Friday, 22 October 2010

Buah Naga

Assalamualaikum,

Pertama kali dengar orang sebut buah naga, keh membayangkan buah tersebut mesti bersisik-sisik macam sisik naga dan panjang macam badan naga, warnanya pun pasti seperti warna naga, tapi keh tak pernah tengok pun bagaimana rupa naga, apalahi buah naga. Itulah pertama kali dengar ada buah naga.

Bila pertama kali orang hadiahkan keh buah naga, memang tak syak lagi, rupanya memang bersisik-sisik tapi taklah sehuduh yang keh pernah gambarkan. Kata mereka rasanya sedap, manis dan berkhasiat.

Bila pertama kali menjamah buah naga pula, keh hampir termuntah masa nak menelannya, tah mengapa tekak keh memang tak dapat menerima langsung rasanya yang agak kemaung-maungan itu. Biarlah sepanjang hidup keh tak mendapat khasiat buah naga, tak apalah, berkata hati keh.

Tah macam mana plak, anak2 memang suka buah naga, mereka beli sendiri bila buah tersebut ada dalam pasaran, suruh keh kupas dan hidangkan, sambil2 tu keh jamahlah sikit-sikit. Lama2 keh jadi biasa dengan rasa buah tu, dan sekarang keh dah jadi hantu ( penggemar ) buah naga.

Sebenarnya buah naga bukan saja enak dan lazat malah berkhasiat. Kajian telah menunjukkan bahawa buah naga merah ini sangat baik untuk sistem penghadaman dan peredaraan darah. Ia juga dikatakan boleh mencegah kanser usus dan mencegah kandungan kolestrol yang tinggi dalam darah.

Buah naga juga mengandungi protein yang mampu mengurangi metabolisma badan dan menjaga kesihatan jantung, serat yang boleh mengawal kanser usus, kencing manis dan diet. Ia juga mengandungi karotin untuk kesihatan mata, menguatkan otak dan menghalang penyakit, kalsium untuk tulang dan fosferos untuk pertumbuhan tisu badan.

Buah ini juga mengandungi zat besi untuk menambah darah, vitamin B1, B2, B3 dan vitamin C untuk kulit.

Kepada penggemar buah naga, dengan memakan sebiji buah naga seolah-oleh kita telah mendapat diet yang hampir sempurna. Amalkanlah memakannya untuk tubuh yang sihat.

Sekian, Wassalam.


6 comments:

  1. buah naga kalau blander, campur air batu lagi sedak.

    ReplyDelete
  2. salam..
    aok baru jumpa ke weii?
    koi naik jemu dah..
    murah di jual di Tesco KL

    New Entry "Anda Mahu Kurus?"

    ReplyDelete
  3. Kawan kalau ada makan :) membeli jarang, sesekali adalah... berbudak x brpa suka.

    ReplyDelete
  4. Kawan makan buah ni dulu..pakat kunyah kunyah telan je..jangan pandang..

    ReplyDelete
  5. Dulu koi gitu juge.Tapi dan sekali rase mule nok sokmo...

    ReplyDelete
  6. keh penoh cube tanam pokok naga ni ket rumoh.. tok menjadi lah pulok..




    Entri terbaru saya : Akses Terhad Internet Waktu Pejabat

    ReplyDelete