Assalamualaikum,
Alhamdulillah, dipagi yang cerah, dipagi yang ceria,
dipagi yang berkat ini, kakmah kembali bersiaran
melalui blog kesayangan kakmah ini.
Apa khabar kawan-kawan kakmah semua, semuga semuanya
sihat2 dan ceria belaka. Yang paling utamanya, semuga semuanya
dah bersedia untuk menyambut kedatangan bulan Ramadhan
al mubarak yang akan sampai dalam masa sepuluh hari saja lagi.
Diam tak diam kita dah 20 hari berada didalam bulan
Syaaban. Alhamdulillah syukur kakmah pada Allah,
kerana kakmah dah kembali sihat seperti biasa pada
saat ini dan dah cukup bersedia untuk menjalani ibadah
puasa pada bulan Ramadhan nanti.
Cumanya kakmah teringin nak mengenang kembali detik-detik
beberapa minggu yang lepas sekadar sebagai kenangan, dimana
kakmah di uji Allah dengan beberapa peristiwa, yang mana kakmah
anggap hanya ujian Allah menjelang Ramadhan ini, dan kakmah
harap ujian ini sebagai kifarah terhadap dosa-dosa kakmah
yang lalu sama ada yang kakmah ketahui atau yang kakmah
tak sedar, maklumlahkan, kita sebagai hamba ini memang
tak sunyi dari malakukan dosa sama ada sedar atau tidak.
Ini diantaranya, yang terjadi sewaktu kakmah nak balik
ke Lipis dari Kuantan. Walaupun nampak sikit je tapi,
membuatkan kami tersadai ditepi lebuhraya selama hampir
4 jam dalam cuaca gelap dan hujan renyai2 kerana
kebocoran tangki air. Keadaan masa tu tak payahlah
kakmah ceritakan, bayangkan saja kakmah dengan anak
kakmah dengan 2 orang baby dalam kereta ni ditepi lebuhraya
pada pukul 8.00 malam, diluar kereta hujan renyai2.
Alhamdulillah, semuanya selamat.
Dan banyak lagi kejadian termasuk kakmah terpaksa
terbaring dalam wad kecemasan dari pukul 12.00
pagi hingga 3.30 pagi kerana sakit dada.
dan yang lain2nya yang sangat menyentuh hati kakmah
yang tak perlu kakmah ceritakan disini,
kerana kakmah tak mau menyinggung perasaan
mana2 pihak.
Akhirnya kakmah kembali ceria bila kawan kakmah
yang seorang ni ajak kakmah pergi rombongan ke Air Hitam
dan Tangkak dan dia tolong bayarkan tambang untuk kakmah.
Alhamdulillah, terima kasih ye Asmah. Tengok tu,
lepas solat Zohor, sempat lagi dia posing untuk blog kakmah.
Gambar sekadar hiasan terlanjur kakmah dah berjanji nak
upload kesemua gambar yang kakmah ambil kedalam
blog kakmah nie.
Layu dah muka masing2 kerana kepenatan.
Ni dah nak balik nie.
Dan yang pentingnya kalau pergi Johor,
mesti rasa ni. Mee Bandung Muar.
Sedap, memang sedap, tu je yang kakmah mampu cakap.
Kalau nak tahu macam mana sedapnya.
Kena rasa sendiri.
Kat dalam kedai langsir pun sempat lagi kami bergambar.
Yang pentingnya dapat gambar paten langsir,
macam dalam gambar kat atas. Banyak lagi paten
langsir yang kakmah tangkap gambar,
cuma tak upload kesini.
Kain langsir kakmah sempat beli.
Ok kakmah kena pergi hospital dulu. Jumpa lagi.
Wassalam.
Salam, Kak Mah.. semoga ALlah permudahkan urusan Kak Mah, salam ramadhan Al-Mubarak.
ReplyDeleteP/S Terliur tengok mee bandung tu.. sedapppppppppnya!
W,sallam, Sari Yusa,
DeleteInsyaAllah, mudah-mudahan dipermudahkannya.
Terima kasih doakan kakmah.
Mee bandung tu walau pun rupa kurang
sebab kakmah dah kacaukan dia, tapi rasanya,
ada ummppphhh....
Assalam, moga kak sihat sokmo
ReplyDeletedibawah lindungan Allah :)
W,sallam AUC,
DeleteTerima kasih,
InsyaAllah..berkat doa kawan2..
x perlah janji kak mah selamat... itu semua cobaan..
ReplyDeleteSallam eda,
DeleteBetul tu eda,
janji kakmah masih boleh
bergerak melakukan tugas harian,
insyaAllah.
Semoga kesihatan Kak Mah kembali pulih sepenuhnya, InsyaAllah.
ReplyDeleteSallam kakcik,
DeleteTerima kasih, dan doa untuk kakcik juga,
Semuga sentiasa sihat.
Wah... pergi rombongan ramai-ramai bestnya KakMah:) Syukurlah dah sihat dapat sama-sama shopping utk Hari Raya..
ReplyDeleteSallam kakzakie,
DeleteSekali sekala dapat pergi shopping
beramai-ramai memang best, apa lagi yang
pergi tu semua kawan2 yang kita kenal.
salam..
ReplyDeletejgn berputus asa, apa skali ujian hadapi dgn sabar, Allah tahu kita mmg kuat kan kan
W,sallam maiyah,
DeleteBetul tu maiyah, insyaAllah kakmah
tidak akan sekali-kali putus asa.
Alhamdulillah...
ReplyDeleteSallam Nizam,
DeleteAlhamdulillah, terima kasih.
bertemu semula kak, moga segalanya berada dlm keadaan baik.
ReplyDeleteSallam sis intan,
DeleteTerima kasih lawat kakmah,
Alhamdulillah semuanya dalam
keadaan baik sekarang.
salam..
ReplyDeleteselamat kembali bersiaran..
semoga sihat hendaknya empunya
blog seisi keluarga..
kesian tengok kereta kancil
tu..boleh claim insurance tak?
W,sallam,
DeleteTerima kasih en Zul,
Alhamdulillah segalanya dah
kembali seperti biasa.
Haha..kereta kancil tercium
kereta kembara, mana tahan wehh..
Alhamdulillah dah repair,
tak claim insuran pun,
lambat sangat proses...