalau dapat ikan sungai buat gulai masam tempoyok lagi sedap yeee..maan nak dapat ikan sugai hok muroh sikit nih...

    ReplyDelete
  27. sedapnye kuih ketayap tu. nak buat cemane kulit dia? buat macam lempeng tu ke?

    ReplyDelete
  28. Salam Kak;


    Berselera sungguh. Lama sungguh tak makan sambal belacan..

    Tak ada geng nak makan..

    ReplyDelete
  29. Assalamualaikum, Jah,

    Buat macam lempeng, tapi cair sikit
    bubuh warna hijau sikit,
    Cair dia macam boleh jirus,
    atau lekat disenduk aja.

    Selamat mencuba..

    ReplyDelete
  30. Assalamualaikum, AZRINA,

    Saya pun makan jarang sekali je,
    kalau terliur sangat,
    sebab tak berapa boleh makan belacan tu.

    ReplyDelete
  31. Assalamualaikum, daisy.

    Selamat berpuasa...lama tak singgah sini , terima kasih yee..

    ReplyDelete