Thursday, 29 November 2012

Dia Datang Lagi


Asalamualaikum,

Sallam pagi khamis,
Ari ni kakmah nak cerita pasal ular lagi.
Kat atas tu hambar ular yang bertandang kat depan
rumah kakmah pada bulan May yang lalu,
tak sempat masuk rumah
anak kak mah sempat halau dia turun,
munkin dia tak puas hati sebab tak dapat masuk rumah,
Semalam dia datang lagi,
Rupanya macam yang datang hari tu lah,
kali ini dia sempat masuk kebilik kakmah,

Masa kakmah jumpa dia, dia sedang duduk2 santai
kat atas mesen jahit kakmah,
kepalanya terjuntai kebawah.
Mulanya kakmah ingatkan ular mainan yang 
cucu kakmah buat dengan tanah liat,
tapi bila kakmah teliti bersungguh-sungguh,
baru dia menggerakkan kepalanya.
Apa lagi kakmah pun lari lintang pukang,
geli sangat rasanya. kakmah pun terus panggil
jiran kakmah anggota bomba, 
nasib dia ada kat rumah,

Eeeee...gelinya,
tengok dia tangkap dengan tangan,
bungkus dengan kain buruk,
lepas itu suruh anak kakamah buangkan
kat sungai Jelai.

Alhamdulillah, lega,
tapi masih cuak lagi,
takut kut-kut ada seekor lagi,
kawan dia..
hehehe..

Oklah, jumpa lagi..

Wassalam.

6 comments:

  1. Hello Lipis Lady, Wow! That is sure very scary for you. It appearing twice too.
    Luckily it did not bite anyone.
    Must be ada banyak wild bushes nearby.
    You take care, ya.
    Best regards.
    Lee.

    ReplyDelete
  2. Kalu saya ular kecik camtuh, kompom la saya tak pegi lagi tak tempat dia bersantai tuh.

    ReplyDelete
  3. eeeee..tanjat mak boboi!!!

    gelinya kakmah...menggigil saya bila masuk ke sini tadi, takdan baca apapun terus komen hihhi

    ReplyDelete
  4. Sejuklah rumoh aok tu.. tu sebab dia datang bertandang yak :)

    ReplyDelete
  5. salam, memang org kata kalau ada sekor msti ada partner dia.jaga2 takut kwan dia tu pulak dtg cari member yg hilang..
    tk cr.

    ReplyDelete