Assalamualaikum,
Sallam Ceria Pagi Jumaat.
Setiap hari dalam Islam mempunyai kelebihan masing-masing,
Hari Jumaat adalah hari yang paling istimewa dari hari-hari
yang lain. Terdapat enam keistimewaan hari Jumaat ia-itu :
1. Berlakunya Kiamat.
2. Nabi Adam dicipta dan dia juga disingkirkan dari Syurga.
3. Penghulu segala hari.
4. Selamat dari fitnah kubur bagi yang mati pada hari Jumaat.
5. Kebaikan menjaga kebersihan dan memotong kuku.
6. Makbulnya doa diantara dua khutbah.
( Kebanyakan ulama' berpendapat bahawa makbulnya doa
yang dibaca diantara dua khutbah iaitu ketika imam sedang
duduk antara khutbah pertama dengan khutbah kedua.)
Bagi kakmah pula hari Jumaat ini adalah permulaan hari-hari
yang sibuk bagi kakmah menjelang bulan Ramadhan dan
sepanjang bulan puasa ini nanti.
Dijangkakan ada lima program sumbangan kasih Ramadhan
yang akan kakmah kendalikan sepanjang bulan ramadhan ini,
ini baru peringkat pertubuhan yang kakmah anggotai, belum
lagi kakmah mengira peringkat jabatan kerajaan yang biasanya
kakmah sertai atau turut serta mengendalikannya.
Malam kelmarin, malan Khamis adalah permulaan kepada
segala program yang dirancang. Dimulakan dengan Jabatan
Agama Islan Daerah yang telah mengadakan program
" Majlis Bersama Saudara Muslim Peringkat Daerah Lipis"
Sempena sambutan Bulan Ramadhan.
Tak ada banyak gambar yang kakmah dapat tangkap,
malulah plak sebeb kakmah duduk kat meja
Al Fadhil Tuan Kadi dan timbalannya.
Cuma yang satu kat atas tu aja yang dapat kakmah
tangkap, tu pun tak berapa betul sudutnya,
dan kak mah ambil dalam keadaan tergesa-gesa.
Tu pun sekadar nak masuk dalam aktiviti persatuan
kakmah. Hehe..
Oklah, hari ni kakmah kena pergi bank lagi,
urusan semalam belum selesai,
berapa banyak kali kena pergi bank, tak taulah,
termasuk hari ni dah 3 hari kakmah berulang ke bank,
cuma nak buka akaun untuk persatuan.
Susah juga yek nak buka akaun bank untuk persatuan nie..
Ok kawan2, jumpa lagi...
Tolong doakan kakmah sentiasa sihat,
supaya mudah kakmah nak buat kerja amal nie yee kawan2.
Terima kasih.
Wassalam.
Kakmah bertambah sibuk ya dlm bulan ramadhan nie.
ReplyDeleteNurul doakan semoga kakmah sentiasa sihat ya.
Sallam Nazayiena,
DeleteTerima kasih doakan kakmah,
Itulah diantara sedikit sumbangan kakmah
kepada insan senasib dengan kakmah,
Semuga mereka gembira.
moga kakmah sentiasa ceria dlm bulan Ramadhan ni...gud luck :)
ReplyDeleteSallam sis intan,
DeleteInsyaAllah, kakmah nie memang sentiasa gmbira dan ceria tak kira bila dan dimana jua. Semuga sis intan juga gembira dan ceria terutama didalam bulan Ramadhan nanti.
Che Mid doakan Kak Mah sentiasa sihat dapat beribadah dan beramal jariah...
ReplyDeleteSallam Che Mid,
DeleteTerima kasih, Alhamdulillah, kakmah dah sihat dah nie, sekarang tengah sibuk sesangatdalam bulan Ramadhan ni. Selamat berpuasa untuk Che Mid.
Salam kenal Kak Mah...
ReplyDeleteSelamat menyambut Ramadhan.....
W,salam Fadzli Amir,
DeleteSallam kenal kembali,
terima kasih berkunjung ke blog kakmah.
Selamat menjalani ibadah puasa,
selamat berpuasa Kak Mah, semoga Kak Mah sentiasa sihat ya.
ReplyDeleteSallam GL,
DeleteSelamat menjalani ibadah puasa juga,
Semuga segala amalan diberkati dengan
pahala yang berganda.