Monday, 8 October 2012

Tudung Saji Berhias.

 Assalamualaikum,

Selamat petang, selamat berehat setelah sehari suntuk
menjalankan tugas. Kakmah plak sehari-hari ni tak 
tau nak buat apa. Last2nya dapatlah ke tudung saji
comel yang dah di hias cantik ni hah.


Sebenarnya memang lama sangat dah kakmah terpikat 
dengan tudung saji begini. Kakmah selalu tengok dekat 
rumah kawan2 kakmah tudung saji yang comel lote ini.
Teringin plak rasa hati kakmah nak cuba membuatnya
nampak macam susah jee. Tapi kalau nak seribu daya
kata orang. Kakmah pun pinjamlah dengan kawan 
sebelah rumah kakmah. Dah sebulan sebenarnya saji
ni ada kat rumah kakmah. Baru hari ni kakmah tergerak 
hati nak mencubanya.


Tengoklah nie, jalinan kakmah yang pertama.
Tak berapa cantik. tak berapa susah juga menjalinnya.


Haa..ni dia dah siap pun sebaris.
Barisan seterusnya tah bila plak kakmah nak mula.
InsyaAllah, dalam masa sehari dua ni. InsyaAllah.

Ok, Jumpa lagi 
Wassalam.

5 comments:

  1. kalau pandai dan kretif macam2 bender boleh buat yak... mmg lawo.. kalau senge lagi besor lagi lawo gamoknya yak....

    ReplyDelete
  2. silap-silap tak sampai dua hari dah siap ni Kak Mah. Orang kata bila dah mula tu maknanya dah datanglah angin rajinnya..

    ReplyDelete
  3. kreatif la kak mah ni..))
    klu kak mah nak jual tudung saji anyaman mengkuang, contact sy ye ;)

    ReplyDelete
  4. Hihi ingatkan tadi gambar tudung betul.

    Tudung saji rupanya

    ReplyDelete